Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Friday 31 May 2013

Baked Carbonara Meatball Cheese


Assalamulaikum selamat pagi... pagi lagi ke ni yer..

Hari ni mewestern GD ngan Miss Gya.. perabih stok dalam peti sebab nak balik kg... (perabis apanya, ada yg nak kena beli juga..huhuhuh) bekpes merangkap lunch sekali.. berdua je makan.. karang malam camane pulak yer??? lantak le.. itu mlm punya cerita..
yg penting mamacik tangkap leleh punyalah tengok wesepi ni n sure jugak bile dia balik nanti GD kena wat lagi..

Apapun mamacik, esok I plan nak wat lagi untuk paksu tersayang b4 he go to futher study.. sayang lah konon... anyway yg ni I perabih dulu yer... jemput tgk je tau.. En hubby pun x sempat nak rasa sebab permintaan miss Gya suruh buat pagi2 lagi.. layan je lah my Baked Carbonara Meatball Cheese ala-ala pizza hut tu.


Hangit sikit tengahnya...
Hari tu pernah makan kat pizza dan sos carbonara then latest sekali try sos tomato pulak... miss Gya kata x sedap. mahal pulak tu RM10.50 untuk 8 ketul. X puas hati punya pasal, decide buat sendiri pulak. Google le jalan-jalan... dari SINI ke SINI dan SINI. Akhirnya GD timbang tara tambah tolak mana-mana yang patut akhirnya... inilah resepinya.. terima kasih buat blog mereka kerana telah menjadi sumber inspirasi GD dalam menghasilkan appetizer yg sedap ni. Macam biasa GD kongsikan semula untuk kemudahan dimasa2 hadapan... tersangat mudah rupanya...

Resepi : Baked Carbonara Meatball Cheese
Sumber Inspirasi dari SINI ke SINI dan SINI
Olahan : Gya DuniaKu

Bahan-bahan:-

  • 1 tin sos prego carbonara mushroom
  • 1 biji bawang besar (holand)
  • 1 biji capsicum hijau
  • cheese (Parmesan yang dah siap parut / Mozarela cheese / atau cheese sekeping tu pon boleh)
  • 1/2 cawan susu segar (x de pun x pe. refer to sos le kalau pekat sgt baru bubuh) 
  • Bebola daging atau ayam
  • sedikit oregano dan rosemary kering
  • sedikit lada hitam / garam (kalau perlu)


Cara masak:

  1. Goreng bebola tanpa minyak (kuali non-stick) kalau kuali biasa, bubuh le minyak sikit aje. lagi elok kalau guna olive oil.
  2. Dah masak, masuk hirisan bawang dan capsicum. Kacau sampai agak layu kemudian tutup je api tu. biarkan deme berehat kejab.
    Jgn pandang tang hangit2 tu ye...
  3. Dalam kuali lain, masak sos carbonara hingga mendidih. kalau nampak pekat sangat, bubuh le susu segar sikit. 

  4. Masukkan lada hitam (tumbuk punya), serbuk oregano dan rosemary. kacau-kacau dan tutup api.
  5. Bubuh bebola tadi dalam loyang dan ratakan, tuangkan sos di atasnya serta taburkan cheese keseluruhan permukaan. Lagi banyak cheese lagi bagus... Kalau nak masuk masuk kuah dlm bebola dan kacau sebelum tuang pun boleh.. mana2 ikut suka.
    GD guna cheese keping je sebab tu je yg ada. kena ngap pulak tu oleh Miss Gya, dah tinggal sikit aje
  6. Masuk oven dan bakar dalam 5 minit ke 10 minit bergantung kepada oven masing-masing.


Taraa... siap untuk dihidangkan... kalau dah kata nak western kan... makanya GD pasangkan lah dengan Garlic Bread ( belasah roti gardenia je sebab tu je pun yg ada kat umah) serta Mushroom Soup With Croutons (bancuh aje). Perghhhh... tersangat puas mkn..





