Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Wednesday 26 December 2012

Bukit Gambang Water Park - 25/12/2012

Assalamualaikum......

Kejadian yang memang x de dlm schedule GD n family... tapi terpaksa diadakan kerana GD diminta untuk ke Kuantan pada hari kejadian.. alang2 dah sampai sana, kena pulak racun oleh adik2 GD makanya.....
Ni makan dia..... rabak oh rabak segala poket yg hado...

Tapi okeylah... yg penting kualiti time dengan family besar GD.....



Derang ni kecuali yg baju pink tu, baru je balik dr mkn angin kat gambang ni, racun dia kena kat GD dan GD pun racun dia balik ajak pergi lagi... nampaknya makan racun saje le..


Sebelum nak memulakan perjalanan .... gambor dulu.. penting



Jom kita lumba.... mana GD n family nih...


Derang lagi... sebelum masuk dlm ais kengkonon...


Baru sampai.... lmbt sket.. kenderaan berat.. heheheh


Acara main ombak...


Miss Gya memang berani dan yang pasti GD memang penakot tahap gaban.... Miss Gya main sampai 3 x...
bravoooooo....


Dah ketar bibir tapi ada hati nak main dan mandi lagi


Layannzzzzzzzz.... mak ngah n pak su


En Hubby n Miss Gya.... grrrr... anak sape lah yg dok depan ni.. kacau tul org nak amik gambar



Rehat jap


Miss Gya.....


Lagi derang berdua ni...main sampai lebam...

Friday 7 December 2012

Apam Strawberry lagi... jangan jemu yer...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sedar tak sedar, rupanya dah hampir sebulan anak2 bercuti. Kemana agaknya lokasi teman2 GD membawa anak2 yer.. Miss Gya pun selalu merungut sebab GD n En hubby masih belum bawa dia kemana2. Kekangan waktu yang menjadi masalah sebenarnya untuk GD bawa anak makan angin disamping yg paling utama adalah alfulusnya..heheheh diulang adalah AlFulusnya….


Tambahan lagi time2 nak mula sesi persekolahan yang baru nilah time yang paling banyak nak pakai duit. Mana nak beli kasut, uniform, beg dan  buku2 sekolah juga. Semuapun dah mahal. Kalau x dibeli, macam mana pulakan!!!!.. sebabnya semua tu adalah keperluan yg wajib.


Walaupun GD Cuma ada seorang je yg memerlukan keperluan semua tu, tapi tetap GD kena berjimat cermat. Jangan kita ajar anak2 membazir. Beli mana yang perlu. GD Cuma perlu tambah serba sedikit dan nampaknya Miss Gya sangat2 memahami. Buat masa sekarang, kalau bab kasut sekolah, dia tidak terlalu demand sehingga meminta2 brand tertentu.. Alhamdulillah.. terima kasih anakku kerana amat2 memahami poket ayahmu… hahhahahaha… akan datang tak taulah…


So, dimusim cuti sekolah ni jugaklah rezeki agak murah.. permintaan terhadap Apam Strawberry ni agak meningkat.. mungkin masa2 nilah ada yang buat kenduri berkhatan atau kenduri kahwin.. Syukur Alhamdulillah.. berbanyak terima kasih GD ucapkan kepada mereka.. terima kasih daun keladi, lain kali please… order lagi…



Juga x lupa buat insan2 yg tersayang ni kerana sanggup bersengkang mata menolong GD setiap kali menyiapkan tempahan sehingga tengah malam atau kekadang seawal jam 5 pagi…………. TQ sangat2.. I love u all….



Untuk resepi Apam Strawberry@Polkadot ni, nampaknya resepi dari blog MAMAFAMI sumber MAJALAH RASA nilah yang menjadi pilihan hati GD… sekalung tahniah buat mereka dan minta halal resepinya…


GD kongsikan sekali lagi.. kalau ada yg jemu menatapnya, GD minta maaf banyak2. sebab entry ni adalah juga bertujuan untuk rujukan GD dimasa2 akan datang... maaf sekali lagi sebab selalu ulang tayang...

