Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Friday 22 March 2013

Light Cheese Cake





Assalamualaikum... ni lah hasil kerja dari saya budak baru belajar.... x cantik kan!!!.. huhuhu..
Tapi........... sedapppppp....

Insyaallah lepas ni akan dicuba again n again sampai puas hati... minta halal ye GD kopipes dan sharekan diblog GD yang x seberapa ni....

Light Cheese Cake
Resepi : HaSue

Bahan-bahan :-
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara :-

  1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
  2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
  3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
  4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
  5. Gris acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
  6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
  7. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.







Thursday 21 March 2013

Kek Hujan Panas

Assalamualaikum teman-teman tersayang....

Nak ambik gambar cantik-cantik GD x pandai, tapi GD tetap berbangga kerana semua hasil yg GD posting adalah hasil dari masakan air tangan dalam mencuba sebilangan resepi posting dari kawan2 di alam maya ini..
Dah cuba kemudian berhasil lalu disnapkan gambar dan posting... itulah yang selalu GD lakukan...

Walau x cantik tetap GD bangga sekurang-kurangnya x kidnap gambar org lain yg penting hasil usaha sendiri... tapi..... mintak halal sangat-sangat kepada tuan rujukan resepi (yg GD google dan tersangkut kat blog tu) waima tu tuan punya resepi asal (tersebut dalam blog yg GD tersangkut tadi) harap diampunkan kerana GD kopipes resepi (kekadang terderhaka sikit) dan GD war-warkan diblog GD untuk tatapan rakan-rakan yang lain walaupun tujuan asal adalah untuk simpanan dimasa2 akan datang...




Oleh itu ... meh kita tengok satu lagi kek resepi dr Sri Anda Salleh di kongsikan oleh FB kak Nor Aini Mohd Amin. GD minta maaf sekali lagi kerana menderhaka dimana-mana dalam penghasilan kek ini... harap dapat dimaafkan ye kak Nor...



Tapi kan.................. GD telah terkurang sangat gulanya so kek ni dah jadi x manis.... huhuhu 
:( :( :(

Kek Hujan Panas
Rujukan : FB Nor Aini Mohd Amin
Diolah semula : Gya Duniaku

Bahan2:

  • 4 biji telur
  • 2 st ovellate
  • 1 st esen vanilla
  • 1 st baking powder
  • 300gm tepung gandum
  • 200gm gula halus (klau tk suka manis blh kurangkan)
  • 250gm susu cair
  • 1 cawan minyak
  • 3 sudu besar serbuk koko (GD tambah)
  • 1 st coklat emulco (GD tambah)
  • 1 cawan coklat rice digaul dgn sedikit tepung (yg ni GD guna kelapa kering dan bubuh pewarna merah, hijau dan kuning.. juga dikurangkan dari sukatan asal... alasan coklat rice kaler2 x de dlm simpanan time tu ampun tuan punya resepi ye)




Cara2nya:

  1. Pukul telur,gula,vanilla dan ovellate...smp kembang.
  2. Ayak tepung ngan baking powder dan masukkan kedlm adunan td selang seli ngan susu cair,pukul dgn speed perlahan.
  3. Masukkan minyak dan kaup balik hingga rata.
  4. Bahagikan kepada 2 bahagian. satu bahagian ditambahkan dengan serbuk koko dan coklat emulco. gaul rata.
  5. Satu bahagian lagi ditambahkan dengan kelapa kering tadi dan gaul rata.


Kaedah pembakaran :

  1. Adunan coklat dibahagikan kepada dua bahagian. Bakar lapisan bawah dengan suhu 160-180'c lebih kurang 10 minit.
  2. Kemudian tuangkan adunan yang mengandungi kelapa kering hujan panas. bakar lagi lebih kurang dalam 10 ke 15 minit. ikut kesesuaian oven masing2. 
  3. Kemudian tuangkan baki adunan coklat dan bakar lagi dalam 25 ke 30 minit sehingga masak.


Thursday 14 March 2013

Kenapa.........


kenapa tiba2 sy rasa bosan sgt

kenapa tiba2 sy rasa sunyi sangat

kenapa tiba2 sy rasa murung

kenapa tiba2 sy rasa panas telinga

kenapa tiba2 sy rasa gementar

kenapa tiba2 sy rasa berdebar

kenapa tiba2 sy rasa sedih

dan

kenapa tiba2 airmata sy meleleh...

teresak-esak akhirnya...


sy rindukan dia sangat2....

dan malam tadi dia hadir dalam mimpi saya....


Alfatihah buat sahabat terbaik yang pernah saya miliki...


Wednesday 13 March 2013

Kuih Badak Berendam

Assalamualaikum...

Selamat petang buat semua teman khususnya para ibu... dah siap ke juadah untuk minum petang hari ini?...
Pada yang x tau dan masih fikir dan fikir nak buat apa petang ni, jom GD kongsikan resepi Kuih Badam Berendam... dalam lautan santan.... hahahah...