Makna kata harini tersangatlah mudahnya... Alhamdulillah... rezeki GD dan miss Gya hari ini.. Pada teman-teman selamat menjamu selera dengan hidangan kalian yg lebih best dari ini...

Wassallam

Wednesday 29 May 2013

Anak-anak




Anak-anak buah kesayangan.... Kalau x de rindu dah ada yg pasti ribut....

x lupa juga buat satu-satunya buah hati GD dan En hubby....


Tanpa mereka hidup kami semua sunyi.....



Monday 27 May 2013

Happy Besday princess


HaPPy bEsDaY to U

HaPPy bEsDaY to U

HaPPy bEsDaY , HaPPy bEsDaY

HaPPy bEsDaY to U


Allah selamatkan kamu

Allah selamatkan kamu

Allah selamatkan kami semua

Allah selamatkan kamu


Sebab x suka kek... ini jelah ye...


Alhamdulillah..... rezeki untuk besday Miss Gya yg ke 10....






Thursday 23 May 2013

Terjebak oleh Teduhan Kasih




Alamakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

GD terjebak lagi..

Ingat nak insap...

tetap x boleh

huhuhuhuhuu....

kerana drama ni

Gambar pinjam dari BLOG

Gambar pinjam juga

dengan rasmi nya GD telah mengorder online
dan untuk sesiapa nak order boleh juga
klik SINI




diam2 ye sebab en hubby x tau...



dan x sabar nan menantikan bunyi hon moto

abang posmen atau abg bawak van pos laju datang depan pagar bawak ni....

Gambar dari BLOG I pinjam ye


Alahai hati sabor yer... wat masa ni ko layan je Adi Putra kat tv dulu.....




Sabar menanti.... :) :)





Sapa nak baca sinopsis drama ni boleh jenguk kat SINI











Pesta Buku Datang lagi... jommm


Datang lagi..... oh! en hubby, tolong le isterimu ini .... gatal je tangan dah rasanya..
kalau dulu peruntukan boleh I sebat sorang.. sekarang ni nampaknya kena bahagi 2 kerana yang pasti miss Gya pun x kan mau beralah... sebab..



So, kepada en hubby.. tolong pertimbangkan yer.... :) :) :)..

Wednesday 22 May 2013

Makaroni Bakar Berkeju

Assalamualaikum semua teman2 GD yg dihormati...

Selalu dengar orang kata sedap dan selalu nampak rakan2 posting tapi x pernah lansung makan..
sedap ke tidak ke???? boleh masuk ke kat tekak ni...




Cuba jelah mana tau sedap. haritu CMG ada post dlm tiffin biru... resepi CMG boleh tengok kat SINI


semangat pun berkobar pastu bahan pun ada... tapi apa-apa pun GD tetap google jugak tengok-tengok jalan-jalan cuci mata selongkar dapur rakan alam maya... then jumpa resepi dari blog yg selalu GD refer sapa lagi kalau bukan kak Azlita masam manis... boleh tengok SINI juga untuk resepi penuh.

So, dari kedua-dua resepi tersebut, GD gabungkan saje mengikut citarasa dan imaginasi GD sendiri sebab GD x pernah makan pun (derhaka lah tu.. sikit-sikit x pe) ... huhuhu... harap-harap sedap... dan GD kongsikan semula untuk tatapan GD dan teman2 semua...

Sebelum bakar dan belum siap tabur keju sepenuhnya.. dah siap masak x sempat snap.. huhuu

Resepi : Makaroni Bakar Berkeju
Inspirasi dari Blog : Azlita masam manis dan CMG tiffin biru 
Olahan semula : Gya DuniaKu

Bahan-bahan :-

  • 200 gm makaroni, direbus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit mentega.
  • 250gm bebola daging, dibersihkan
  • 1 tangkai cili merah, dihiris
  • 1 tangkai cili hijau, dihiris
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 1 tin sos spaghetti PREGO
  • keju cheddar secukupnya
  • GD ada stok parmesan dan GD tabur je atas tu

