Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Thursday 27 September 2012

Suatu Petang di Muzium Negara

Salam ceria semua.. jes nak kongsi gambar suatu hari di Muzium Negara...

kekuatan ku

Miss Gya

en hubby punya like...

also

lagi....

Penat @ lapar...

alolooooo...
tunggu atok kait buah kelapa....

nak pinjam derang x bagi

Dedolu, mamak n abah pernah wat macam ni...

teringin jadi angkasawan....

Wednesday 26 September 2012

Chocolate Brownies Cheese Cake



Assalamualaikum dan selamat petang..... mendung je hari ni... harap diri kita pun x seperti mendungnya 
cuaca kat luar tu. biar ceria2 je selalu.
                          
Baru lepas potong..
huiyoooo... omputeh sehhh tajuk entry GD kali ni... Selalu dengar namanya tapi x pernah makan. Sian kan !!!... teringin pulak nak membuatnya. Takut pulak x termakan. oleh itu GD pun tunggu la konon2 bila adik balik cuti baru plan nak buat. Alhamdulillah bagai sampai je niat GD kat adik tu bila dia call kata nak balik. memang pucuk dicita ulam mendatang lah kan...

taraaaaa.......

Resepi dah lama kopipes dari fb Mlong homemade.. pelagi, gali jgn x gali.. maka jumpala semula.. rasa semua bahan memang dah ada kat rumah GD. so, bila perlu x susah dah nak kuar kena beli.. semlm petang bermula lah episod GD mencuba lagi sesuatu yg baru... hmmmm.. jadi ke x jadi belakang kira. wat dulu yg penting. GD sharekan semula yer... 

Untuk 3 org... heheheh.. en hubby, my dot miss Gya and also my self...
hmmmm... yummmm...
inilah bahan2 yg diperlukan.. GD kopipes je tapi yg tulisan warna merah tu yg GD ejas atau tukarkan. yg lain semua sama. TQVM kepada tuan punya resepi... sgt sedap kata my dot. at least ada juga yg tukang makan disamping nak jamu adik yg datang.... kalau habis rasa macam berbaloi je buat.. alhamdulillah..

Coklat Brownies Cheese Cake

Bahan2 brownies:

250 gm butter
1 cwn serbuk koko 3/4 cwn
3 biji telor gred B
11/2 cwn gula castor gula kasar GD blend
1/2 cwn susu cair
11/2 cwn tpg gandum
1tsp baking powder
1tsp soda bikarbonat
1tsp esen vanila GD guna coklat emulco

Lepas potong
Tinggal ngap...

Cara2nya :

  1. Cairkan butter.masukkan koko dan kacau rata. 
  2. Handwisk gula dan telor.masukkan ke dlm adunan butter dan koko. kacau sebati. 
  3. Masukkan susu cair dan kacau lg. 
  4. Masukkan tpg gandum+BP+SB sedikit demi sedikit sambil kacau sebati.akhir sekali masukkan coklat emulco dan kacau rata. 
  5. Panaskan oven suhu 175 darjah C. Jangan lupa alas loyang dgn kertas minyak
  6. Tuang adunan brownies ke dlm loyang dan ratakan.Tinggalkan sedikit utk membuat marble diatas lapisan cheese nanti. 
  7. Bakar selama 20 minit api atas bwh. tapi GD lebihkan ke 25 minit bergantung kpd oven masing2.
Bahan2 Lapisan Cheese

  • 250gm cream cheese (saya guna tatura) 
  • 1 cwn gula caster sama mcm di atas tapi kurang sikit takut manis sgt
  • 1 biji telor


Cara2nya:

Amacam, ok ke ko kek GD ni????
cuma tgh kek cheese tebal sket..
  1. Pukul cream cheese hingga gebu. 
  2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati. 
  3. Masukkan telor dan pukul lagi hingga sebati. 
  4. *selepas 20 minit keluarkan brownies dari oven.tuangkan adunan cheese dan ratakan. paip baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan corak ikut kreativiti.
  5. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar 15 minit lagi atau sehingga cheese masak.
  6. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


 So, kesimpulannya pada sesapa yg belum pernah buat apa kata cuba buat ye. untuk pengetahuan.... hehehhe...


Tuesday 25 September 2012

Daging Palembang

Assalamualaikum dan selamat petang semua teman2...

