Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Tuesday 24 September 2013

Butterfly Rainbow Cupcakes


Assalamualaikum... 

Mari kita cerita ceriti lagi pasal rainbow... nmpknya musim rainbow sudah mari di rumah GD...

Tapi tetap tayangan tertunda... semua pun project minggu lepas..

Minggu ni belum buat project apa pun lagi... tengah skodeng mana2 yang patut..

tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...


so, kita layan dulu Butterfly Rainbow Cupcakes resepi dari blog kak Azlita yang sangat awesome tu... kak, macam biasa GD mintak halal ilmunya juga izin dikongsi semula di blog GD yg x seberapa ni yer..


BUTTERFLY RAINBOW CUPCAKES
Resepi asal dari RAINBOW CAKE
By : Whisk Kid
The Martha Stewardt Show, April 2010
Rujukan GD : azlitamasammanis

Bahan-bahan:-

  • 11/2 cwn tepung gandum
  • 2 sdk baking powder
  • Secubit garam garam
  • 1/2  cwn butter ~ suhu bilik
  • 3/4 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
  • 3 biji putih telor ~ suhu bilik ( saiz B)
  • 1sdk esen vanila
  • 3/4 cawan susu segar ~ suhu bilik

Cara-cara:-

  1. Panaskan oven pada suhu 170 C
  2. Sediakan paper cup putih secukupnya dan susun dalam muffin tray
  3. Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
  4. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
  5. Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
  6. Masukkan esen vanila
  7. Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
  8. Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga. maksudnya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
Tompokkan setompok setompok warna berlainan warna dan berselang seli dalam paper cup
Buat hingga semua adunan habis
* untuk mudah masukkan adunan dalam plastik bag atau pipping bag
Gunakan lidi bersih dan buatkan satu putaran pada permukaan kek

Bakar dalam oven selama 25 minit atau sehingga kek masak sempurna.

Cara membuat rama-rama
Potong permukaan cupcake dengan pisau
Permukaan kek yang dah di potong tu kita potong pula pada 2 bahagian ~ rujuk gambar di atas
Paipkan cream atau buttercream atas permukaan kek yang telah di potong
Kemudian susunkan permukaan kek untuk membentuk rama-rama
Letakkan manik sebagai badan rerama


ok... selamat mencuba ye kalian semua....

Sunday 15 September 2013

Rainbow Cake aka Kek Pelangi

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Tu dia hasil deco GD yang x seberapa... 
baru mencuba deco dengan Italian Butter Cream.. resepi GD ambil di blog kakzusemanisgula.. macam-macam ade kat situ. malas wat sendiri order je.. kat situ Kak Zu x mention pun namanya italian butter cream cuma ada satu hari tu GD tgk kat AFC channel kot pasal jenis2 butterkrim. yu yang sesuka ati je buh namanya. betul kut. so, kalau salah maap byk2..
dah lama pendam nak cuba buat kek yang disaluti krim.
x tercapai sebab x buat... so, sempena besday sendiri cubalah juga.. walopun dah lepas seminggu dari tarikh besday sebenar...



Ni dia hasil after bedah siasat. kek pelangi aka rainbow kek kate omputehnya ni pun pestime percubaan. x semarbeless mane hasil air tangan GD ni tapi untuk diri sendiri punya pencapaian after deco boleh bagi 4 bintang kot... boleh gitu.. x de sape nak puji, puji je lah diri sendiri. bukan kena bayar pun..

Untuk resepi kek GD rujuk blog Sis RAHEL .... sebenarnya org lain dah berdesup-desup pergi ke depan dengan resepi yg lain. GD pulak merangkak-rangkak mencuba yang org lain dah pro... x pe janji cuba..betul kan!!!!.

Selalunya rainbow cake guna cream cheese frosting kalau x silap. tapi GD x mo guna cream cheese so tukar guna buttercream... derhaka ke macam tu ye!!! harap tidak lah..:(

Untuk mereka berdua yg GD jadikan sumber rujukan, halalkan ilmunya ye dan izinkan GD kopipes diblog GD pula untuk rujukan dimasa2 akan datang. terima kasih daun keladi.. semoga Tuhan anugerahkan rezeki yang melimpah ruah lagi kepada kalian berdua.. Amin..


