Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Monday 29 April 2013

Puding Laici Dangdut

 Assalamualaikum semua.... jom layankan resepi yg GD ambil dari blog Kak Ita dan GD kongsikan semula di blog GD yang x seberapa ni... sememangnya dah lama GD x buat puding atau agar-agar ni... bukan sibuk tapi asal nak buat selalu bertangguh...

Kebetulan haritu en hubby dapat hamper cabutan bertuah mesyuarat agung persatuan penduduk, jadi x payah tangguh lagilah... bukan lama sgt pun prosesnya... maka hasilnya...... jeng...je..jeng..


Dalam cuaca panas memang sangat sedap.. masuk mulut, pastu laju je meluncur ke anak tekak... sesudu...2 sudu.. 3 sudu... dan bersudu- sudu..akhirnya x perasan habis sebelah GD makan... mkn ke mengkedarah...pesanan penaja - harus makan sejuk2... wallah...


PUDING LAICI DANGDUT
By : Kak Hanieliza

Bahan-bahan:-
  • 10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa ( agar-agar tali 28 gm)
  • 2 liter air
  • 2 cawan gula 
  • 2 tin laici ~ asingkan air dan buahnya
  • 1 tin susu cair
  • sedikit sirap (GD tambah)

Cara-cara:-
  1. Masak agar-agar hingga mendidih.
  2. Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. Jika guna agar-agar biasa, ( tali)  tapis dulu.
  3. Masukkan air laici dan susu cair. GD blend separuh buah laici bersama airnya. Kacau rata.
  4. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  5. Kemudian sejukkan dalam fridge.
  6. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi. Boleh juga di makan bersama susu cair.




Saturday 13 April 2013

BANANA CHOCOLATE RICE CAKE



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua teman yang GD sayangi...

Ni adalah resepi kek pisang yg GD google dari blog Kak Azlita Masam Manis.. 
Haritu jiran GD ada bg kek pisang dan katanya follow resepi kak ita dan kebetulan pisang yang bawa dari kg minggu lepas memang dah masak apa lagi GD cuba try test je lah..

Nak buat bukan sikit.. sebab tgk kak ita buat kecik je sebiji jadi ambik keputusan nak buat dua adunan terus dan bakar sekali je dlm oven tu menggunakan loyang 8 X 8 X 3... wah... dengan lafaz Bismillah dan penuh ikhlas serta penuh kasih sayang dari hati yang paling dalam, GD memulakan langkah step by step hingga sampai detik menunggu kek masak... boleh sembang2 dulu dengan ahli mesyuarat tingkap di luar pagar...
siap terbayang inilah juadah buah tangan nak balik kg mlm karang...

Akhirnya masa yg ditunggu... tarraaaa..kek ku dah masak...

Sekaliiiii, toleh x toleh lain dah....uwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Gula separuh lagi masih dlm pengisar..... ape cer??????????? kek dah kuar oven tunggu sejuk.. itu gula camane???????


Hadoiiii......... mengapa jadi begini.... inilah nasib ku.. 

faktor usia kata my sis.... "jgn risau, oleh kerana along masak dengan penuh kasih sayang dan ikhlas, kek itu akan jadi manis". Ayat penenang jiwa kengkonon... tualah dah ni yer... ohhhh....nasiblah labu.... jom kita makan kek tawar ni yer.. yg dalam piring dah siap potong ni khas untuk my sis yg cuti sem dah bermula dan sampai sesubuh sapie tadi... nahhhh... hambik ko.. pe rasa????

Nasib ada manis2 sikit... Alhamdulillah


BANANA CHOCOLATE RICE CAKE
By : Amy Wong & KS Lee
Rujukan : Buku Lovely Butter Cakes
Dicuba Rasa dan  Terjemahan oleh : Ummi @ Home Sweet Home
Rujukan GD : Azlita Masam Manis

Bahan A
150 gm marjerin atau butter
150 gm gula kastor
3 biji telor
100 gm susu segar
100 gm pisang ranum yang dilecek (GD guna pisang emas)
1/2 sudu teh esen pisang ~ ita tambah (x letak)

Bahan B
200 gm tepung berprotein rendah , tepung kek atau tepung naik sendiri
30 gm chocolate rice ~ ita lebihkan 50 gm
1/4 sudu teh soda bikarbonat

Hiasan
2 biji pisang ~ dipotong nipis bulat ~ yg ni ita tak letak (GD pun x letak)
1/4 cawan hirisan badam ~ kak ummi tambah
~ ita guna kacang pistchio anda boleh guna juga apa kekacang yg di sukai. Letak bahan kekacang membuatkan kek ni lagi sedap dan rangup bila di gigit
(GD guna badam cincang sebab tu je yg ada)

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan loyang 8 X 3 X 3 inc
Alas baking paper dan griskan dengan butter

