Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Sunday, 15 September 2013

Rainbow Cake aka Kek Pelangi

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Tu dia hasil deco GD yang x seberapa... 
baru mencuba deco dengan Italian Butter Cream.. resepi GD ambil di blog kakzusemanisgula.. macam-macam ade kat situ. malas wat sendiri order je.. kat situ Kak Zu x mention pun namanya italian butter cream cuma ada satu hari tu GD tgk kat AFC channel kot pasal jenis2 butterkrim. yu yang sesuka ati je buh namanya. betul kut. so, kalau salah maap byk2..
dah lama pendam nak cuba buat kek yang disaluti krim.
x tercapai sebab x buat... so, sempena besday sendiri cubalah juga.. walopun dah lepas seminggu dari tarikh besday sebenar...



Ni dia hasil after bedah siasat. kek pelangi aka rainbow kek kate omputehnya ni pun pestime percubaan. x semarbeless mane hasil air tangan GD ni tapi untuk diri sendiri punya pencapaian after deco boleh bagi 4 bintang kot... boleh gitu.. x de sape nak puji, puji je lah diri sendiri. bukan kena bayar pun..

Untuk resepi kek GD rujuk blog Sis RAHEL .... sebenarnya org lain dah berdesup-desup pergi ke depan dengan resepi yg lain. GD pulak merangkak-rangkak mencuba yang org lain dah pro... x pe janji cuba..betul kan!!!!.

Selalunya rainbow cake guna cream cheese frosting kalau x silap. tapi GD x mo guna cream cheese so tukar guna buttercream... derhaka ke macam tu ye!!! harap tidak lah..:(

Untuk mereka berdua yg GD jadikan sumber rujukan, halalkan ilmunya ye dan izinkan GD kopipes diblog GD pula untuk rujukan dimasa2 akan datang. terima kasih daun keladi.. semoga Tuhan anugerahkan rezeki yang melimpah ruah lagi kepada kalian berdua.. Amin..


Rainbow Cake/Kek Pelangi
Sumber:Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria
Rujukan GD : rahelcake

Bahan:

  • 250g mentega
  • 220g tepung kek}
  • 1 sudu teh serbuk penaik},diayak (A)
  • 200g gula kastor
  • 4 biji telur gred A
  • 5 sudu makan air susu
  • 1 sudu teh esen vanilapewarna (yang ni korang pandai2lah letak pewarna)
Cara:
  1. Griskan acuan bulat 6".Lapiskan dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.
  2. Pukul mentega dan gula kastor dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan putih.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.
  4. Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen vanila. Gaul hingga rata.
  5. Bahagi adunan kepada 7 bahagian.Warnakan.
  6. Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit pada suhu 170'C.
  7. Setelah kek masak,biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.


Italian Butter Cream

Bahan-bahan :-

140 gm telur putih
300 gm butter

300 gm shortening
300 gm gula di masak dengan 90 gm air serta sekeping lemon hingga pekat ~ jadikan syrup pekat

Putar putih telur hingga berbuih ~ menjadi meringue tak kental
Masukkan AIR GULA PANAS ( SYRUP PEKAT ), putar hingga adunan menjadi sejuk
Masukkan butter dan shortening hingga menjadi krim yang gebu.

Nota :

GD sapu lapisan pertama dan ke-2 dengan bluberry jam. Lapisan ke-3 bluberry + buttercream. Lapisan ke-4 dan ke-5 buttercream. menderhaka lagi...huhuhu.. jgn le tuan punya resepi pancung kepala hamba kerana byk menderhaka... tu lah pekdahnya kalau wat sendiri dan citarasa sendiri...
hehehehhe... perghhhh.. very de marbelesss

masam2 manis bluberry plus creamy buttercream...

terima kasih pada yg share resepi sungguh enak ni..  

No comments:

Post a Comment