Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Saturday 20 October 2012

Kerepek jejari ketam (Crabstick)


Assalamualaikum dan selamat mlm... 

GD kongsikan sejenis kudap2 yg disharekan oleh Lizaharun dan dicuba pula oleh GD.
Minta halal yer sebab GD sharekan di sini pula..

Rasanya...hmmmm sedap jugak tapi agak masin sikit. mungkin crabstik tu dah masin. nasib baik x bubuh garam..

Lagi satu, huhuhu... terhangit sikit.. takut tak garing punya pasal....


Kerepek Jejari Ketam
Tunjuk ajar : FB Shasa Rahmat
Diolah oleh : LizaHarun

Bahan-bahan


3 paket crabstik
6 sudu tepong kfc pedas ( klu suka pedas)
4 sudu tepong beras
3 sudu tepong jagung
(kalau nak guna tepong beras je pon boleh tak perlu letak garam dn pak aji sbb dh semulajdi masin 
crabstik tu)
minyak mkan secukupnya

caranya:
Cuci bersih crabstik
potong nipis2 dn cakar ayam, pastu masukkn semua tepong dan gaul rata.
panaskn minyak dan goreng hingga masak dgn api sederhana kecil.ikut suka nak garing ke.
sejukkn dn simpan dlm balang, boleh makan kudap2 sambil tgk tv.

(kalau nak letak tambahkn daun karike, kacang tanah ke..dan nak pedas lagi tambahkn serbuk lada, baru kick) ikut kreativiti yeaa.

resepi asal oleh shasa rahmat tp dah di olah semula oleh Lizaharun.

selamat mencuba

Friday 19 October 2012

Roti Gulung Sosej


Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Saje je GD nak tayang roti goreng sosej ni... masa dok tgk2 pesbuk album Ayu Jalinan Rasa
... rasa nak buatlah.. tambahan pulak roti dan sosej pun memang ada...

Miss Gya dan En Hubby pun suka .... makanya akan adalah ulangan lagi selepas ini... meh kita layan resepinya.. walaupun mudah tapi kadangkala x terfikir dek akal nak buat macam ni kan.. melainkan makan roti dgn kaya ataupun yg seangkatan dengannya...

Terima kasih pada ayu dan GD mohon halal share kan kat sini pulak yer....

ROTI GORENG SOSEJ

Sumber Asal : Majalah Rasa
Olahan : Ayu Jalinan Rasa

BAHAN-BAHAN: Font warna biru sukatan GD
4 batang sosej GD wat 8 sebab masatu adik pun ada..
4 keping roti  8 juga
1 biji telur - size kecil sekali (kalau guna telur Gred A @ size L & M, ½ biji pun dah cukup)
4 sudu makan oat x sukat..main tuang je dlm mangkuk
Garam secukup rasa

CARA-CARA:
1. Kukus sosej selama 10 - 15 minit.. (Ayu kukus 15 minit)
2. Sementara menunggu sosej dikukus, pukul rata telur dengan garam.. Ketepikan..
3. Gelek roti hingga nipis dan ketepikan..
4. Setelah sosej masak, ambil sekeping roti yang telah digelek tadi dan letakkan sosej diatasnya dan gulung..
5. Gamkan dengan sedikit sapuan telur dihujung gulungan agar tidak terbuka semasa digoreng..
6. Buat hingga habis semua roti dan sosej tadi..
7. Celupkan ke dalam telur..
8. Golekkan dengan oat sehingga rata..
9. Goreng dengan api sederhana hingga kekuningan..



selamat mencuba....

Wanita solehah




Assalamualaikum....... impian semua wanita menjadi wanita solehah... moga GD juga diantaranya...

Kata2 hikmat..2



Assalamualaikum

Lagi kata2 yg boleh direnungkan bersama.....


Kata-kata hikmat .......1


Assalamualaikum.....



Renungan untuk diri sendiri dan kawan2 semua.....


Tuesday 16 October 2012

Jalan-jalan sebentar........

Assalamualaikum....

Xtvt ahad tadi lepas hantar tpg kek yg diorder oleh kak Pisah, singgah jap tgk ikan kat tasik Shah Alam...

Miss Gya sebok ajak g wet world... nanti dulu yer sayang.. lepas peksa ni insyaallah....

kebetulan Miss Tya pun ada kat umah time tu.. bawak sekali dan ni le aksi2 berani mati Miss Tya with pak long... cuak sangat muka dia.. hahahahah baru dia tau yg sebelum ni selalu dok jeles jelesan bila pak long lambung Mr Ammar...

Haaaa... ambik kooo..













nak enterprem jugak....