Semoga semuaya berada dlm sihat2 sahaja hendaknya dlm menjalankan segala tugas yg telah diamanahkan baik di rumah mahupun ditempat kerja...

Pagi semalam en hubby minta buatkan daging masak palembang or daging palembang je kitorang sebut. Memang GD dah selalu buat resepi ni, tu pun resepi dapat dari jiran depan umah. Puan Ila namanya. memang sedaplah. x rugi sesapa pun yg cuba. Tapi resepi yg GD tepek kat blog ni setelah diolah dengan tambah tolak sedikit bahan sehingga GD rasa sesuai dgn tekak GD sekeluarga.

Tapi, semlm juga, GD saje nak google sambil selongkar dapur2 dialam maya ni kot2 jumpa resepi yg sama atau seakan2 dan GD konon2 nak wat yg lain lh pula. sampai akhirnya GD berkenan kat resepi Kak Asma.
Tapi GD x lah follow 100%. cuma ada cedok2 dan campur tolak lelebih kurang je. mohon share yer kak Asma dan minta halal ye sebab guna resepi akak tu...

Daging Masak Palembang
Resepi asal dari kak Asma



  • 1kilo daging
  • 1 mangkuk kicap manis
  • 15 biji bawang kecil*
  • 8 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*(* dihiris halus)
  • 3-4 sudu besar cili mesin(lada kering dikisar)
  • rempah tumis 4 sekawan
  • 1 mangkuk kerisek
  • 2 mangkuk santan pekat
  • sedikit daun kari
  • cili padi yan dibuang tangkai(agak2 yea)
  • garam,gula dan secukup rasa

Dan ini pulak resepi GD yg telah ditambah tolak...heheheh


  • 800 gm daging
  • Santan
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 3 sb cili giling
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 btg kayu manis ( sebab besar )
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 sb kicap pekat
  • Daun kari
  • 2 sb kerisik
  • Nissei/ gula melaka (kalau suka)
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara2 Kak Asma :
  1. Daging dibersihkan,hiris halus.masukkan kedalam periuk,tambahkan sedikit air dan kicap.rebus hingga empuk.(nie kena agak2 ya airnya kalau kurang tambahkan)
  2. Dalam periuk laun tumiskan bahan yang telah dihiris halus,rempah tumis 4 sekawan hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan cili mesin dal digaul rata,biarkan bahan tumisan masak rata hingga naik minyak
  4. masukkan daun kari,santan,kerisek,garam,gula dan secukup rasa.
  5. Daging ynag telah empuk tadi masukkan kedalam bahan yang ditumis.biarkan hingga mesra bahan tadi.
  6. dah masak taburkan cili padi kedalam lauk tadi..
  7. sedap dimakan bersam lontong dan nasi.



Cara-cara :

  1. Daging dipotong dan dibersihkan.
  2. Bawang besar, bawang putih dan halia dimayang (kalau nak tumbuk lagi bagus)
  3. Tumiskan bahan yg telah dimayang/tumbuk bersama daun kari sehingga naik bau. kemudian masukkan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Kacau sehingga bahan tumbuk/ mayang kekuningan.
  4. Masuk pula cili giling dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
  5. Setelah itu, bolehlah dimasukkan pula daging, nissei/ gula melaka dan santan. Biarkan sehingga daging empuk dan kuah agak pekat sedikit.
  6. Lepastu bubuh kerisik dan kicap pekat. Jgn lupa perasakan garam dan kalau suka manis tambahkan sedikit lagi gula.
  7. Boleh tutup api dan angkat. Sedia dihidangkan dengan nasi atau nasi impit pun sodap...
Selamat mencuba yer... 

Jgn segan2 nak komen...

Salam ceria dan jumpa lagi dilain entry...



Friday 21 September 2012

Nasi Ayam


Salam semua.... Nasi ayam ni juadah mkn tghari masa balik kg. senang dan mudah..
Untuk resepi, boleh google je memana...sebab GD buat pun masa tu main belasah je bukan apa, bila buat sesama ahli keluarga ni naik terlupa berapa byk yg diguna bahan2nya.... pastu mulut pulak asyik lah pot pet pot pet menyembang x sudah macam x jumpa 10 tahun...hahahhaahha


Apa pun, memang lah sedap sebab termasuk sekali air tangan mamak tercinta...


Salam ceria n babai semua...

Jom makan maggie..

Salam semua..

