Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Monday 26 March 2012

Jangkitan Paru-Paru / Bengkak Bernanah


Bengkak bernanah merupakan satu keadaan dimana terdapat nanah di dalam kaviti paru-paru yang dikelilingi oleh tisu yang meradang. Keadaan ini berpunca daripada jangkitan.

  • Bengkak bernanah dalam paru-paru biasanya disebabkan oleh bakteria yang terdapat dalam mulut dan disedut masuk ke dalam paru-paru.
  • Gejala bagi penyakit ini adalah seperti badan tidak bermaya, hilang selera makan, berpeluh-peluh, demam dan batuk yang berkahak.
  • Pemeriksaan dilakukan melalui imbasan X-ray bahagian dada.
  • Individu yang mempunyai masalah ini perlu mengambil antibiotik untuk beberapa minggu hingga bengkak bernanah itu hilang.
Punca

Bengkak bernanah didalam paru-paru biasanya disebabkan oleh bakteria yang hidup di dalam mulut atau kerongkong yang dimana ia kemudiannya disedut ke dalam paru-paru dan menyebabkan jangkitan. Penyakit ini kerap berlaku disebabkan oleh masalah atau penyakit gusi (periodontal) dimana ia menjadi sumber  bakteria yang boleh menyebabkan bengkak bernanah pada paru-paru.

Walaupun tubuh badan manusia dilengkapi dengan mekanisma pertahanan tubuh badan melawan jangkitan dan sebagainya, namun jangkitan boleh berlaku apabila seseorang itu dalam keadaan tidak sedarkan diri, akibat daripada ubat-ubatan tertentu, dadah, alkohol dan lain-lain serta akibat daripada penyakit yang berkaitan dengan sistem saraf. Bagi mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah, bengkak bernanah pada paru-paru boleh berlaku tetapi  bukan berpunca daripada organisma yang biasanya ditemui dalam mulut atau kerongkongnya, tetapi mungkin berpunca daripada kulat atau Mycobacterium tuberculosis (organisma yang menyebabkan tuberkulosis). Staphylococcus aureus dan Methicillin-resistant Staphylococcus aereus (MRSA) yang merupakan jangkitan yang serius turut boleh menyebabkan bengkak bernanah pada paru-paru. Ia kerap berlaku pada orang muda atau kanak-kanak yang sihat terutamanya jika mereka mendapat influenza.

Penyekatan atau penyumbatan saluran nafas juga boleh membawa kepada perbentukan nanah. Jika cabang-cabang bronchi tersekat oleh tumor atau bahan asing, pernanahan boleh terjadi apabila sekresi (mukus) terkumpul dibelakang tumor. Bakteria juga sentiasa masuk ke dalam sekresi ini. Penyumbatan ini menghalang campuran sekresi dan bakteria ini dibatuk keluar daripada saluran nafas. Selain daripada itu, bengkak bernanah pada paru-paru juga boleh terjadi akibat daripada bahagian atau organ lain yang dijangkiti bakteria kemudian bakteria ini masuk ke dalam aliran darah terutamanya dalam ketulan darah beku dan seterusnya aliran ini sampai ke paru-paru dan mengakibatkan jangkitan dikawasan itu pula, keadaan ini disebut sebagai (septic pulmonary emboli).

Biasanya seseorang itu akan mendapat 1 bengkak bernanah pada paru-parunya akibat daripada saluran nafas yang tersekat atau tersumbat. Jika banyak bengkak bernanah yang terhasil, ia biasanya hanya berlaku pada bahagian paru yang sama. Jika jangkitan berpunca daripada aliran darah, kemungkinan kedua-dua belah paru-parunya akan mendapat bengkak bernanah. Keadaan ini kerap berlaku pada mereka yang menyuntik badan mereka dengan jarum yang kotor dan tidak di steril.

Kebanyakkan bengkak bernanah akan pecah ke dalam saluran nafas dan menghasilkan banyak kahak yang boleh dibatuk keluar. Bengkak bernanah yang telah pecah akan meninggalkan kaviti didalam paru-paru yang akan di isi dengan cecair dan udara. Kaviti tersebut mungkin akan menjadi bahagian paru-paru yang tidak aktif atau tiada fungsi, atau ia mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang bahagian tersebut. Kadang kala bengkak bernanah yang pecah diantara paru-paru dan dinding dada (ruang pleural) akan menyebabkan ruang tersebut di isi dengan nanah, keadaan ini disebut sebagai Empyema. Terdapat juga keadaan yang jarang berlaku dimana bengkak bernanah tersebut memusnahkan dinding saluran darah hingga menyebabkan pendarahan yang serius.