Thursday 11 October 2012

Red Velvet Cake

Assalamualaikum


Jom makan kek..... kisahnya teringin nak makan sebab rata-rata teman post kisah RVC yang agak hangat dipasaran. Bukan apa, GD nak beli terasa jugakle kemahalannya sedangkan yang nak makan GD sorang je...  ohhhh..wugi banget mahei-mahei...

Makanya, sebagai kongklusen nyer, meh GD try n error sendiri... harap2 menjadi.. tapi sebelum tu, hasilnya seperti gambar di atas.. memang fail dlm mendeko2 ni... huhuhu...saya mak budak yg baru belajar.. ampun kan saya...

Memula, GD pun jalan2 makan angin pi terjah dapur kak Rossa, peh tu pegi pulak dapur Irma pehtu , bape banyak pehtu daaaa... pehtu, lagi ...hahahah dapur Syerah omar.

lepas GD dah khatam ketiga2 cara tuan punya blog2 tersebut, ternyata, sama  hahahah memang le sama sebab asalnya dari yg sama. Akhirnya GD pun dengan rasa rendah diri mohon untuk GD sharekan atau memanjangkan lagi sharing2 kita dialam maya ni.. GD pohon ampun dan maaf juga sebab GD kopipes je dari blog Irma ni... kes maleh nak type... Irma jgn mare yer.. nanti kena jual..

Bahan untuk resepi RED VELVET CAKE
Tempat rujukan : Kak Rossa, Irma dan Syirah
Kopipes dari : Irma

Font biru je dr GD...

Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah

Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.


GD guna pilihan kedua

Bahan C -

113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D -

1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda

Topping - Cream Cheese Frosting.

227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream

Jom buat kek.

Pertama... baca bismillah dan selawat ke atas Nabi SAW. Moga Allah bagi kek yang kita buat jadi sedap.

Pukul butter selama dua atau tiga minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. Kalau tak sempat nak dedahkan butter. Potong butter dalam bentuk kiub kecil-kecil untuk mudahkan butter kembang dengan cepat. Kalau dalam masa dua atau tiga minit masih belum kembang. Tambah seminit lagi.

Seterusnya. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih. Jangan pulak terlebih-lebih. Setakat satu minit atau beberapa saat cukuplah. Nanti nak pukul lagi. Sian dia nanti. Berbirat badan kena pukul. ~Cubit kang~

Masukkan telur satu persatu. Cenggini. Pecahkan telur sebiji. Pukul dalam masa 2 minit. Kemudian pecahkan satu biji lagi. Pukul lagi dalam masa tiga minit.

Bila memukul bahan-bahan di atas, saya yakin dinding-dinding mangkuk tu mesti bersepah dengan adunan yang memercik merata-rata. Kaupkan dengan menggunakan spatula. Biar mereka duduk sebati di tengah mangkuk.

Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.

Bahagian yang penting. Sila baca dengan lebih serius. Arahan ni. Jangan main-main. Sambil buat muka comel. Ewah.

Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan.

Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.

Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci sebanyak dua bekas. Kalau takda bekas 9 inci pun tak apa. Guna aje loyang yang ada. Kalau loyang besar, gunakan satu. Nanti anda kena memberanikan diri untuk memotong kek kepada dua atau tiga lapisan.

Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius. Mula-mula saya gunakan suhu 175' C. Selepas 20 minit, saya rendahkan suhu kepada 165'C. Kaedah ini hanya boleh dicuba sekiranya korang kenal oven sendiri. Oven ni saya rasa (pandai-pandai agak je.) panas sangat. Tu yang saya dengan beraninya menderhaka menurunkan suhu. Ampun ya chekgu.

GD bakar dekat 40 minit... sebab oven GD memang x supe org lain punya

Selepas menutup suhu oven, saya biarkan kek selama 15 minit dalam oven. Ini dek kerana terikut-ikut dengan kaedah membakar ciskek. Abaikan pun tak apa.

Disebabkan saya tak sabar. Gopoh. Nak cepat tengok hasil. Tak sampai satu jam saya dah keluarkan kek dari bekas. Gigih sangat. Hasilnya kek saya sedikit hodoh dan tuannya mula cuak takut pecah berderai. Tahu pun takut.

Dah tu, saya biarkan kek tu sejuk sambil membuat topping cream cheese.

Cara-cara membuat Topping Cream Cheese.

Sebaiknya dedahkan cream cheese pada suhu bilik untuk memudahkan kerja bila nak pukul nanti. Biasalah, saya ni kadang-kadang TERlupa. Belasah ja keluarkan cream cheese dari peti ais. Tak nyempat-nyempat la tu.