Tak de nak cite ape.. tapi nak jemput teman sekali sekala kita makan maggie...

org makan nasi..GD makan maggie


Bukan ape, GD tinggal sorang2.. ptg kang baru nak masak nasik... jadi belasah je dulu maggie ni wat alas perut... sape suh en hubby beli bekpes lebh2.. dah my dot x mo mkn nasik. jadi keje ibu pun senang. jes masak nanti petang je...heheheh.. mudah kan!!...

Yummmmmm...
Tapi kan kalau en hubby nampak ni, memang dia x mo makan sebab ada telur... memang bukan taste dia masak maggie bubuh telur.... heheheh.. dia x de .. pe de kisah...

Jom makan sume yer.....

Salam n babai...

Acar Jantung Pisang

Salam semua...

Jes nak kongsikan resepi yg sempat menuntut ilmunya dari arwah ibu mertua GD suatu waktu dahulu...Al Fatihah untuk arwah...Allahyarham Fatimah bt Omar yg telah kembali kerahmatullah pada tanggal 5hb Mei 2009... GD sekeluarga amat2 merinduinya...

Arwah Mek....Tok Mek...

Okey... berbalik pada resepi yg nak diceritakan....sebenarnya hero dlm resepi ni ada 2 iaitu jantung pisang dan juga pisang gala/ bunga.. kenal tak???? dalam pisang tu ada banyak biji. makan time muda je... x tahu!!!, ce try tanya en google... heheheh


Ni dia maybe gambar pisang bunga.
tapi x dapat tgk juga bila dah dipotong.
Ambik gambar dari en google
Jantung pisang dr en google juga.
Bila dah masak....

tapi masa masak aritu pisang x de.. jantung sahaja pun boleh campurkan dengan sayuran lain... seperti bendi, timun dan tauge.. (GD x pernah bubuh tauge selama beberapa kali memasak sajian ni)


Resepi : Acar Jantung Pisang Gala

Bila dah dimasak....
Bahan2 (terpulang nak banyak mana ye)

  • 1 biji Jantung pisang
  • 8 biji Pisang gala/bunga
  • 8 biji Kacang bendi
  • 1 biji Timun
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 2 sdb cili giling/ boh/ blender
  • 2 sdb cuka
  • Santan dari 1 biji kelapa
  • Garam/ gula/ ajinomoto
  • Minyak untuk menumis


Cara2

  1. Pisang dan jantung di rebus terlebih dahulu. jgn sampai msk sangat. kira2 3/4 masak je
  2. Dah sejuk, perah airnya.
  3. Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk.
  4. Tumiskan bahan yg ditumbuk sampai naik bau. masuk cili dan masak lagi sehingga garing.
  5. Masuk santan, cuka. kacau dulu sekejap. pastu baru bubuh semua sayuran termasuk yg dah direbus tadi.
  6. Perasakan garam, gula dan ajinya.
  7. Dah masak, boleh tutup api dan makan...... hehehehh


Tapi maaf yer.. gambar tu x cukup sayurannya. len kali GD snap yg cukup sifat yer..


Sedapppppp..... ini salah satu lauk kesukaan en hubby... mkn macam tu aje pun sedap katanya...
Cubalah..

Sampai jumpa lagi.....


Jgn le segan2 tinggalkan komen yer...


Puding Roti Bakar Pisang Emas... dibawa belayar..

Assalamualaikum semua.. dan besarlah harapan GD agar semua teman2 berada dlm keadaan sihat walafiat dan dilimpahkan kebahagiaan dari Yang Maha Esa..... Amin..

wah macam nak tulis surat pulak....
salam pagi Jumaat juga semoga hari ni merupakan hari yg paling ceria buat kita semua...

pagi tadi sedar dari tidur GD terus g dapur dan keluar apa2 yg patut dr peti ess.. en hubby pun pelik.. ngigau ke ape ni... cop2.. GD ABC ye hari ni... jgn pk yg bukan2 yer sebab x sembahyang...hheheheh.

Ya Ampunzzzzz.... warnanya sgt menarik... heheheh puji diri sendiri... jgn marah yer
Puding baru kuar dari oven daaa.. masih tinggi lagi tu... belum turun.. 
sebenarnya GD nak membakor puding roti yg resepinya GD skodeng dr dapur milik saudari Naz semalam. sgt teringin nak mencubanya. dulu dah lama dah..heheheh..pernah cuba try test tapi x berapa santek/jadi lah tu.. bukan follow resepi beliau tapi follow resepi yg ada dlm simpanan. x hingat sape bagi ntah... pastu x mo buat dah.. saya sharekan kat sini pulak yer... terima kasih sgt2 pada tuan punya resepi..

