Sesekali layan ikan besar tapi makan 3 beranak.. ingat x boleh nak perabih. tambahan pulak masa tu en hubby x berapa sihat. sape nak tolong makan??? planning dah ada, barang pun dah cukup tinggal nak masak jer. tapi sapa sangka en hubby pulak tetiba x sihat... GD teruskan jugak kot2 mane tau dia nak makan.
Misi GD pun bermula lepas dah balik dr klinik. en hubby pun dah tido lepas makan ubat. yg sihat perlu makan nasi kan!!! hihihi.. harap2 en hubby pun terbuka seleranya. sebenarnya GD memang jarang masak mcm ni. x berapa pandai atau malas ??? entah le. x tau jawapan mane yg de best. suka ati korang le nak tolong jawabkan atau idak. x de paksaan lansung.
Oleh yang demikian, walaupun nmpk senang, GD puaskan juga le napesu mengoogle nak cari camane, bagaimana dan mana2 yg de best of de best hasil pengeposan rakan2 fb juga x terkecuali selain dari tenet2 semua. so, inilah hasilnya...
setelah di + / - apa2 yg perlu dan x perlu, serta mengikut citarasa dan yang penting bahan yg GD ada. inilah persembahannya. SIAKAP STIM LIMAU..
Resepi : Siakap Stim Limau
Sumber : Internet
Olahan : GD sendiri
Bahan-bahan:-
- 1 ekor ikan siakap
- 1 labu bawang besar holand - potong bulat
- 4 ulas bawang putih - hiris je
- 2 inci halia - mayang
- 2 btg serai - titik/ketuk
- 5 biji cili padi - belah 2 (ikut sapa nak pedas buh byk sket)
- 1 biji limau nipis
- daun limau purut
- Garam dan serbuk perisa yang dibenarkan
- sedikit sos ikan
- 1 biji buah tomato (kalau suka. x yah pun x pe)
- Sedikit tepung jagung
Cara-cara :
- Sediakan pengukus dan dulang untuk kukus ikan.
- Ikan dibersihkan. kemudian lumur dengan garam terlebih dahulu. jgn banyak sangat nanti masin.
- Lumur juga dengan sedikit tepung jagung.
- Letak ikan dalam dulang dan alas ikan dengan serai yg telah diketuk.
- Kemudian bubuh kesemua bahan atas ikan dan dan dalam perit ikan juga. (susun le cantik2)
- lepastu baru perahkan limau nipis, dan sedikit sos ikan.
- Buh lagi sikit garam dan serbuk perisa
- Kalau nak berkuah, tambah le sikit air. Tapi GD x tambah air hanya air dari bahan2 dan ikan itu sendiri je.
- Kemudian kukus le lebih kurang 15 ke 20 minit bergantung ikan tu besar atau kecil.
Siap dan boleh dihidangkan. Alhamdulillah, en hubby mau makan dan selera nmpknya.
X sia-sia GD teruskan juga niat memasak lauk ni ... x sabar nak try yg seterusnya pula. tukar kepada asam masin pulak.. nantikan selepas ini. bila???? tunggu..
okey babai dulu. jumpa di lain entry.
No comments:
Post a Comment