Pukul cream cheese dengan mascarpone sehingga keduanya kembang. Agak-agak dalam 5 minit.

Kemudian tambahkan esen vanilla dan gula ising. Putar lagi sampai mereka sebati.

Akhir sekali masukkan whipped cream dan putar selama dua minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.

Sekiranya adunan kelihatan cair. Boleh masukkan sekejap dalam peti ais untuk memudahkan kerja-kerja menghias.

Sumpah tak tipu. Gabungan semua bahan ni memang sangat-sangat sedap. Ntah berapa kali saya mencuba sampai tak boleh berhenti.

huhuhuh.... sumpah GD x berapa pandai dlm kes mendeko-deko ni.. sangat lemah.... siyes giler memang GD jeles ngan tangan dan jari-jemari teman-teman yg terror tu. maka hasilnya seperti gambar diatas jelah yg dapat GD persembahkan. Tapi siyes lah.. sedap jugak rupanya kek ni...

Ya ampun.. len kali GD wat lebih baik lagi... Insyaallah...

salam ceria dan jumpa lagi....




Tuesday 9 October 2012

Makaroni Goreng Ala-ala jer....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pepagi hari ni GD nak masukkan entry pasal makaroni goreng yg GD goreng minggu lepas. sebenarnya dah lama nak goreng atas permintaan Miss Gya aka my dot. konon2nya nak mkn sebab masa musim raya Miss Gya pegi beraya umah n de gang dia dan salah sebuah rumah tu sajikan makaroni goreng yg sedap. GD pulak x pernah lansung menggoreng segala jenis pasta ni. yg tau nya wat spaggeti je..
Oleh yg demikian setelah digoogle jumpalah kat Dapur CMG yg juga telah menderhakai resepi asal dari mamafami dan boleh lah diubahsuai sikit GD. harap tuan punya resepi x marah dengan GD dan minta izin share kat sini yer...


Makaroni Goreng

Sumber : CMG
Olahan : GD menggunakan fon warna merah 

BAHAN-BAHANNYA:
150 gram makaroni yang belum direbus
1 keping daging burger, dihancurkan 5 btg sosej
15 pokok daun kuchai, hiris kasar 1 biji cili benggala hijau
1 biji bawang besar, dadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
1 1/2 camca besar sos tomato
1 camca teh jintan manis, tumbuk hancur (mat guna serbuk) x guna
1 cawan air sedikit je sebab x guna daging
Garam secukup rasa
Cili merah, dibuang biji dan didadu kecil x bubuh
1 biji telur

CARA MEMBUATNYA :
Rebus makaroni dalam air mendidih bergaram hingga lembut, toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, tambah cili kisar, Masukkan sosej dan kacau rata.
Tambah sos cili, sos tiram dan sos tomato. Juga x lupa cili benggala yg telah di bakar dan kupas kulitnya. Kacau rata dan bubuh sedikit air. Pecahkan telur dan kacau lagi. Masukkan makaroni dan gaul. Tambah garam secukup rasa. Ok, boleh matikan api. 



Selamat mencuba.... pssstttt... ada ke patut Miss Gya kata rasanya x sama mcm makan kat umah kawan dia...hmmmm sabar jelah. memang le tak sama sebab mana GD tau ibu kawan dia guna resepi apa.. tak pe nanti GD suh Miss Gya minta resepi kat ibu kawan dia pulak... 

Ok babai, sampai jumpa lagi...

Casa Putra Bistro on 6/10/2012 dengan famili




Makan 2 time with GD big family. x besar mana pun.. jumpa brochure ni kat wall fb teman sekelas waktu sekolah dulu. kebetulan memang tgh nak cari tempat yg best.. try je lah... x de le mengecewakan sangat. cuma x dpt mkn ketam sebab dah habis...








Len kali nak g lagi tapi kat lain pulak...

Monday 8 October 2012

Photo mania dari FB

Photo Mania Photo aka bila GD macam dah tak de keje nak buat....
hahahahahah

to sesapa nak try test cuba kat sini photo mania

Depan umah nenek @ parit 4 timur, Sg besar

Suatu hari minggu bila terlajak atau tetiba sampai KL.
@ Menara KL

Cop2...baju sama je ngan kat atas tu.... lupa tukar gambar lain

Abah n Mamak also anak2 aka maklong, pakngah, paklang,
mamacik, paksu n sorang lagi tu anak ke cucu???...
cucu aka ammar aka ammar udin aka cotmar aka
Mohamad Ammar Thaqif...

Bila nak dapat I phone en hubby oiiiii...