Bila dah dipotong... tinggal ngap je..

tapi, bile tgk semlm tu cara dan bahan yg agak tidak menyusahkan, maka GD pun nak dan nak dan NAK sgt cuba try test semula....

Ptg semalam rasa malas lagi walaupun bahan dah ada. mlm tadi pulak dah angin2kan dgn en hubby dan my dot.. agak teruja lah jugak derang tuh.. yg sedihnya.. x dan siap pagi tadi sebelum derang pg keje dan sekolah.. tinggallah GD sensorang mengadap nya..... heheheh.. derang makan nanti lah jawabnya..

Tapi GD ada wat tambahan sikit dlm adunan tuh.. tapi x de le menderhaka sgt. jes cuba jer.. hasil not bad...



PUDING ROTI BAKAR
Sumber : Saudari Naz
Lupa nak taruk hirisan badam kasi lagi cun.. 

Bahan-bahan :
  • 8-10 keping roti(bergantung kepada ketebalan roti) 8 keping
  • 500 ml susu segar/susu cair/campuran kedua jenis susu susu tepung
  • 4 sb gula halus
  • 2 sb mentega/majerin
  • 1 st asen vanilla esen pisang
  • 2 biji telur
  • 1 sb tepung jagung
  • Sedikit jem(apa-apa perisa) bluberry
  • Kismis buah campur kering
  • 2 biji pisang emas dihiris
Cara :
Dah cun dahhh.. tq pada yg empunya resepi
Saudari Naz
  1. Ambil beberapa keping roti dan sapu dengan jem permukaannya dan susun di dasar bekas/ loyang.   Lepastu letakkan hirisan pisang emas di atas susunan roti tersebut.(yg ni GD tambah).. heheheh.. sesuka hati je yer... jgn marah yer tuan punya resepi..
  2. Lebihan roti yang tinggal, dikoyak-koyakkan dan rendamkan ke dalam susu. Ketepikan.
  3. Dalam satu bekas lain, masukkan mentega dan gula. Pukul sikit dengan ballon wisk hingga sebati.
  4. Masukkan esen pisang. Kacau rata.
  5. Masukkan telur dan pukul rata dengan ballon wisk tadi hingga sebati.
  6. Masukkan pula tepung jagung dan kacau rata.
  7. Campurkan adunan mentega dengan adunan roti yang direndam di dalam susu tadi. Kacau rata.
  8. Masukkan pula kismis dalam adunan. Banyak kismis yang ingin digunakan bergantung kepada kehendak masing-masing. Gaul rata. yg ni GD tak bubuh dlm adunan tapi tabur kat atas je sebelum bakar... alasan terlupa..
  9. Tuang rata adunan ke atas roti yang disapu jem tadi. Taburkan sedikit kismis sebagai hiasan. Biar seketika (dalam 5 minit) supaya susu meresap ke dalam lapisan roti yang di bawah.
  10. Bakar dalam oven pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak. GD bakar lebih 30 minit sebab bahagian bawah lambat masak. lepas 30 minit yg pertama tu, GD guna api bawah je pulak dlm 15 minit sebelum tutup api... Alhamdulillah berjaya..

So, pada sesapa yg nak mencuba silakan lah yer...
salam ceria... dan jumpa lagi..


Friday 14 September 2012

Bile 2 datuk bertemu....

Assalamualaikum.. 

Bile datuk2 bertemu………………….

Datin2 pun x duk diam juga…. Walau macamanapun GD sgt gembira dan berbesar hati menerima kedatangan 2 tamu ini… seperti 3 beradik lagaknya kami… bergurau senda usik mengusik…

Jgn marah yer kak BB dan adik Ain!!!... juga datuk Megat dan juga Adi..saje nak cerita ceriti dlm ini entry…
Mintak mahap juga byk2 sebab rumah kami ni kurang kerusi/sofa dan yg seangkatan dgnnya kerana ruang yg terhad. En hubby tu pulak x boleh tgk byk bende2 dlm ruang yg sempit… rimas katanya..

Jangan serik datang rumah kami lagi… x dpt nak msk byk2.. tu jelah yg dapat disaji…. Harap lepas ni lagi murah rezeki kami…Aminnn..