Rainbow Cake/Kek Pelangi
Sumber:Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria
Rujukan GD : rahelcake

Bahan:

  • 250g mentega
  • 220g tepung kek}
  • 1 sudu teh serbuk penaik},diayak (A)
  • 200g gula kastor
  • 4 biji telur gred A
  • 5 sudu makan air susu
  • 1 sudu teh esen vanilapewarna (yang ni korang pandai2lah letak pewarna)
Cara:
  1. Griskan acuan bulat 6".Lapiskan dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.
  2. Pukul mentega dan gula kastor dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan putih.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.
  4. Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen vanila. Gaul hingga rata.
  5. Bahagi adunan kepada 7 bahagian.Warnakan.
  6. Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit pada suhu 170'C.
  7. Setelah kek masak,biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.


Italian Butter Cream

Bahan-bahan :-

140 gm telur putih
300 gm butter

300 gm shortening
300 gm gula di masak dengan 90 gm air serta sekeping lemon hingga pekat ~ jadikan syrup pekat

Putar putih telur hingga berbuih ~ menjadi meringue tak kental
Masukkan AIR GULA PANAS ( SYRUP PEKAT ), putar hingga adunan menjadi sejuk
Masukkan butter dan shortening hingga menjadi krim yang gebu.

Nota :

GD sapu lapisan pertama dan ke-2 dengan bluberry jam. Lapisan ke-3 bluberry + buttercream. Lapisan ke-4 dan ke-5 buttercream. menderhaka lagi...huhuhu.. jgn le tuan punya resepi pancung kepala hamba kerana byk menderhaka... tu lah pekdahnya kalau wat sendiri dan citarasa sendiri...
hehehehhe... perghhhh.. very de marbelesss

masam2 manis bluberry plus creamy buttercream...

terima kasih pada yg share resepi sungguh enak ni..  

Friday 13 September 2013

Jalan-jalan cari makan..


Assalamualaikum...

jom.. lama x bersiaran... memula kita citer pasal makan kat tempat org je lah dulu..

tu dia nampak tak.. Mee Udang Banjir katenyaaa... 

BESARRRRRrrrrr
banget udang tu.. dalam 5 ke 6 ekor..

kisahnya mentara tunggu adik tak sampai2 kat klang sentral, perut dah lapar..
pe lagi jom kita cuba try test..


En Hubby try Mee Udang Banjir, GD try Nasi Goreng Sotong Kompaw dan Miss Gya try Nasi goreng Udang Kompaw..



memula order tu tanya gak la since memang x mo mkn hidang2 jes goreng2... pe bende ke kompaw tu??
menunggu dengan sabar sebab setelah 15 minit lepas berapi2 tukang masak tu bersilat kat dapur yg agak open air, dapat lah pesanan memasing.. x lama kan.. ( memang le sabar) hahahhaha

tu dia sekali dapat, mak aiiii besarnya udang... itu kompaw pe dia... rupanya nasi goreng biasa (mcm setakat buh perencah nasi goreng adabi je) then udang dalam 8 ekor saiz boleh tahan goreng/ masak dengan kicap, sos tiram dan cili kering dalam pinggan asing.. sama kes lah dengan sotong tu.. ohh baru GD paham.. makna sebenarnya adalah hidangan yg memang lansung x pedas dan ala-ala manis gitu.. sedap gak..
well, yg paling GD suka apabila sotong dan udang itu dibersihkan dengan sempurna.. GD memang pantang bab2 tu.. nasib sgt.. thumbs up to tuan punya kedai..


Masa pi bayar oder 1 bungkus nasi goreng udang.. tapi x sempat snap.. masa kat umah x sedar tetiba dah habis adik bedal.. x dan nak tahan. tapi yg sempat dia ckp byknya udang dan of coz le besarnya!!!!

dek kerana wah!!! besar dan banyak tu lah, bayaran pun boleh tahan... nasib baru lepas gaji time tu.. lebih 5 jari untuk 4 org makan dan air utk 3 org...

Okeylah tu... sedap dan bersih x pe.. kenyang Alhamdulillah.. sesekali.. heheheh
kalau berkali kopak poket en hubby...

okey lah tu... babai semua n see u again ..