Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Tuesday 3 January 2012

Just to share...

10 SURAH YANG MUJARAB DARI NABI SAW


SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al...-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

SURAH AD-DHUKHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

SURAH AL-KAUTSAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

SURAH AL-KAFIRUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

Semuga menjadi amalan harian kita untuk membaca surah-surah berikut.

Wasallam.

Hari paling membengangkan.......

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

   Lamanya x entry pape…bizi sgt atau wat2 bizi…x de lahhh…Cuma line bband ni tenggeram timbul daaa…tu yg terganggu emosi bila nak entry…asyik la jiwa kacau grrrr…grrr…x tau pada sape..

   Dah sebulan kamewa rosak…anakanda kasi jatuh…x cakap lak tuh…tanya punya tanyer baru nak ngaku. Tupun pas janji konpem x marah kalau citer betul2…abis tu bile dia dah citer, aku nak marah camne sebab dah janji x marah…telan je lah grrr..grrr aku tu….sabar je lah..camne lah aku nak tangkap gambor memakanan yg aku dah masak kan…nak pakai kamewa hp???..x santek kata anak buah aku..sebab hp aku bukan yg canggih manggih ni….sebabak lagi jiwa ku kacau..memang jadi masalah negara tul tah…bebanyakkan besabor ye mona……

   Sebenarnya aku bukan nak cite pasal kamewa ke hape..tapi aku nak citer pasal masalah yg aku hadapi ketika nak renew roadtax n insuran keta bebaruni…sgt lah meng grrrrr kan aku…Alkisahnya en hubby pun bercuti la di suatu hari 3 hari sebelum ins mati…3 hari tu plus sabtu ahad…makanya bape ari je…hehehh..kira sendiri..
So, kerana en hubby ni terkenal ngan kepayahan untuk bersoti maka soti itu akan dimanfaatkan semaksima yg mungkin..

  Bermulalah jadual kitorang dari pagi tersebut mengikut jadual yg aku dah susun…yg pasti sebelum pape sarapan dolu..hehehhe.yg paling penting perut anakanda kena isi dulu sebab kang kalau tgh nak berurusan tetiba lak dia minta makan, jenuh aku…pastu dah penuh tangki perut, kami pun gerak la kekawasan sasaran (Bandar Klang la tuh)..cari parkir keta pun dtgh2 kawasan supaya senang x yah nak tuwun naik keta… ngan senang hatinya g LHDN submit boring BRIM…puhhhh…x de masalah.. settle 1 kononnya..

  2ndnya program adalah nak terjah bank tempat wat loan sekaligus bayar insuran dan monthly payment..untuk pengetahuan, keta tu nama en hubby tapi aku yg kena ngadap sebab dia mcm biase tetap nak jadi en driver je tuk aku…pastu pulak ini kira pes time nak renew sebab aku tukar keta bulan 12 tawun lepas..hahahha (pecah rahsia dah tukau keta)….punyalah lama akak tu nak key in asyik lah x boleh jawapan nya..aku dah cuak dah..akhirnya bermulalah episod masalah negara aku…ada masalah ngan system ISM diorg…dlm tu mention NCD keta aku 0%..so aku kena bayar dekat 1.5K pas dah tolak 25% NCD dan + roadtax…gile ke hape….pokai le aku cam gitu..lagipun apesal lak aku kena sedangkan dlm polisi yg lame terang2 dah 55%  NCD keta aku…dah bincang2 ngan akak bank tu, dia suggest suh ktorg g semula kat tmpat beli keta baru ni. Alahai …nampaknya program aku dah menyasar sikit nih..tapi nak wat camne…terpaksa jugak…