GD google resepi ni kat blog Noorsha 1001 cerita 1001 rasa dan kat situ tertera beliau pun refer dr tuan punya asal Kak Besah my resepi n GD sangat berharap dan minta halal ye resepinya dan minta izin dipaparkan di blog GD yang x seberapa ini...


Tu dia besar bagak kan... senang dah dok dalam sudu ambik sorang sebiji... tapi katanya lagi sedap boh dalam peti ais dulu... so sekarang badak tu tengah berehat sekejap dalam peti ais dan tunggu masa untuk dingap x lama lagi dah...hahahahha..

kaler-kaler!!!! menten... suka main kaler-kaler gitu... tapi takut pulak bila warna biru kan!!!! sebab jarang kuih-kuih ada warna biru... apa-apa pun layan kan ajelah ye... gambar dah terbelah x dpt nak tayang sebab belum makan daaa.... tapi berani jamin memang sedap n marbelesss... (opps terpuji diri sendiri lah pulak)... jgn mare arrr...

Jom layan resepinya... (GD kopipes aje)


Kuih Badak Berendam
Sumber : blog noorsha dan myresipi kak besah
Olahan : Gya Duniaku


Bahan-bahan ( dlm 20 biji )

  • 2 cawan tepung pulut
  • lebih kurang 11/2 cawan perahan air daun pandan. yg ni GD derhaka sikit2 sebab nak kaler2 jadi guna air biasa aje
  • 1/2 sudu teh garam

inti kelapa secukupnya - cara mmbuatnya sama dgn inti kuih koci @ onde-onde
Bahan2 utk dadih

  • 21/2 cwan santan
  • 2 sudu tepung beras
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3 helai daun pandan

Cara-cara

  1. campurata semua bahan2 utk dadih, lalu dikacau atas api hingga pekat.lebihkurang 10 mnit - ketepikan.
  2. bulat2 kan inti kelapa.ikut suka la nk besar @ kecil
  3. campurkan garam dgn air pandan & gunakan campuran itu utk menguli tepung pulut hingga mnjadi doh yg boleh dibentuk.
  4. ambil sedikit doh, bulat2 kan lalu dileperkan. letakkan inti dlm nya dan dikelim rapat. buat hingga habis. letak atas plastik agar x melekat.didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan sehingga mendidih.pastu masukkan 'badak2' (bola2 pulut la hehe..) kedalamnya.
  5. bila kesemua bola2 timbul/terapung, biar mendidih 3,4 minit barulah di angkat & ditos kan.
  6. terus masukkan kedalam dadih tadi..

Tuesday 12 March 2013

Ayam Goreng Berempah

Daun kari x enterpem sekali...

Assalamualaikum

Lauk GD harini... simple sangat kan!!! tapi sedap dan marbeless.. kita kasi kawankan dia dengan nasi lemak permintaan miss Gya untuk balik sek tadi... Jom cuba ...

Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan :-
  • 1/2 ekor ayam cuci bersih dan toskan
  • 1 sdb serbuk kunyit (lagi sedap kalau tumbuk kunyit hidup)
  • 1 sdb garam kecil
  • 2 sdb rempah kari (nak lebih pun boleh ikut citarasa)
  • 2 sdb cili boh / cili giling atau serbuk cili
  • sedikit serbuk perasa
  • 3 tangkai daun kari
  • 3 sdb tepung ubi
Bahan untuk tumbuk :
  • 2 ke 3 btg serai
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sdb ketumbar
Cara-cara:-
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali ayam, tepung ubi dan daun kari
  2. Kacau sebati
  3. Kemudian baru lumur atau campurkan dengan ayam serta daun kari dan digaul dengan semesra-mesranya.
  4. Perap dalam 1 jam paling cepat dah tu.. lagi lama lagi sedap.
  5. Bila nak goreng baru bubuh tepung ubi dan gaul rata..
  6. Goreng sampai masak dan boleh dihidang dengan nasi lemak, nasi putih atau makan begitu sahaja...

Selamat mencuba..







Saturday 9 March 2013

Apam Snow White

Assalamualaikum


Apam Snow White katanya..... selalu buat harini baru terpanggil nak kongsikan resepinya.. ni pun projek hari rabu haritu yg terbaru.... nak enterprem asyk tertangguh aje...

Resepinya hasil dari jalan2 kat blog teman sekerja dulu Kak Rossa... 

Kak ros, I kopipes je ye then mintak halal ye wahai tuan2 punya resepi asal (Sumber I; MYR @ qnq0910 Sumber II Dapurmamasya) GD kongsikan semula untuk tatapan masa hadapan... 

APAM SNOW WHITE 

Bahan-bahan ( 5 orang makan )- dpt dlm 52 biji..
  • 3 cawan tepung beras 
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 2 cawan gula pasir - letak 1 1/2 cwn 
  • 1 packet mauripan@ibu roti 
  • 2 cawan nasi 
  • 3 cawan air 



Cara-cara 
  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air 
  2. gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu 
  3. Kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur 
  4. Campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan 
  5. Biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu... 
  6. Selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan dan kukus dalam 10-15minit 
Note:1. sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.
2. lepas sejam tu mmg adunan akan jadi berlobang2, kena kacau adunan yg dah kembang tu dgn senduk/sudu sampai lobang dah takde baru kukus/masukkan dlm acuan
3. bila masak permukaan dia akan jadi sama ada licin or merekah - kalau kukus guna api besar apam akan merekah atau bahasa cantik, apam akam mekar gitu.