Gejala

Biasanya gejala bermula dengan perlahan atau lambat berlaku. Gejala penyakit ini juga boleh berlaku secara tiba-tiba, namun ia bergantung pada punca penyakit ini dan kawasan bengkak bernanah itu terjadi atau pecah. Gejala awalnya pula adalah sama seperti keadaan Pneumonia.
Gejala awal yang biasanya berlaku adalah seperti:



  • Tidak bermaya.
  • Hilang selera makan.
  • Penurunan berat badan.
  • Berpeluh-peluh.
  • Batuk berkahak.
  • Kahak yang keluar berbau busuk (akibat daripada bakteria)
  • Kahak kemungkinan berdarah.
  • Sakit dada ketika bernafas (terutamanya jika lapisan luar paru-paru dan dalam dinding dada (pleura) meradang (keadaan yang dikenali sebagai pleurisy)
  • Demam yang adakalanya berhari-hari.
  • Bengkak bernanah yang berpunca daripada Staphylococcus eureus atau MRSA boleh menyebabkan kematian selepas beberapa hari dan kadang kala selepas beberapa jam.


.Diagnosis atau pemeriksaan

Imbasan X-ray biasanya dilakukan untuk melihat keadaan paru-paru. Namun kadang kala imej bengkak bernanah pada paru-paru yang terhasil dalam gambar X-ray sama seperti imej penyakit lain seperti kanser, Sarcoidosis, atau Wegener’s granulomatosis. Kadang kala bengkak bernanah hanya ditemui melalui ujian Computed tomography (CT) pada dada. Ujian kahak juga dilakukan untuk mengenalpasti organisma yang menjadi punca kepada penyakit ini.

Rawatan alopati

Rawatan bagi penyakit ini adalah seperti:



  • Antibiotik (secara oral atau disuntik)
  • Bronchosopy ( prosedur yang dijalankan jika bengkak bernanah terhasil akibat daripada tumor atau bahan asing yang menyumbat / menyekat saluran nafas)
  • Penyedutan nanah dengan memasukkan tiub melalui dinding dada ke dalam bengkak bernanah.
  • Pembedahan pembuangan tisu paru-paru yang dijangkiti atau keseluruhan bahagian paru-paru yang teruk dijangkiti


Kebanyakkan individu berjaya sembuh, namun rawatan akan menjadi kurang berkesan jika individu terbabit adalah kurang upaya atau mempunyai sistem imun yang bermasalah, individu yang mempunyai kanser paru-paru atau yang mempunyai bengkak bernanah yang besar.

Sumber / ambil dari blog : Rawatan dan Penyembuhan

Friday 9 March 2012

Rendang Udang

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Sebenarnya dah lama dah buat rendang udang ni..tak hingat dah bile..tapi buat sesapa yg nak try boleh le follow...


Resepi : RENDANG UDANG
Sumber : Gya Duniaku...(sendiri la tu)

Bahan-bahannya
1 kg udang (suka hati lah nak yg besar atau yg kecil)
1 biji kelapa ambil santan (jgn cair sgt)
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
3 btg serai
sedikit halia
sedikit lengkuas
1 sb rempah kari daging / ayam
2 sb cili kisar / cili giling / cili boooo
sedikit kerisik
Kacang panjang (kalau suka)
Garam
Gula / Pak aji (sy guna gula)
Asam jawa
Minyak untuk menumis

Cara :
  1. Udang dibersihkan (ikut suka lah nak buang ke idak kepalanya tapi jgn lupa buang yg itam kat blkg udang tu) -wajib
  2. Kisar bawang besar, bawang putih, 2 btg serai, halia dan lengkuas.
  3. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
  4. Sekalikan cili kisar dan rempah kari, bancuh dgn sedikit air. Masukan kedlm bahan yg ditumis.
  5. Tumis sehingga pecah minyak.
  6. Kemudian masukan santan, sebtg serai yg dititik, tunggu hingga hampir pekat.
  7. Masukan kerisik, garam, gula, air asam jawa, kacang panjang dan udang..
  8. Perasakan kemudian boleh lah dihidangkan..
Nota :
  • Gula boleh diganti dgn pak aji...sy jarang guna pak aji tu yg pakai gula. 
  • Kalau x mo pakai cili kisar / cili giling or cili bo, kisar je cili kering together dgn bawang dan yg seangkatan dengannya tu.
  • Nak pedas lagi boleh tambah cili api.
So, boleh cuba ye kawan2 semua....sedap dimakan bersama pulut apatah lagi dgn nasi...
Selamat memasak.....Wassallam...muaahhhh.