  Sebelum g kedai keta kat BB Klang, en hubby suh tepon dealer tu dulu..aku kata x mo takut kang bile kita tepon dan inform masalah kita dia lari pulak…boleh ke gitu??? Aku pun terjah je kat kedai tu..Alhamdulillah dia ada…aku ni emo sikit..so x de gurau2 seperti masa nak beli keta dulu..aku straight to d point je…dia pun g la menggali ape yg boleh di gali lalu kuarlah satu surat from sykt insurans yg cover keta skrg dr dlm gobok dia…attn. to en hubby n cc to kedai keta bertarikh 8th Nov 2011…gile ke hape sebab kitorg x dpt pun surat tu…lagi tambah musykil bile statement surat yg berbunyi “…your NCD transfer from vehicle….is not posibble as it has been taken up by another insurer (Tokio Marine) therefore…..”…terkezut mak …ape kene mengena ngan Tokio marine lak???lansung x de dlm sejarah kitorg ngan syarikat tuh…bala ape lagi la ni…puas aku dok kata last kitorg nyer insuran ngan Etika Maybank..x caye nyer de..geram aku..Dek kerana dia nak juga evidence tuh (pegi la ke syarikat etika takaful pulak)..keputusan x de nama en hubby kat situ maybe kat Maybank lak…Dia pun menghello Maybank dan menanya tentang keta lama kitorg tuh…lagi satu balanya adalah….Maybank pulak server down….Grrrrr….grrrrr yg dah tahap gaban dah ni…so, dia dengan perasaan yg kesian kat kami ni (agaknya lah) janji akan try settle ngan (aku mention jelah ye)..MPIB … by Isnin…name penuh?? X yah le..            
Aku ngan en hubby dah letih…matahari dah pacak atas kepala..anak aku pun dah x larat kekejap jadi pak pacak..kekejap leh duduk…kekejap kebosanan sebab x paham pape….dgn x berapa redhanya angguk jelah dgn janji manis en dealer keta tu…tanpa pengetahuan en dealer tu aku g Tokio Marine kat BB Klang..(sebab kat area tu jugak)
Selidik punya selidik apa kaitan keta lama aku ngan tokio marine, rupanya pembeli keta lama aku pakai insuran tokio marine dan beli pada bulan 3 aritu..setakat tu je aku boleh dpt infonyer…hummm…kurang membantu..so sad…

  Aku kena susun jadual baru dgn cekap..sebab nak balik makan masa 20 minit pastu dah dtg semula mkn masa lagi…2 tempat aku belum terjah. Kedua2 nya pulak tu jabatan kerajaan…JPJ n Pejabat Tanah…tambah pulak hari Jumaat…so, dlm keta aku merangka..puhhh sib baik en hubby terima…Masa en hubby g sembayang Jumaat kat dlm bandar d tghari bute tu, aku x kan nak dok melepap dlm keta mengabiskan minyak kan…so, aku pun selitkan agenda yg sepatutnya terakhir sekali tuk arini d tgh2…ape dia??? Sesi terjah kedai kain kat jln taiping nak cari kain wat baju sekolah daaa…..seb aku memang baik sgt sebab anakanda x byk songeh aritu..dia follow baik punya…

  Keluar masuk kedai kitorang nak abiskan masa tunggu en hubby…sian anakanda, aku belikan dia kaya ball je n waffle tuk aku sendiri wat alas perut..konon nak tunggu en hubby baru g mkn..pas en hubby selesai tugasnya kitorg terus g JPJ n Alhamdullilah walaupun masa tu lunch hour 12.00 ~2.45pm..aku sampai sana dlm 2.30pm, niat aku nak tanyer je kat kaunter tu, tapi dek kerana kesopanan dan kesusilaan aku yg tahap maksimum masa tuh, aku diberi no giliran juga walopun sepatutnya kena tunggu 2.45 pm..sebab kaunter pun bukak 3 je..org ramai yg tunggu..x lama pun..10 minit pastuh settle urusan en hubby…wauuuuu…ramainya org ngah berbaris nak ambik no giliran masa aku lalu nak kuar…sian derang dan akak yg baik ati tadi tu dgn selambe je dia borak ngan teman dia kat meja tuh sambil lemparkan senyuman kat aku…tq kak…settle masalah ngan JPJ……….

  2.45pm bertolak ke Pejabat tanah pulak…urusan nak tukar alamat pada bil cukai…setiap kali bil mesti sampai umah sewa lama..sekali dua makcik tu boleh le ambik tau lelama dia pon dah malas. Buktinya tahun 2011 aku x de dpt pun. Tapi sebab aku insan perihatin..(bravo utk diri sendiri..hahahh)aku x mo kena bayar lebih 2 hinggit so pada awal tahun dulu aku tepon PT dan tanye apa masalah aku x dpt dia kata bil kena tukar alamt dulu baru ok. Caranya kena dtg PT dan bawak copy IC, SNP dan tah pape lagi aku x hingat…yg paling aku hingat kena isi borang dan bayar rm10.

