Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Tuesday 25 September 2012

Daging Palembang

Assalamualaikum dan selamat petang semua teman2...

Semoga semuaya berada dlm sihat2 sahaja hendaknya dlm menjalankan segala tugas yg telah diamanahkan baik di rumah mahupun ditempat kerja...

Pagi semalam en hubby minta buatkan daging masak palembang or daging palembang je kitorang sebut. Memang GD dah selalu buat resepi ni, tu pun resepi dapat dari jiran depan umah. Puan Ila namanya. memang sedaplah. x rugi sesapa pun yg cuba. Tapi resepi yg GD tepek kat blog ni setelah diolah dengan tambah tolak sedikit bahan sehingga GD rasa sesuai dgn tekak GD sekeluarga.

Tapi, semlm juga, GD saje nak google sambil selongkar dapur2 dialam maya ni kot2 jumpa resepi yg sama atau seakan2 dan GD konon2 nak wat yg lain lh pula. sampai akhirnya GD berkenan kat resepi Kak Asma.
Tapi GD x lah follow 100%. cuma ada cedok2 dan campur tolak lelebih kurang je. mohon share yer kak Asma dan minta halal ye sebab guna resepi akak tu...

Daging Masak Palembang
Resepi asal dari kak Asma



  • 1kilo daging
  • 1 mangkuk kicap manis
  • 15 biji bawang kecil*
  • 8 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*(* dihiris halus)
  • 3-4 sudu besar cili mesin(lada kering dikisar)
  • rempah tumis 4 sekawan
  • 1 mangkuk kerisek
  • 2 mangkuk santan pekat
  • sedikit daun kari
  • cili padi yan dibuang tangkai(agak2 yea)
  • garam,gula dan secukup rasa

Dan ini pulak resepi GD yg telah ditambah tolak...heheheh


  • 800 gm daging
  • Santan
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 3 sb cili giling
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 btg kayu manis ( sebab besar )
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 sb kicap pekat
  • Daun kari
  • 2 sb kerisik
  • Nissei/ gula melaka (kalau suka)
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara2 Kak Asma :
  1. Daging dibersihkan,hiris halus.masukkan kedalam periuk,tambahkan sedikit air dan kicap.rebus hingga empuk.(nie kena agak2 ya airnya kalau kurang tambahkan)
  2. Dalam periuk laun tumiskan bahan yang telah dihiris halus,rempah tumis 4 sekawan hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan cili mesin dal digaul rata,biarkan bahan tumisan masak rata hingga naik minyak
  4. masukkan daun kari,santan,kerisek,garam,gula dan secukup rasa.
  5. Daging ynag telah empuk tadi masukkan kedalam bahan yang ditumis.biarkan hingga mesra bahan tadi.
  6. dah masak taburkan cili padi kedalam lauk tadi..
  7. sedap dimakan bersam lontong dan nasi.



Cara-cara :

  1. Daging dipotong dan dibersihkan.
  2. Bawang besar, bawang putih dan halia dimayang (kalau nak tumbuk lagi bagus)
  3. Tumiskan bahan yg telah dimayang/tumbuk bersama daun kari sehingga naik bau. kemudian masukkan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Kacau sehingga bahan tumbuk/ mayang kekuningan.
  4. Masuk pula cili giling dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
  5. Setelah itu, bolehlah dimasukkan pula daging, nissei/ gula melaka dan santan. Biarkan sehingga daging empuk dan kuah agak pekat sedikit.
  6. Lepastu bubuh kerisik dan kicap pekat. Jgn lupa perasakan garam dan kalau suka manis tambahkan sedikit lagi gula.
  7. Boleh tutup api dan angkat. Sedia dihidangkan dengan nasi atau nasi impit pun sodap...
Selamat mencuba yer... 

Jgn segan2 nak komen...

Salam ceria dan jumpa lagi dilain entry...



No comments:

Post a Comment