Thursday 7 March 2013

Motivasi yg baik..


Twisties buatan sendiri...

Assalamualaikum...

Pada sapa yg suka makan jajan... jom try wat jajan sendiri... konpem x de MSG sebab kita yg buat dia...


Ni lah twisties yg GD maksudkan... sedap tau.. Miss Gya memang suka (sukalah sebab x pernah makan sebelum ni pastu sedaplah pulak)...hahahahha

ke Pengkalan Chepa nak cari serbuk kari
Pilih memilih sangat lah lama
Twisties Laksa nama diberi
versi yang manis pilihan utama

Senang je.. x susah lansung.. jom kita cuba ramai-ramai.. inspirasi dari teman FB Group Mai Share Recipe
tapi GD tukar sket bahan salutan untuk twisties tersebut mengikut kesesuaian tekak memasing..

Bahan dan cara :-
  1. 1/2 bungkus Laksa kering - dipatah-patahkan kemudian digoreng dalam minyak yg banyak dan perlu betul2 panas. dah siap angkat dan tos kan.. 
  2. 1/3 cawan gula, 1/2 cawan nestum dikisar/blend kering sehingga halus.
  3. 1/3 cawan susu tepung
  4. Laksa goreng yg dah suam-suam hala kesejuk tu masuk dlm bekas @ tupperware dan tuangkan bahan kisar dan susu tepung tadi. tutup tupperware kocakkan aje sehingga ianya bergaul rata...

Dan.... sedia untuk dinikmati.. selamat mencuba..


Kuih Koci Pulut Hitam Bersantan

Assalamualaikum.....

Harap semua sihat ye.... GD pun x tau nak mukadimah ape setelah berminggu juga blog ni bersawang... dah kekeringan idea jugak nak menceceh aje memanjang...

Hati dan fikiran serabut dan bercampur baur rasanya dengan keadaan terkini yg berlaku di Lahat Datu... semoga sahabat2 kita disana x kira sebagai orang awam mau pun anggota2 keselamatan negara yang sedang menjalankan tugas, didoakan semoga mereka semua berada di bawah lindungan Allah SWT...

Tambah lagi bulan March adalah bulan ujian bulanan bagi anak2... tapi yg nak ujian tetap dengan cool nya... sabar ajelah.... yang ibu menten dapur berasap cuma nak menghapdet blog tu yg lambat sket walopun internet dah laju dengan wifi streamyx...

So, kalini GD akan kongsikan resepi Koci Pulut Hitam bersantan yg dulunya sewaktu bekerja menjadi kegemaran GD dan teman2.. kalau dulu memang x reti nak buat. tau makan aje.. sekarang terpaksa belajar buat kerana x kan selamanya kita ni nak membeli dan yg paling penting bak kata teman FB GD kak Senyum sokmo tu, harus belajar dan terus mempertingkatkan pengetahuan dari Zero to zorro...hahahah..tambahan .. ampun ye kak..

Alhamdulillah menjadi cuma termasin sikit ... abaikan lipatan daun pisang ku itu...heheheheh
Resepi di ambil dari blog Dapur Mamasya dan GD kopipes je kat blog GD agar dapat menjadi rujukan teman2 dan yang pasti untuk GD sendiri dimasa2 hadapan.. GD minta halal resepinya dan halal juga atas perkongsian diblog GD ni ye...

Walopun agak masin tapi yummmyyyyyyyy...
Kuih Koci Bersantan
Resepi : CMG @ MYR 
Rujukan : Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 20 biji )

BAHAN2 UNTUK DOH:-
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam- buat sendiri (GD guna yg dah siap je)
1 1/2 cawan air

BAHAN2 UNTUK INTI:-
1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
1 ketul gula Melaka (GD guna nissei kerek)
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan air

BAHAN2 LAIN:-
Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
1 cawan pati santan + secubit garam

UNTUK INTI:- Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.

UNTUK DOH:- Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.

UNTUK MEMBUAT KUEH KOCI:- Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.

Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.
Kemudian lipat seperti biasa.
Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kueh koci bergantung pada saiz kueh masing2.

GD guna cara seperti mamasya..
Doh yang dah siap dibubuh inti, rebus...sampai terapong mcm buah melaka.angkat ,sejat kejap kemudian masuk dan gaul dalam santan yang telah dimasak atas api dengan mencampurkan 1sdb tepung gandum. sejukkan dulu. Lepas dah digaulkan ambil sebiji dan letak atas daun pisang, kemudian bungkus dan bolehlah dikukus.

Untuk lebih lanjut gambar dan caranya boleh refer blog Mamasya ye... Selamat mencuba...