  So, bile nak pegi tu aku bawak le setambun takut kang x cukup bebahan x leh nak berurusan lak….tapi….yg sedih dan syahdunya..urusan ku itu tidak dpt dilaksanakan di Klang sebab katanya Jenis dan No. Hak milik adalah HS(D)…so kalau HS(M) boleh…dia soh kitorang kat PT Shah Alam….sungguh x paham aku..dulu masa aku call suh dtg klang (sebab masa tu dia siap bagi aku no hak milk sebab aku just bayar through internet je)…konpius plus sungguh marah….grrrr…grrrr…

  So, kesimpulan untuk hari tersebut adalah 2 agenda aku terbantut tanpa dpt ditolong sebab nak pergi Shah Alam memang dah x sempat…time urusan PT dari pukul 2.45 ~3.30pm je…so sad…..

  Balik dr PT aku ajak en hubby singgah maybank dan korek je lah sendiri apa yg boleh dikorek…sekali lagi..server down dan kami x leh nak tolong apa2…

  Masuk keta aku memang blurr giler…pressure sungguh..sebab aku dah macam sorang asst yg jadi org tengah then bile x berjaya bakal dimaki oleh boss aku (walaupun en hubby x maki)…sebab bile dia tanyer result, (walopun dia ade kat area tu tunggu aku gamit) jawapan x ok plus ada problem dia mcm x boleh terima (sebenarnya dia tension yg dia kena ambik cuti lagi)…so nak marah sape????
Marah aku?????sory ye…aku dah tersangat penat ngadap semua tu…

  Last keputusan aku kata kita balik je…dlm keta aku tergerak nak tepon sendiri kat MPIB dan tanyer pasal kenapa ISM x update, mane evidence kata en hubby ade related ngan Tokio Marine dan memacam lagi…emo lagik…Seperti biasa tekan tu, tekan ni, pass sane, pass sini, 2 ke 3 kali aku kena ulang cite dan pertanyaan yg sama (mana x emo) dah la pakai prepaid, tepon KL lak tu….akhir jawapan..”Nanti sy check dulu then sy tepon akak balik ataupun boleh tak akak fax kan pada saya cancellation insuran utk keta lama tu” macam lah kat umah aku ada mesin fax!!!!…en hubby dgn yakin kata..huhhh pastu x tepon dah..aku diam je…malas dah nak bising2..letih mak…..dah sampai umah x de jugak tepon bunyi…cop2 lupa nak citer..sebenarnya kitorang dah lupa nak mkn tghari tadi dek kemelut yg melanda…sudahnya aku jugak kena masak walopun masatu dah pukul 4pm baru sampai umah…masak simple je sebab aku dah sgt2 penat…


  Tgh masak tepon bunyi..MPIB tepon…tutup api dan dgr ape reason budak tu bagi..dia soh konpemkan no IC en hubby..dan terbukti bahawa org yg beli keta lama aku tu guna IC no en hubby so kerana tulah derang x leh nak update dlm system ISM tu…pertanyaan aku….apa kaitannya sebab aku beli keta bulan 12, 2010 dan org tu beli keta lama aku pulak bulan 3, 2011..gap agak lama..adakah MPIB meng KIV kan  dokumen aku sehingga berbulan2???…kenapa bulan 11, 2011 baru nak bagi surat??? dan macam mana org tu boleh senang2 pakai no IC org lain tuk beli insuran???…sape boleh tolong jawabkan..???? sebab budak MPIB tu dah x leh nak jawab…grrr..grrrr..


  Sekali lagi aku emo….agaknya budak MPIB tu dah malas nak dgr aku membebel…akhirnya dia berjanji akan memperbetulkan system tu…dan akupun dah dpt renew kan roadtax n insuran keta baru ku itu….kesimpulannya..sampai ke hari aku menaip ni, aku masih x paham atas apa yg terjadi keatas syarikat insuran tersebut (MPIB dan Tokio Marine) dan kenapa aku x tepon aje MPIB dari pagi dan kenapa aku nak buang masa pegi sana sini..dan lepas kajadian tu, harini baru aku dpt polisi/jadual insuran MPIB tu yg rupanya aku x pernah dpt pun untuk setahun kami memohonnya..agak2 kalau jadi ape2 dlm satahun tu, macam manalah kami nak claim ye…so sad…lain kali mesti lebih hati2 lagi….


  Maafle ye..panjang lebar aku ber emo….lama x berentry..kalau ada yg dah jemu baca tu, maaplah yer…sekian…sampai jumpa lagi…Muaahhh…