Kastard


  • 4 biji telur gred A (GD kurangkan)
  • 100 ml susu cair (GD kurangkan juga sebab dah guna sos spaghetti takut nanti terlebih cair)
  • 2 camca teh tepung gandum
  • 1 camca teh gula
  • 1 camca teh garam


Cara-cara:-

  1. Rebus makaroni hingga lembut dalam air mendidih yang ditambah sedikit garam (jangan sampai terlalu lembut). Toskan dan gaul dengan mentega
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih bersama rempah kari sehingga naik bau. 
  3. Masukan bebola daging dan kacau rata.
  4. Masuk sikit air agar tidak hangit dan babola masak dgn sempurna. tambah garam secukup rasa.Tutup api.
  5. Dalam bekas lain satukan bahan-bahan kastad dan kacau rata menggunakan whisk.
  6. Dalam bekas lain juga masukkan makaroni, sos spaghetti serta bahan tumisan tadi. kacau rata ala-ala manja gitu. kemudian tuang ke dalam dulang pembakar atau bekas kaca yg boleh masuk oven dan ratakan.
  7. Tuangkan kastad pula keseluruhan bahagian.
  8. Tabur dengan hirisan cili merah dan hijau.
  9. Taburkan juga keju cheddar secukup serata alam.
  10. Kemudian bakar dalam oven dengan suhu 180C dalam 25 ke 30 minit atau sehingga permukaan keju keperang-perangan (mencair) tetapi bergantung dengan oven masing2lah sebenarnya.
  11. Sedap dimakan ketika masih panas.
Kalau nak masuk dlm bekas kecil2, sebelum tabur keju, sudukan sedikit kedalam bekas aluminium kecil2 tu. kemudian baru tabur keju dan prosesnya sama je lepas tu...


Alhamdulillah sedap rupanya...

Salam dan jumpa lagi di next entry...






Friday 17 May 2013

Sotong Goreng Kunyit

Salam pagi Jumaat semua teman.....

Nampaknya GD masih mood tepek2 gambor guna photo funia nih... jgn mare yer.. biar sampai GD naik muak sok baru benti...heheheheh


Dalam cuaca sesejuk ni, tapi x hujan jugak... huhuhu... harap2 hujan le harini kerana cuaca panas sangat kebelakangan ni... berpinar bijik mata tiap kali balik dari merempit tghari buta...

So, hari ini GD nak kongsikan satu resepi ringkas dan mudah dan tersangat le mudahnya baling2 dalam kuali kacau-kacau manja then siap.... bahan pun x banyak... tapi rasanya semua orang pun tahu masak yang simple mimple nih.. tapi x kira, GD nak jugak publish untuk tambah koleksi..... heheheh... jgn mare ...


Resepi : Sotong Goreng Kunyit
Oleh : Gya DuniaKu

Bahan-bahan:-
  • 5 ekor sotong
  • 1 labu bawang besar kuning
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia (ketuk)
  • sedikit kunyit lagi sedap kalau kunyit hidup
  • Daun bawang
  • cili merah 
  • Cili api (ketuk) kalau nak pedas

Cara-cara:-
  1. Sotong dibersihkan dan potong bulat
  2. Masak dlm kuali bubuh sikit air, halia, sedikit garam dan kunyit.
  3. Bila air hampir kering bubuh minyak sedikit dan masuk bawang besar, bawang putih dan kacau sehingga layu.
  4. Masuk daun bawang dan cili merah. Dah layu tutup api.
  5. Jangan lupa perasakan sesedap rasa sendiri..
Selamat mencuba..



Thursday 16 May 2013

Selamat Hari Guru


Khas untuk semua rakan-rakan, teman-teman alam maya yang bergelar guru...

Kek x seberapa maklum le x berapa pandai sangat mendeko ni. tangan keras yg amat...huhuuu..

