Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Tuesday 29 October 2013

Program I Sihat Get Fit n Fun Anjuran UKSB

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ahad 27hb October 2013 berlansung Program I Sihat Get Fit n Fun Anjuran UKSB di Sunway Lagoon Theme Park. Apa UKSB tu??? Utusan Karya Sdn Bhd...


dengan tajaan oleh Shaklee. Antara door gift yg kami dapat


TQTQTQ to shaklee
juga majalah I Sihat dan Infiniti terbitan UKSB.

Kalau untuk peserta yang lain GD x sure tapi untuk GD n family, program ni seperti program yg tiba2 sebab tiada lansung dalam perancangan. Salah sorang rakan FB GD lah yg invite melalui posting beliau.. tiket dengan harga yg sangat berpatutan untuk masuk Sunway Lagoon RM90 with Mykad less to RM20 je!!! sawan GD kalau x grab..hahhahaha

Decided x payah info en hubby..huhhh dasyatttt nak punya pasal. lagi satu haritu miss Gya memang pernah ajak g sunway lagoon ni tapi dek kerana kemahalan yg amat tu, GD biar je kehendak dia yg x berapa penting tu..heheheh kejam tak??? x lah kan.. biasa2 je sebab mesti kawan2 semua pun mcm tu. x semua kita dpt bagi apa yg anak minta kan!!!..agak2 le ikut kemampuan.. 

So, bila dapat peluang macam ni sure en hubby x marah. Yesss, i'm very2 sure en hubby memang x marah.. buktinya .................


Dia senyum je kan!!!...mane x senyum,, retis kan kat sebelah tu.. AWEERA vokalis MOJO. Andai ku bercinta lagi... lebiu lah laling..
and also lupa nak cerita yang tshirt juga ditaja oleh Shaklee... cantik tak??? cantik kan!!!


Rakan2 alam maya yg sakan best dan happening..  pes fotoshoot



Wit kak Suhaini Abd Wahab



Shalieya, kak Rosmawati, kak Suhaini - rakan2 fb GD dari group masak2



Retis lagi. wit KEENA Mentor @ anak didik Awee. sory dik Keena ye.. memula ahkak GD x kenal ko dik.. lepas ahkak tanya en Google baru perasan yg ko ni dulu x le se selim melim cam tu. rupanya ko sakit kena buatan org aritu ye.. siannnn.. harap ko sihat le lepas ni..





Miss gya memang menten nak yg ekstrem aje.. balik dr program dalam keta dok ngadu pening dan rasa melayang.. hah ambik kooo.. nak sangat kan naik menatang tu.. lepas satu, satu ko naik semua pun melayang kat udara.. x cukup tu ko tambah lagi masuk umah hantu tu... keluar2 nangis. tau takut rupanya.. hahahah.
ibu jugak menten dok atas kusi tunggu korang.. cukup le sekali dulu GD cuba masa kat genting.. x mo dah TOBATTTTT..

Cukup le setakat ni GD merapu.. len kali kalau ada program lain GD akan sharekan lagi..

Wassallam







Monday 28 October 2013

Kek Cawan Hokaido

Assalamuaaikum dan salam sejahtera..

Pes time pergi kelas buat kek, pes time juga merasa kek ni.. Kek Cawan Hokaido.. biasa dengar tapi x pernah merasa.. dah dapat rasa, oh, sedap rupanya!!!

Sebab sedap, makanya kita wajib menerai dan apa yang dipelajari jgn diperap lama2 nanti lupa. Kata chef Azli Razali, kalau tanya kat org jepun, mereka sure tak tau apa itu kek cawan hokaido.. hihihi.. macam2.

so, inilah hasilnya..


Resepi : Kek Cawan Hokaido
Sumber : Kelas Masakan bersama Chef Azli Razali

Bahan A
4 biji kuning telur
30g gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
40ml susu cair
40g minyak jagung
55g tepung naik sendiri
20g tepung kastard
1sudu kecil baking powder

Bahan B
4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80g gula kastor

Cara-cara-
Satukan tepung naik sendiri, t.kastard dan baking powder dan ayak
Pukul kuning telur dan gula guna pemukul whisk sahaja hingga berbuih. Kemudian masukkan esen, susu dan minyak.
Kacau rata dan masukkan bhn ayak dan gaul sebati.
Dalam bekas lain pukul putih telur bersama gula dan garam hingga kaku.
Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan adunan tepung dan kacau kaup balik. Buat hingga habis.
Masukkan dlm bekas cupcake dan bakar suhu 180'selama 20 minit atau mengikut oven masing2.

Krim Kastard
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200 ml susu cair
1 sudu besar mentega
1 biji telur gred B
1sudu kecil esen vanila

Cara-cara:-
Campur kesemua bhn dan masak di atas api sederhana. Kacau hingga sebati dan pekat. Boelh dipaipkan dlm kek hokaido menggunakan piping beg..

Selamat mencuba...

Pesanan penaja : Kek ni biasanya dalam cup petak 4 segi. so jgn le menderhaka. tapi GD derhaka gak tang tu kerana menggunakan apa yang ada je...hehehhe




Saturday 19 October 2013

HAND ON CLASS WITH CHEF AZLI


HAND ON CLASS WITH CHEF AZLI @ FOOD RECIPES COOKING CLUB
KOTA DAMANSARA ON 19th OCTOBER 2013