Apam Strawberry/bluberry @ Apam Polkadot
Sumber : Blog MAMAFAMI
Dalam kurungan adalah sukatan yg GD gunakan

Bahan-bahan:-
  • 140 gm tepung gandum (280gm)
  • 1 1/2 sudu teh baking powder - diayak sekali bersama tepung gandum (3sdt)
  • 110 gm gula halus (200gm)
  • 75 ml susu segar atau susu cair (150ml)
  • 2 biji telur (4 biji) 
  • 1 sudu kecil ovelette (2sdt)
  • 1/2 sudu esen vanilla / perisa strawberi (1sdt perisa strawberry)
  • Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing (jem strawberry)
  • Sedikit perwarna hijau - untuk daun
  • Sedikit pewarna merah - untuk strawberi
  • Sedikit pewarna putih - untuk biji strawberi (warna asal je)

Langkah-langkahnya:
  1. Pukul telur  dan gula halus sehingga kembang 
  2. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselang selikan dengan susu segar
  3. Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
  5. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
  6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
  7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
  8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
  9. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Nota:  
Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
Antara rahsia apam anda gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati

Semoga kita semua mendapat manfaat kerana perkongsian ini...

Salam ceria...







Thursday 6 December 2012

Ketam Lemak Cili Api


Assalamualaikum semua teman...

Hari ni GD ditugaskan oleh en hubby agar renew roadtax dan insuran kereta yang dah hampir tamat tempohnya. Ikutkan hati malas nak keluar sorang2. Tapi apakan daya kerana dah tugas terpaksa juga GD merempit pagi2 ke bank. Ingat tahun ni nak tukar agen insuran. En hubby pun serahkan je semua keputusan kat GD nak pilih yang mana satu. Ada ke patut!!!.. sabar jelah kan..Fikir punya fikir akhirnya ETIQA TAKAFUL juga yg menjadi pilihan hati. Dulu masa kereta lama GD pernah claim insuran cermin melalui etiqa dan baru2 ni GD ada masalah pembayaran melalui Maybank2U untuk pembayaran etiqa juga. Dengan dua situasi tersebut, GD amat2 berpuas hati dengan mutu layanan juga kecekapan serta ambil berat mereka terhadap customer amat tinggi. Alhamdulillah kerana mereka melayan GD amat baik dan mesra sama ada melalui kaunter atau telefon sekali pun. Terima ksih sekali lagi..

Maka dengan rasa penuh yakin GD pun masuk ke Maybank atas urusan tersebut sekaligus sambil menyambil GD tukar kad Maybank GD yg zaman kuno dulu warna biru bergambar menara maybank. Kad tersebut dikeluarkan sebelum kad ATM yg berwarna kuning.. lama tak??? Lama kan!!!...
Okey semua urusan bank untuk tahun 2012 dah settle… tinggal persiapan sekolah je serba sedikit. Oleh itu mari kita layan acara masak pulak setelah sekian lama GD x berapa berperang dengan periuk belanga. Kalau perang pun sikit2 je.. ala kadar.

So, harini special sikit. Macam pernah je baca baru2 ni kat blog Tiffinbiru CMG tu.. tapi GD masak ikut rasa hati sendiri je.. masak dengan penuh kasih sayang gitu….hahahahha

Taraaaaaa………… Ketam Lemak Cili Api jeeeee…


Ketam Lemak Cili Api
Sumber : GD sendiri

Bahan-bahan :
  • 4 ekor ketam dibersihkan dan potong 2
  • 11 tangkai cili api
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 cawan santan
  • 1 biji tomato belah 4
  • 1 batang serai dititik/ ketuk
  • 1 helai daun kunyit

Cara-cara :
  1. Tumbuk cili dan kunyit. Kemudian masak atas api bersama sedikit santan dan serai dalam 2 minit.
  2. Selepas itu, baru masuk semua lebihan santan sambil dikacau perlahan.
  3. Bila agak mendidih sikit je tau, jgn sampai pecah minyak baru masukkan ketam. kacau lagi.
  4. Bila ketam dah hampir masak, jgn lupa perasakan dengan garam.. GD bubuh gula sikit je.. kalau x mo terserah...
  5. dan jgn lupa tomato dan daun kunyit.. dah layu tutup api.. sedia dihidang dengan nasi...


Selamat memasak yer teman2...


Tuesday 4 December 2012

Lagi Cara Berlauk dipetang yg dingin...


Assalamualaikum...