Pukul marjerin atau mentega dan gula hingga nampak keputihan.
Masukkan telor satu per satu ~ pastikan pukul telor hingga bercampur rata, baru dimasukkan yang berikutnya dan pukul hingga sebati.
Secara berselang seli, masukkan tepung (tepung dan soda ni campur dan ayak)  dan susu, adun rata.
Perlahan-lahan masukkan pula pisang lecek dan gaul sebati dengan spatula.
masukkan coklat rice dan gaul rata
Tuangkan ke dalam loyang saiz 8x3x3 inci yang telah digris dan dialas (kak ummi guna mangkuk Pyrex jek, so just gris mentega saja, x perlu alas)
GD buat dua adunan sekali sebab nak kek jd besar so guna loyang 8X8X3.
Ratakan adunan dan susun hirisan pisang di atasnya. ~ yg ni ita tak letak (X letak)
Taburkan kekacang di atas kek
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 40 minit/hingga masak.

Thursday 4 April 2013

Ais Krim - perisa suka ati sendiri....


Assalamualaikum....

Entry yg lepas GD buat Kek coklat lembab (Chocolate Moist Cake) dan sekarang ni GD nak cerita pulak tentang GD try wat eskrim (Ice Cream) pulak... 


Lama dah teringin tapi mengenangkan peti ais rumah GD ni x besar mane jd pendam ajelah hasrat tu. Kebetulan stok semua habis jd masa untuk try test pun bermula.. 


Resepi ni GD dapat dr Roslina Omar salah seorg dari group FB Mai Share Recipe. Alhamdulillah sedap dan thumbs up untuk diri sendiri...  


Resepinya sangat senang dan yg penting x bubuh telor... cuma perlu masuk dan mixer 1 tin susu pekat manis (GD kurangkan sikit), 1 tin susu cair, 4 sdb ovallate dan 2 tin susu air suam... putar kelajuan tinggi 15 ke 20 minit. kemudian bahagikan keberapa bahagian dan bubuh perisa dan pewarna ikut selera masing-masing. GD bubuh perisa keladi warna ungu, perisa stobery warna pink, perisa coklat (coklat emulco warna coklat) dan warna asal GD bubuh perisa vanilla. Masuk dlm tupperware dan bekekan semalaman


Kebetulan kek coklat moist ada lagi, then layankan kombinasi kek dan ais krim....wallahhhhh sehingga licin pinggan... sedapnyer... x terkata... jom reramai kita wat sendiri ye... walaupun x sama macam pasaraya tapi masih ada rupa...hahahhahah...

Sampai jumpa lagi...

Chocolate Moist Cake

Assalamualaikum semua teman2...

Alkisah GD harini adalah kerana rasa teringin nak makan....

So, buat le sikit. ape ke benda tu????

Ni dia Chocolate Moist Cake yang memang dah lama x buat...



Sebab apa x buat???? sebab GD cuma jual tepung ready made saja... kalau sesapa yg dah beli tepung ready made kat GD, sebesar inilah kek yang terhasil dari sebungkus tepung tu.. besar tak??? besar kan...heheheh

GD nak try resepi kek coklat dari Nuanza pula. dah lama simpan tapi belum sempat try test.. tu yg cuba tukar rasa pulak dari yang biasa GD buat..


Chocolate Moist Cake 
Sumber : resepi kek coklat nuanza



bahan A:

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko berkualiti tinggi (imported)
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang
2 sudu teh sudu teh baking powder (sudu kfc) GD guna sudu penyukat
1/2 sudu teh baking soda

(satukan semua bahan ke dalam besen yg agak besar, ketepikan)

bahan B:

1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
3 biji telur gred A - blender sampai berbuih

(satukan semua bahan b )

bahan C:

1 cawan air panas

cara:

masukkan bahan B ke dalam bahan A..
gaul sebati sampai hilang ketul2..

bila dh sebati, masukkan air panas
kacau sebati
boleh di tapis agar tiada ketul2 yg kelihatan pada kek nti

masukkan ke dalam loyang saiz 7/8 inci
(loyang di sapu minyak dan ayak tepung di permukaan loyang secara nipis)
atau gunakan kertas minyak

bakar selama 1 jam 10 mnt atau sehingga kek masak
aku guna suhu 160 darjah api atas dan bawah (tp kena ikut ragam oven memasing ye)
adunan boleh juga dikukus dgn api sederhana


GD kukus je...

utk toping:

1 bar coklat masakan- 250 gram- potong kecik2 (dadu)
2 sudu besar minyak masak
1/2 kotak kecil whipping cream

-panaskan whipping cream- kaedah double boiled
-alihkan dari dapur- masukkan coklat dan kacau sampai larut
-akhir, masukkan minyak (yg ni GD gunakan butter)

(kalau x dak whipping cream, gantikan je ngan 1/2 cawan susu cair)