Datukkkk… teman2 jgn le ingat tu gelaran datuk yg sultan bagi, tapi deme2 kaum lelaki ni je yg menggelarkannya… dari bujang lagi dah pemes ngan panggilan tu… makanya dibibir ni pun dah sebati dgn panggilan tu… alahaiiii…x de imbuhan papepun…saje derang ni suka2…

Ikut kan jelah… saje gurau2 dan menambah seri suasana.. tapi memang dah begini lagak dan gayanya.. akan gamat lah acara …makan2 dan etc..etc....hahhahaha

Layankan le gambar2 yg sempat GD snap ni… pasni kite serang umah datuk megat dan datin BB pula… ape kate en Adi dan Ain????


Datuk tengah gebang mende le tu ye... kusyuk benor yg mendengor nya...
Kak BB n Adik Ain yg happening... kalau borak ngan derang ni memang sentiasa ada je cerita...I loike!

Tu je lah juadah yg sempat... satay import dari gerai sebelah CIMB kapar...
sesapa nak order leh mintak no hp abg tu kat en hubby atau GD sendiri... selalu pun mkn kat situ je...
dan mee goreng ala mamak yg campak2 jugak.... sorry terpedas..

Alamak!!!!!.... dah senget lah pulak.... x pelah g pun anak teruna  ni pemalu..

Menyesal pulak x snap gambar sume2 kenalan dan jiran tetangga yg dtg berkonvoi2 haritu.. kalau x boleh dijoint kan dl mini cerita…mungkin dilain kali pula….

Insyaallah kalau ada rezeki lagi dan dipanjangkan umor akan bertemu di Syawal tahun hadapan…

Salam ceria dan jumpa lagi........




Lagi Apam Ice Cream Cornetto

Assalamualaikum....

Jenuh GD nak menjawab bile my dot asyik le bertanya... "nanti ibu masak ape masa jamuan hari raya kat sek" dan asyik le mengulang soklan yg sama...

So, ini je le yg dpt GD siapkan khas untuk anak GD bawa ke sekolah hari ni... nasib baik sek petang so, sempat lagi GD buat apam ni.... mungkin anak2 suka kot sebab tertarik dgn kaler2 dan cengkerat bertatahkan badam cincang tu... harap x menghampakan semua anak2 didik cikgu kat kelas tu pada hari ni..


Kuih raya dah tinggal serdak, jadi pada x de, jadi le... Apam Ice Cream Cornetto.. sesapa nak resepi leh bukak kat SINI....
tapi, warna sama je kan ngan entry haritu...heheheh...GD cuma berkenan ngan kaler ni jer...kalau buh kaler biru or ungu, GD rasa cam kaku je eskrim tu.. x pelah kan...

GD bubuh perisa strawberry kat kaler pink tu...

Dah siap pack... tunggu my dot bawak jer..

X de le besar sgt saiznyer... 
Selamat menjamu selera pada semua murid 3 Yakin pada harini...

Salam ceria..


Thursday 13 September 2012

Sambal Sardin


Assalamualaikum semua teman2 .... kalau dah malas nak pk lama2 ni lah hasilnya... sebagai seorang surirumah tangga sepenuh masa, adakala memang kehabisan idea nak masak apa... alasan dah hari2 memasak... tapi tanggung jawab terpaksa dilaksanakan jua.. makanya sardin le penyelamat keadaan.. hehehheh.. masak sardin sambil campak2 je dlm kuali tu...

Sambal sardin campak2...
Tapi kawan2...campak tu campak le jugak, jgn sampai terkeluar dari kuali udah la yer... hehehe..
nak jugak ke resepi sambal sardin ni???...

Okey lah... tujuan post gambar pun untuk sharing-sharing kan!!!, so pe salahnya kalau time2 kemalasan melanda atau dah habis idea, ni je caranya...

memandangkan keluarga GD x besar, maka 1 tin saiz paling kecil pun dah memadai...