Wednesday 7 March 2012

Kuih Pau inti Kelapa


Assalamualaikum n salam sejahtera..

Jes nak share resepi kuih pau. entah bile gambar ni ada dlm draf x hingat dah.. buat pun dah lama..

Kuih Pau...tapi yg ni belum kukus..dah kukus punya dah licin tanpa sempat berposing..
Kuih Pau
Sumber : Puan Ila

1 kg tepung gandum
1 peket mauripan
air untuk menguli
sedikit garam

Cara
  • Rendam mauripan dalam sedikit air dan biarkan seketika sampai hancur atau sebati.
  • Buat sedikit air garam
  • Tuangkan air mauripan tadi dlm besen yg mengandungi tepung. gaul mesra dengan tangan sampai mesra semesranya (berderai).
  • Tuang air garam dan uli sambil uli sambil tambah air sehingga sebati dan doh jadi sgt lembut.
  • Ketepikan dan rehatkan dlm 10 minit.
untuk inti kelapa

1 biji kelapa parut
gula merah
gula pasir
sedikit garam
air

cara : 

Campurkan kesemuanya dalam kuali dan kacau sampai agak kering.
sukatan adalah bergantung kepada deria rasa sendiri. sape yg suka manis bolehlah dilebihkan gulanya...angkat dan biar sejuk sekejap.

  1. Pastu ambik doh yg dah lama berehat tu. Sapu tangan dgn tpg dulu supaya doh x melekat-lekat semasa membentuk nanti. ambik sikit bulat-bulatkan dan masuk inti ditengah-tengah. letak atas daun pisang atau kertas minyak. 
  2. Rehatkan semula sampai dia kembang/ naik lagi.
  3. Jangan lupa panaskan kukusan terlebih dahulu.
  4. Lepas tu bolehlah dikukus dlm lebih kurang 10 minit.
So, bolehlah dimakan......

Note : Inti boleh tukar ikut kesukaan masing2..kaya ke, kacang merah ke or papeje....

Yang pasti semua pun sedap....wassallam...muaahhhh...

Puteri Ayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... 



Pe khabar semua teman2?...ni nak share resepi kuih yg aku sokmo2 buat..x terbilang ngan jari dah dan kalau nak dihitung jugak sampai guna jari kaki dan campur semua jari tangan en hubby n anakanda pun x cukup..hahahhaha..melalut lah tu!..ye memang benar memang x leh nak hitung dah sebab aku buat n antar kat kedai....hahahhah..so, sesapa nak order pun boleh...



PUTERI AYU
Sumber : Puan Ila 


Bahan-bahan :-

  • 2 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 1 1/2 cawan santan pekat (aku pakai susu cair )
  • 2 st ovallete
  • 1 st baking powder
  • 1/2 cawan air/jus pandan
  • sedikit pewarna hijau (kalau nak bubuh la)
  • kelapa parut
  • garam halus (ikut kesesuaian)
  • sedikit tepung ubi


Cara-cara :-

    1. Pukul telur, gula dan ovallete sampai kembang.
    2. Santan sekalikan dengan air pandan. Masuk dalam mixer tu berselang seli dengan tepung.
    3. kacau kaup balik (tapi aku guna je mixer terus cuma x lama la sampai agak2 dah sebati.
    4. cop2 lupa pulak. tpg tu ayak sekali dengan baking powder ye...sory.
    5. kalau warna agak kurang menarik baru tambah perwarna hijau. dah siap adunan letak tepi jap..
    6. Kelapa parut, garam halus dan tepung ubi sekalikan dan digaul mesra. perasakan tahap kemasinannya takut terlebih sudah.
    7. Acuan tu sapu sikit dengan minyak sebab takut melekat masa nak keluarkan.
    8. tekankan kelapa tadi dalam acuan sampai padat.
    9. jgn lupa panaskan kukusan terlebih dahulu.
    10. Isi adunan yg dah siap dlm acuan dan kukus dlm lebih kurang 10 ke 15 minit.
    11. Bila dah masak, keluarkan dari kukusan dan kuih juga perlu dikeluarkan dari acuan secepat yg boleh. dengan kata lain ketika masih panas. kalau dah sejuk nanti melekat pulak..
    So, senangkan!...selamat mencuba ye..muahhhh...

