Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Tuesday 6 September 2011

Solok Lada

Assalamualaikum sume....

  Dah lebih seminggu kita berhari raya..maka dengan rasminya  sessi lepas raya pun bermula dimana anak kembali ke sekolah, en hubby kembali bekerja n also puan ibu kembali dgn rutin harian x lain dan x bukan adalah masak mencuci kemas dan yg seangkatan dengannya serta diselang selikan dgn acara guling-guling, golek-golek dikala berkesempatan...kalau nak diceritakan rasanya bergelar puan ibu @ surirumah ni rasa mcm penat sesangat..sebabnya dr celik mata sampai time tdo di waktu mlm, x habis2 keje kena buat. walau x de sape yg wat sepah tapi tetap ada juga yg kena buat. aku pun x paham..keje ape yg byk sgt nak dibuat tu aku pun x tau. yg pasti ada je..tapi kalau wat2 pejam mata n wat x tau je boleh jugak....x sape pun nak marah..umah sendirik kannnn...

  Tu belum lagik acara terjah menerjah ke rumah jiran tetangga. almaklum le..musim raya..sibuk akan bertambah..timetable puan ibu pun akan secara rasmi jadi lintang pukang sikit. ape nak kata..dah cenggitu lumrahnya..grrr..grrr..pada diri sendiri sebab x berapa tau nak manage..

  Dalam pada sibuk2, yg satu ni maintain suka buat.dlm breket kalau cukup bebahan..iaitu acara masak2..heheheh..kali ni nak citer pasal solok lada..pemes kat negeri kelahiran en hubby...aritu dah citer pasal nasi kerabu, so, ini time dia punya kawan karib pulak....

  Nak dijadikan cerita, wat solok ni dah dua kali dlm masa terdekat ni. sebelum raya n lepas raya punyer versen. sebelum raya dah pasti guna cili sini. warna hijau kemain...x pe janji sedap..

Dah siap untuk di masak..perlu diingat. ini version sebelum raya. pas raya x dan ambik gambor.
  Sepatutnya x yah le guna hak merah nyale tu. tapi dah kehabisan yg hijau maka dibolehkan aje. kita buat dia. yg makan pun kite so, sukati akule nak boh kaler ape pun. kalau ada sesapa nak buat, cari cili yg kaler hijo je. sebab yg merah tu pedas sgt nanti.  kalau tahan x pe..boleh derhaka kata kak rosmaizani. jadi kiranya aku pun menderhaka jugak sebab tok guru dulu kata cari cili hajo..hahahah..x pele..tok guru x marah pun. dia tak tau. duduk nun jauh kat kg...

Susah nak jumpa cili macam ni kat Selangor.
  Kalau yg lepas raya punya versi, pastilah guna cili dr kg. ianya berwarna putih sikit seakan kekuning. ini gambar ambik dr en google. so, just nak bagitau cenggini le beza antara kedua2 cili yg digunakan. cuma bagi aku perbezaan rasa mestilah ada dan yg paling ketara adalah kepedasannya. dua2 pun sodap..
Aku buat pun sebab mamak n nenek ada kat umah dan alang2 mamak kate nak belajar buat. so, mamak pun tolonglah aku sambil belajar. Kesimpulan yg mamak bagi kat aku adalah...leceh jugak buatnyer..x de le aku nak buat pasni sensorang..katanya..alahai mamak...

Kepada sesapa yg nak mencuba bolehlah follow resepi kat bawah ni. ..TQ banyak2 to Kak long Zainon aka Che Bidah yg mengajar aku suatu masa dulu...

 Resepi - SOLOK LADA










Bahan-bahannya 
  • Cili hijau
  • Kelapa parut. cari yg muda sikit. kalau tua x sedap
  • Ikan sardin atau kembong (aku guna sardin sebab lebis manis isinya)
  • Bawang merah
  • Lada hitam
  • Halia
  • Garam
  • Gula
  • Ajinomoto (kalau suka)
  • Santan
Cara-cara
   Cili dibersihkan dan dibelah tengah. jgn buang isi dlmnya. Ikan dibersihkan lalu ambil isinya sahaja. Tumbuk kelapa ketepikan. Tumbuk bawang merah, halia, garam, gula dan pak aji. dah lumat, masukkan ikan yg telah dibuang tulang tadi. tumbuk lagi sampai lumat atau sebati. Setelah itu campurkan dengan kelapa yg telah ditumbuk mula2 tadi. gaulkan sampai sebati dan melekat atau mesra kata org belah kg en hubby aku. Kemudian bolehlah sumbatkan dlm cili yg telah dibelah tadi.
Susun dlm periuk kemudian tuang santan. Jgn byk sangat. follow cam gambar tu je ye. bubuh sikit lagi garam dlm santan tu. masak atas api sederhana aje. Jgn lama sgt nanti hancur.




Itu ajelah cara2nyer. senangkan..selamat mencuba kepada sesapa yg terliur tu..pastu boleh kawinkan solok ngan nasi kerabu cam gambor ni. cop2..jgn lupa buat tumisnya...


Ini projek sebelum raya...tq pada para pembeli yg budiman...
Sampai jumpa lagi...wassallam...muahhh