Sambal Sardin campak2
Sumber : diri sendiri

  • 1 tin kecil sardin (terpulang brand ape. tapi GD lebih suka king cup je)
  • 1 sb cili giling
  • 1/2 labu bawang besar 
  • 1 labu bawang besar (potong besar, ikut suka)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 keping asam gelugur
  • 3 biji cili api (ikut suka)
  • garam
  • gula (ikut suka)
  • sedikit air

Cara-cara:

  1. 1/2 labu bawang besar, bawang putih dan halia ditumbuk. kemudian tumis hingga kekuningan.
  2. masukkan cili giling (kalau suka pedas boleh bubuh banyak. my dot x mkn pedas jadi buh sikit je)
  3. kacau bagi cili tu pecah minyak.. pastu masuk pulak cili api (belah 2 je) dan asam keping.
  4. kacau lagi, kemudian bolehla masukkan kuah sardin dan kacau2 sekejap. pastu baru masuk ikannya. (kalau GD, suka ikan sardin tu dibelah 2 dan buang tulangnya.) apapun terpulang...
  5. pastu masuk air (juga ikut masing2. kalau nak kuah bnyk buh byk. tapi kang cair pulak kan!!! jadi agak2 jelah yer).. 
  6. biarkan mendidih seketika, perasakan dengan garam dan gula. kemudian jgn lupa letak bawang yg dah dihiris besar tu..
  7. Angkat dan boleh dihidangkan...
sedikit pesanan :
kadang2 GD masukkan bunga kantan dalam sambal sardin ni... sedap je baunya.. cuba la..
atau pun sesapa yg suka juga boleh bubuh kentang..

selamat mencuba dan salam ceria.....















Monday 10 September 2012

Lemang oh Lemang

Assalamualaikum semua...

Ni gambar2 sekitar projek  bakar lemang kat kg semalam.. bukan wat byk pun.. beberapa batang je sebab family pun bukan besar sangat.

Al kisahnya sebab GD x dapat mkn lemang lagi selama musim raya ni.. tu yg berhajat kat en hubby suh cari buluh then bakor kat kg GD dengan dibantu oleh mamak tersayang (sedia bahan2 dan GD x ulur duit pun)    (dah hulur sebelum balik subuh tadi, tapi my mamak x mo).....hahahah x baik kan... juga x lupa wat adinda2 juga tolong bakor dan beli santan d tghari bute (sebab x cukup) walopun dia x leh mkn pulut ...sian ko ... especially wat en hubby yg bakar lemang tu sensorang.....

Tapi lupa pulak nak snap gambor time mamak n en hubby tgh beraksi isi beras pulut tu. sebab GD sebok masak utk hidangan lunch time tu... sowy yer..


Sebelum ape2, sarapan pagi telah ditaja oleh Puan Jamaliah (mamak le tu) bihun goreng yg memang selalu marrbelesss  walo kosong sekali pun... terbaeekkk...
Tapi ini pinggan untuk adinda ...heheheh punyalah sarat ngan  sotong masak tumis cili also rendang daging ..(woiii itu rendang lemang punya lah)

Start bakar membakar....bape batang tu yer.. ce kira.. ada 15 semua..

cop2...dah jadi byk la... tambah lagi 7 batang.. tadi x enteprem sebab santan x cukup la.. 


En Hubby membakar lemang tghari bute...

Lagi lemang tgh dibakar...

Sesi cuba try test... chef Jamaliah n cucunda nya...mane itu Gya..pasal x nampak dlm ini gambar???  orrrrr..dah habis sebatang lemang ko melantak (kata cube je) ko lari yer...hmmmm.. hantu pulut rupanya.. Athirah pulak x de time ni sebab terlibat pertandingan aerobik ke mendenya kat Subang..so, Gya x de gu la hari ni nak kasi riuh rendah nenek punya house... For information.... Athirah juga adalah hantu puluttttt....hehehehhe

Sedia untuk di ngap..... seharian dok mkn pulut... naik fenin my kapla...
kalau citer pasal rasanya camane??? sgt ok bagi GD..walopun tak semarbeless  org yg dah pro... kerana ..
kitorang bukan buat tiap tahun...hehehe...

Kari ayam pekat untuk lemang (special mamak kata untuk anak2 yg x mkn daging)...macam-macam
Juga terbaeeekkkk... selalu air tgn mak ni memang sedap kan!!!!...

Tapi x sempat nak snap gambar rendang daging mamak... untuk resepi lemang, x dpt nak share kat sini..bukan rahsia tapi GD x tau pun sukatan yg mamak guna semalam... walopun GD yg tolong perah santan tu..tapi memang x tahu.. Insyaallah kut dilain entry... kalau untuk kari ayam tu bolehlah GD sharekan.. tapi di lain entry jugak yer...

okey... salam ceria semua...