Salam siaran buat teman-teman... 
Apa acara teman2 semua harini?? GD harini pepagi dah dpt berita kurang menyenangkan @ agak panas dan kurang elok kalau terbiasa diamalkan dalam kejiranan.. Kita sebagai jiran tetangga seharusnya berbaik-baik sesama kita sebab apa2 hal yg berlaku kepada merekalah tempat kita meminta pertolongan...
Tapi kalau dah hilang rasa hormat atau x tau adab dlm berbual, sapa menyapa diantara kejiranan itu dah menjadi satu masalah negara atau yg lebih sedih lagi bila ada segelintir dikejiranan GD ni yg lansung x mau ambil tau, ambil kisah, tegur waima senyum sekalipun kepada kami2 yg baik hatini... sakit ati tul... 

Kalau ikut hati rasa nak pulaukan je jiran yg macam tu. tapi kami2 kat sini masih ada rasa baik hati, tebalkan muka tayang gigi... tapi hampeh x de balasan... grrrr....grrrr....

berbalik kepada kisah pepagi hari, ada kejadian bebudak main tembak-tembak guna pistol yg pelurunya warna kuning kecik aje telah dituduh menyebabkan cermin belakang kereta salah seorang jiran GD yg tergolong dlm list grrrr..grrr GD di atas tu... secara logiknya boleh ke satu pelurutu menyebabkan cermin tu pecah???? ntah le GD x berani nak kata apa...
GD boleh kata jom makan Cara berlauk...heheheh (iklan jap)


Yang menyedihkan adalah bila tuan punya kereta telah berjumpa bapa2 yg baru balik kerja mlm tadi... kalau tanya cara elok takpe, tapi kata2 yg diucapkan amat menyakitkan hati. bayangkan apa yg terjadi bila perkara berlaku sewaktu org tgh kepenatan????
Pergaduhan telah tercetus diantara jiran2 GD yg bukan penyewa tetapi adalah rumah sendiri semuanya!!!!!!!!!!!!
huhuhuhuhuuh...............takut GD mengenangkannya......
alahai bawak2lah bersabar wahai jiran2 ku........


Kita tinggalkan lah masalah tu sebentar... nanti GD bergosip ngan mak2 bebudak tu pulak...heheheheh grrr...grrr diri sendiri kerana bergosip...hahahaha



men Cara Berlauk GD harini... dah lama x makan, rasa teringin pulak.. sambil makan sendiri sambil ambik order dari kengkawan... TQ pada kengkawan yg mengorder tu... 
kepada sesapa yg nak mencuba, boleh cuba skodeng kat SINI yer... percuma x perlu bayar apa-apa.... 



Selamat jumpa lagi.... lupa nak selit... GD dah beli buku untuk Miss Gya kat kedai buku sekolah kebangsaan pagi tadi.. korang dah ke????
tinggal sekolah agama je lagi disamping barang2 yg lain...

Salam ceria semua dan x mo gadoh-gadoh....

Monday 3 December 2012

BBQ Sri Idaman Homestay 24/11/12 - Part 2

 Salam bersiaran lagi....

Part 2 buat kenangan GD dan family...
lain masa kita berBBQ lagi..

Merah menyala.... manisssssssssss

Mata kucing... Mamacik siap kopek wat tambah perisa buh dalam koktel laici

Koktel Laici semata ........... jadi le..

second round

third round

4th round
 

Sotong n Jagung pun ada.........

Menggiurkan....
 
Last sekali....

Mia...........  Nape cam tu???

Ni pun sama... mengapa????

Besan................

Satu2nya besan yg ada.............

Ammar n cendol............ nape x lap.... mane mama2 dia nih....

Dah buang cendol... kan hensom tu...

senduk jgn x senduk... sian tirah sebab x sihat badan malam tu...

Mia lagi n ayamnya.... Yummy.. sedapkan ayam yg nenek perap...
 Sampai jumpa lagi dimajlis yg lain pula.........

Assalamualaikum...