    Tuesday 6 March 2012

    Cream Puff

    Assalamualaikum dan salam sejahtera .....

    Lama sungguh x entry pape..bukan x de mase tapi mmg line bb memang hampeh selalu..maklum le dok pun kat ceruk utan..hehehheh.. 

    Ni nak citer, satu mlm tu rasa cam nak wat sesuatu yg boleh di ngap..tapi apeye??..belek2 buku resepi sampai juling biji mate..x jumpe jugak yg berkenan dihati..last2 on pc dan tgk2 line bb pun ok..pi la rumah kak Rossa jap dan godek2 dlm dapur dia...mcm2 ada...tapi berkenan pulak cream puff tu..rasa mcm dah pernah salin dulu, tapi x dan nak buat lagi...so, tgk2 dia punya bahan sume pun ada..maka dgn x berlengah panjang, senseng lengan ape lagi beraksi lah..

    ni le hasilnya....x sangka pulak anakanda suka..x mo jamah nasi..mkn tu je...orait lah tu...berbaloi ibu buat...hehehe

    Ok la jugak kan...heheheh..sy mak budak baru belajar..


    Resepi : CREAM PUFF
    Sumber : Kak Rossa (Dari Duniaku..)
    100 ml air
    45 gm mentega
    60 gm tepung gandum
    2 biji telur
    sedikit esen vanilla
    1 st gula
    Cara :

    • Panaskan oven dgn suhu 200 'c.
    • Campukan telur dan esen vanilla. kacau sebati dan pastu letak tepi jap.
    • Mentega dan air disatukan kemudian masak sampai mendidih.Pastu tambahkan gula dan masak sampai gula hancur.
    • Tutup api, masuk tepung dan kacau laju2. Adunan akan mesra bila dah x melekat kat periuk,
    • Bila adunan dah mesra, masak lagi  sampai kering kat bawah.
    • Biarkan adunan sekejap (sampai suam la)
    • Bila adunan dah suam, campurkan telur dan pukul la. (saya pakai mixer je cepat dan senang)
    • Pastu masuk dlm piping bag dan pipe ikut bentuk yg disukai atas dulang pembakar.
    • Jarakkan setiap satu sebab nanti puff tu akan mengembang.
    • Sebelum masuk dlm oven sembur dgn air dulu. cikgu kata untuk mengelakkan daru puff tu mendap balik bile dah masak.
    • Bakar sampai keperangan...lebih kurang 15 minit (ikut oven memasing) 
    • Dah sejuk bolehlah bubuh filling kastad....
    Kastad cream

    200 ml susu segar (sy pakai susu tpg je follow kak rossa)
    1 sb tepung kastad / gandum (sy pun pakai kastad..hehehe..sebab kat rumah mmg ada byk stok)
    1 sb tepung jagung (kak ros x tulih situ sudu besar ke kecik, sy tale je sudu besar)
    4 sb gula
    1 st mentegau
    1 biji telur
    sedikit pewarna kuning telur.

    Cara : 
    Bancuh semua bahan kecuali mentega. Letak atas api (perlu diingat ye, api slow je) kacau sampai dah nak berketul. pastu tutup api dan kacau lagi dengan speed yg tinggi. (puasle heheheh...kat atas dapur x leh pakai mixer)..sampai jadi licin x berketul. on balik api dan kacau lagi sampai keluar wap atau meletup-letup. Masukkan mentega dan kacau dgn laju juga. Dah sebati baru tutup api betul2..dah jgn bukak2 dah...Masuk dlm piping bag (sy pakai picagari) suntik je terus dlm Puff yg dah sejuk tadi...

    Boleh lah makan bersama keluarga...hahahah..selamat mencuba ye kawan2 dan kalau kurang paham bolehle bertandang ke Sini ye...


    X le se comel kak Rossa punya.....
    Bye n muahhhh.................