Kek Coklat Moist ni Miss Gya bawa g sekolah agama tadi... ikhlas dari hati ibu untuk Kelas 4 Abu Bakar punya Ustazah dan yg pasti mereka makan ramai-ramai selepas acara bacaan Yassin sempena sambutan hari guru walaupun dalam kelas masing-masing...

Resepi kek boleh tengok kat SINI

Wassallam...

Wednesday 15 May 2013

Kek Alunan Kasih

Assalamualaikum.... gimik je lebih... sesaje gatal tangan tgk2 menjadi pulak... kesan dr Photo Funia

Jemu gak asyik ambik gambar camtu je... kamewa SLR dah jahanam nak cari ganti nampaknya lmbt lagi jadi godek-godek je lah mana yang patut....


Alkisah kejadian kek ni adalah pada hari ahad lepas yang ramai org sambut sempena hari ibu tu. Tapi bagi GD setiap hari pun jika kita sentiasa mengingati dan merindui ibu kita dan sentiasa mendoakan mereka maka hari-hari pun hari ibu... dan hari mamak untuk my mamak yg tersayang Puan Jamaliah bt Abdul Samad.

Oleh kerana dikejiranan GD ada majlis perkahwinan, maka dengan rasminya GD x dapat balik kg minggu tadi...huhuhu... lepas subuh en hubby sambung lelap mentara nak g jemputan... GD pulak naik sakit kepala juga nak suruh pejam mata kengkonon nak lelap sama.. hampeh tul... x mau nya...

X sabar nak bedah siasat.. tgh panas2 suam agak melekat sket kat bawahnya...

Apa lagi... haaaaa... taraaaaa... ni lah akhirnya.. wat sendiri, wish sendiri dan makan sendiwi...huhuhuh....
istilahnya semuapun sendiri.... mare ni... derang yg tidor tu x hingat ke kat aku ni...hadoiiii lah.. sabar je lah ... I terima ngan redho....

Godek SINI atau SINI atau SINI JUGA dan tak lupa yang SINI dan kemudian nya GD sharekan semula untuk tatapan teman-teman atau lebihnya untuk kemudahan GD dimasa-masa akan datang. mintak halal ye perkongsian semula ni..  Alhamdulillah menjadi...


Resepi : Kek Alunan Kasih
Sumber : blog masam manis dan dari dapur kak yah rakan fb Kak Nor Aini dan Aini Rani
Di olah semula : Gya DuniaKu

Bahan-bahan :-

  • 5 biji telur
  • 250 gm mentega atau seketul butter
  • 1 1/2 cwn gula
  • 2 cwn tepung gandum *
  • 1/2 cwn tepung jagung *
  • 1 st baking powder *
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1 st esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
  • Serbuk koko (secukupnya)
  • Pewarna (ikut kesukaan)

   - ayak sekali bahan yg bertanda *


Cara-cara :-
  1. Pukul butter dan gula sampai kembang
  2. Masukan telur satu persatu, pukul lagi sampai kembang
  3. Masukan esen vanilla, susu cair, gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
  4. Bahagikan dua atau tiga bahagian. campurkan pewarna kesukaan. GD guna warna merah, oren dan hijau.
  5. Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan merah..ratakan dlm loyang dan ayak serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
  6. Lepastu masukan lapisan kedua..warna oren..ratakan perlahan2..(jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
  7. Begitulah tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
  8. Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…

Salam jumpa lagi.... bye..











Tuesday 7 May 2013

Casa Putra Bistro dengan Jiran tetangga


Assalamualaikum...

Kali ni x pos masakan tapi posting je gambar-gambar GD ngan jiran-jiran time bersteamboat di Casa Putra Bistro Saujana Utama.... selalu kami buat makan-makan lorong, sarapan pagi, minum petang atau berat sikit ber BBQ di malam hari disamping makan-makan time hari raya... 
                                                                       
Kali ini or ini kalilah hahahahah... plan makan2 kat luar pulak... tapi nampaknya memang x mudah nak kumpul atau dapat pergi dengan ramai family kerana kita masing-masing ada agenda or masalah sendiri.. x pe kita paham... yang boleh kita teruskan... setelah berkali tertunda akhirnya matlamat dapat juga terlunas pada malam sebelum tarikh mengundi... 4hb Mei yang lalu...

posing sebelum santap...

posing lagi... 

