Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Saturday 8 February 2014

Ayam Masak Ungkep

Faktor pencahayaan : warna nampak gelap
Ayam Masak Ungkep
Sumber : Kak Salami

Bahan-bahan:
  • 1kg daging ayam - potong 10 - lumur dengan sedikit garam & kunyit - perap seketika
  • 2 batang serai - dititik
  • 3 cawan air
  • minyak
  • garam / gula / perasa pilihan


Bahan tumbuk / kisar:
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 biji bawang merah 
  • sejemput ketumbar biji
  • sejemput jintan manis
  • sejemput jintan putih
  • 3 cm kunyit hidup
  • 3 cm halia
  • 15 biji cili padi 

Cara:
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
  2. Masukkan  serai dan daging ayam dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan layu atau berubah warna.
  3. Tambahkan air, garam / gula / perasa pilihan.
  4. Tutup kuali rapat-rapat.
  5. Kacau sekali-sekala untuk memastikan daging ayam tidak hangus kekeringan atau hancur.
  6. Apabila kuah kering (jika suka kuahnya tak perlu masak sampai kering), dan ayam empuk, matikan api.
TQ sangat2 kak Salami kerana share resepi.. sedap sangat. Alhamdulillah.. cuma warna sebenar kekuningan tapi faktor pencahayaan, jadi gelap pulak gambar tu. malaslah nak g edit2 ke hapa.. (bukan reti sangat sebenarnya..huhuhu maluu)..