Pes time pergi kelas buat kek, pes time juga merasa kek ni.. Kek Cawan Hokaido.. biasa dengar tapi x pernah merasa.. dah dapat rasa, oh, sedap rupanya!!!
Sebab sedap, makanya kita wajib menerai dan apa yang dipelajari jgn diperap lama2 nanti lupa. Kata chef Azli Razali, kalau tanya kat org jepun, mereka sure tak tau apa itu kek cawan hokaido.. hihihi.. macam2.
so, inilah hasilnya..
Resepi : Kek Cawan Hokaido
Sumber : Kelas Masakan bersama Chef Azli Razali
Bahan A
4 biji kuning telur
30g gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
40ml susu cair
40g minyak jagung
55g tepung naik sendiri
20g tepung kastard
1sudu kecil baking powder
Bahan B
4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80g gula kastor
Cara-cara-
Satukan tepung naik sendiri, t.kastard dan baking powder dan ayak
Pukul kuning telur dan gula guna pemukul whisk sahaja hingga berbuih. Kemudian masukkan esen, susu dan minyak.
Kacau rata dan masukkan bhn ayak dan gaul sebati.
Dalam bekas lain pukul putih telur bersama gula dan garam hingga kaku.
Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan adunan tepung dan kacau kaup balik. Buat hingga habis.
Masukkan dlm bekas cupcake dan bakar suhu 180'selama 20 minit atau mengikut oven masing2.
Krim Kastard
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200 ml susu cair
1 sudu besar mentega
1 biji telur gred B
1sudu kecil esen vanila
Cara-cara:-
Campur kesemua bhn dan masak di atas api sederhana. Kacau hingga sebati dan pekat. Boelh dipaipkan dlm kek hokaido menggunakan piping beg..
Selamat mencuba...
Pesanan penaja : Kek ni biasanya dalam cup petak 4 segi. so jgn le menderhaka. tapi GD derhaka gak tang tu kerana menggunakan apa yang ada je...hehehhe
No comments:
Post a Comment