Tepi kolam tapi x leh mandi sebab x joint ahli...
Lepas dah posing-posing serba sedikit, meja pun dah siap arrange time to santap pun bermula...
sebelum tu jangan lupa...



Jom ape lagi... layan la gambar-gambar kami wat kenangan yang pada suatu ketika nanti akan bertukar pada suatu waktu dahulu ........

Enjin dah start... jgn laju sangat nanti stuck...



Kat sini pun boleh...



Sedap...


Alhamdulillah............
 Dan diakhiri dengan


Sebelum balik acara posing-posing lagi... tapi nampaknya sorry to say sebab kamera GD sudah habis bateri daaaa.... setakat ni je lah yg dapat.. next time kita plan lagi yer..




Gambar ambik dari FB puan kn.... 

Semoga ada lagi selepas ini......


Saturday 4 May 2013

Telur Dadar Pucuk Mungga


Assalamualaikum semua....

Apa khabar semua teman2.. ada yg demam ke atau dah rasa x sihat badan tu, cepat2 g klinik or makan ubat yer..kang x pasal2 x dpt g ngundi esok... jom kita mengundi... jom kita mengundi sambung sendiri yer...
yang penting undi adalah RAHSIA....
ye ke rahsia????? kurang kepastian pulak.. ah lantak lah.. yg penting insyaallah esok jari telunjuk GD akak dicalit membuktikan sesungguhnya GD sayangkan negara ini... tunggu esok ye... 

Jom kita cerita pasal entry GD ni pulak.. sesungguhnya mesti ramai yang suka makan telur dadar kan!!!!... lawan pulak nasi panas... cukup dan insyaallah bertambah pun boleh terjadi.....

Tapi yg peliknya pernahke korang goreng macam GD buat ni???? pertama kali dulu memang agak pelik sebab x penah pun mak suruh wat mcm tu.. tetiba dah jadi isteri, en hubby suruh wat... alahai kepelikan sekejap rasanya.. jiwa kacau tul time tu..

terlambat snap gambar.. tgh mkn en hubby bg peringatan.. nape x ambik gambar dan ce tanya kwn2 dlm blog or fb pernah x diorg mkn telur dadar mcm ni.... stop mkn jap ambik kamera dan freeze jap semua org jgn dihabiskan telur yg sepotong itu.... yesss.. siap.. dah boleh sambung mkn...

Ni lah dia Telur Dadar Pucuk Mungga... peberet en hubby sangat-sangat... nama lain GD x sure sebab en hubby ajar nama tu dan sampai sekarang pun depan family GD memang x pernah hidang telur goreng macam ni.. kalau buat jugak sure mereka pun malu2 kucing agaknya nak jamah... 

Bahan-bahan nak buat telur dadar adalah sama aje macam yang selalu kawan2 buat, telur mesti ada, hirisan bawang besar, garam, lada sulah dan ada yg taruk cili api or cili besar.. terpulang... nak sedap lagi bubuh mayonis gaya kak sheila rusly kita.... pun sedap.. sure gebussss....step semua sama cuma last step bubuh daun-daun tu, kemudian kacau rata then tuang dalam kuali... dah siap... 


Ni lah daun pucuk mungga tu... apa nama lain sape yg tau sila angkat tangan dan taip kat ruangan komen tu ye.. komen lah..... huhuhuu...

En hubby sangat suka tapi GD rasa biasa aje x de rase apa2 pun...heheheheh mungkin GD ni bute rasa kot...
huhuhuh.. jgn mare yer en hubby... pe pun I follow.... tersirat tuh...