Friday 30 November 2012

Wednesday 28 November 2012

Lemak Tempoyak Pucuk Ubi

Lemak tempoyak pucuk ubi

Assalamualaikum

Terasa dah lama x mkn lemak tempoyak pucuk ubi ni... teringat-ringat je zaman keje dedulu. bila dah bercampur gaul dengan rakan dr negeri2 yg berbeza, maka dptlah kita merasa juadah mereka. GD memang tertarik dgn masak lemak tempoyak yg satu ni... x dpt GD pastikan sebenarnya dr negeri mane. sebab en hubby dr k'tan x pernah mkn, my mamak yg konpem selangor jati pun x pernah makan apatah lagi merasa walau sesudu... yg pasti teman sekerja GD dr melaka dan pahanglah yg selalu bwk juadah ni pergi keje time untuk makan2 on jumaat tghari.... wahhhhh... GD rindu serindu-rindunya time tu..

Oh my best2 pren in de world.... I miss u all very much especially dak Sen, dak Ita, dak Za, dak Ayu, kak Cemi n also arwah Zura...... juga all friend yg lain..

ayu, za, sen, zaim, nik
zaini, GD n arwah zura
Sorry ye u alls sebab ada selingan gambor lain pulak.... dan yg pasti memang juadah/lauk ni menjadi kesukaan kami semua... time musim durian, tempoyak mesti ada dan of coz this juadah juga pasti ada..
tapi, cop2 ada gak le sorang 2 teman2 GD yg x makan... heheheheh.. menipu pulak kalau kata semua suka kan!!!!!




Jom kita lihat resepinya camane yer... hasil dari koling2 dak ita sebelum memasaknya. TQTQTQ untuk dak ita kerana sanggup kol GD balik walopun GD sms je memula... nak antar sepinggan nampaknya memang x berantar ler.. jauh beb... to dak ita, aku sharekan resepini dlm blog aku dan mintak halal ye ilmu ko itu...



Masak Lemak Tempoyak Pucuk Ubi
Sumber : Rosnita @dak Ita Halim
Sukatan : GD main bubuh je.. 



Bahan-bahan :-

  • Pucuk ubi - rebus pastu buang air dan hiris2 (tapis)
  • Petai 3 papan - buang kulit belah 2
  • Daun kunyit 3 helai - hiris kecil
  • Udang 15 ekor
  • Santan pekat dari 1 biji kelapa
  • Cili api 7 biji - nak pedas tambah lagi
  • Kunyit hidup 1 inci
  • Serai 1 btg dititik/ketuk
  • Tempoyak




Cara-cara :-

  1. Rebus/celur pucuk ubi dan sejat air rebusan lalu dihiris.
  2. Tumbuk cili api dan kunyit hidup.
  3. Masak atas api semua bahan kecuali udang dan pucuk ubi.
  4. Setelah hampir masak baru masuk udang. kacau seketika.
  5. Last sekali baru masukkan pucuk ubi dan jgn lama2 kerana dikhuatiri air dr pucuk ubi tu akan mencairkan masak lemak tersebut.
  6. Jangan lupa bubuh garam/perasa kalau perlu.
  7. Kuahnya sepatutnya tidak cair dan mesti pekat baru marbeless... 


GD buat pes time ni pun agak cair sikit sebab kurang tempoyaknya (tempoyak beli) dan tempoyaktu pun masih baru jadi kurang kemasamannya...... makanya tertunai le hajat nak makan juadah ni setelah 3 tahun meninggalkan alam pekerjaan....Alhamdulillah...

So, selamat mencuba kepada yg berkenan... 




Tuesday 27 November 2012

Mini Pavlova.....


Assalamualaikum.....

Mood nak mempavlova sudah mari.... lama benor pavlova GD x keudara... entah angin dr mane tetiba rajin pulak...


Oleh kerana pavlova ni agak manis, jadi ianya memang tidak menjadi satu kegemaran di rumah GD. makanya untuk proses dok ulang buat tu akan ambik masa lah jawabnya... GD tertarik ngan pavlova ni masa berkunjung ke blog kak Rossa... ibarat masa tu tgh demam pavlova le jugak.....


kebetulan je adik nak nak dtg so, selit2 lah apa yg boleh diselit... TQTQTQ to Azie n Kak Ija Zahri untuk order tu yer... kalau sedap leh order lagi, kalau x sedap jgn citer kat org tapi citer kat GD sorang je tau....
HAHAHHAHAH.......

Untuk resepi, memang dah byk dikongsikan dlm internet. tanya je kat en google, berderet keluarnya.. tapi boleh je klik kat SINI yer...


Salam ceria...