Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Thursday 21 February 2013

Baby Kailan Tenggiri Masin


Assalamualaikum teman-teman semua....

Jom kita kongsikan salah satu spesis sayur peberet GD iaitu 

Baby Kailan Ikan Masin

Bahan-bahan - 

Baby kailan
2 ulas bawang putih - ketuk je
1 potong jeruk ikan tenggiri masin
1 biji cili besar
sedikit sos ikan
garam jika perlu

Cara -
Gorengkan bawang putih dan ikan masin hancur-hancurkan sikit. Masuk baby kailan, cili merah dan kacau sebentar. bubuh sedikit sos ikan. Perasakan dan angkat. sedia untuk dihidang.

Sayur yg paling mudah dimasak, juga paling cepat...



Mee Rebus



Assalamualaikum semua...

Mane kuahnya.... x nampok sebab kena tindinh ngan eksesori segala...

Mee Rebus ni GD buat masa balik kg minggu raya cina haritu... skodeng dari satu blog ke satu blog dan akhirnya tersangkut kat blog Masam Manis.... tapi tuan punya resepi adalah Yatie
terima kasih ye kak kongsikan resepi dan GD kongsikan semula di sini untuk rujukan dimasa2 akan datang...


GD kopipes aje.... lain-lain pandai2 le ejas sendiri...hahahahha

Lagi satu, masa tu memang x de daging dlm simpanan dan kerana nak buat juga, GD rojakkan sikit aje derhaka kerana menukarkan rasa kuah dari daging ke udang walaupun ini bukan spesis mee udang... hahahah ampun tuan punya resepi ye... asalkan habis licin, GD dah puas hati...

MEE REBUS YATIE
by: Yatie
Sumber : Azlita Aziz
Diolah : Gya Duniaku

Bahan-bahan:-
1 kg mee kuning - di celur dan di toskan
2 cwn taugeh - di celur dan di toskan
4 biji keledek - direbus dan di kisar halus 
4 biji telur - direbus dan di belah 2
4 kpg tauhu - di goreng dan di hiris nipis
lada merah dan lada hijau - hiris
bawang goreng
limau kasturi - di belah 2
daun sup dan daun bawang - di hiris
5 keping fish cake (GD tambah sendiri)
Sayur sawi - dicelur (GD tambah sendiri)


Bahan Kuah:-
500 gm daging - di hiris nipis dan di rebus hingga empuk (GD x bubuh sebab x de)
4 biji keledek - yg telah di rebus dan dikisar tadi
15 btng cili kering - dikisar
10 biji bawang merah - dikisar 
5 ulas bawang putih - dikisar
3 batang serai - dikisar
1 inci lengkuas - dikisar
3 sb udang kering - dikisar
2 sb serbuk kari daging
1 cwn air atau secukupnya untuk blend bhn2.
1 kiub ikan bilis
1 kiub daging
2 cwn santan pekat 
2 kpng asam keping 
1 buku gula melaka
garam dan gula secukup rasa 
minyak untuk menumis.

Penyediaan Awal
Hiris daging nipis2 dan rebus hingga lembut. sebab x de daging, GD gunakan udang hidup dan blend kan isinya. sambil tu rebuskan kulit udang untuk jadi pes udang.
Kupas keledek, potong kecil dan rebus hingga lembut, lenyek keledek semasa panas hingga halus. Ketepikan.
Sementara itu rebus telur....dah siap, kupas kulit telur dan biarkan ketepi.

Penyediaan Kuah
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan daging rebus bersama air rebusan daging.
Bila mendidih, masukkan keledek lenyek tadi, kacau hingga rata.
Tambah sedikit air jika perlu.
Perasakan dengan garam dan gula (selalunya kuah mee rebus mmg ada rasa sedikit manis) dan biar mendidih.
Masukkan santan dan asam keping, masak hingga pekat.
Rasa dan jika ok, boleh dimatikan api.

Penghidangan
 Masukkan sedikit mee dalam mangkuk, susun tauhu, fish kek dan telur rebus, cedok kuah bersama2 isinya dan tuang atas mee, hias dengan taugeh, taburan daun bawang/daun sup, bawang goreng, hirisan cili hijau dan belahan limau kasturi.


Monday 18 February 2013

Kek Chiffon Marble @ kaler-kaler pulak...

Assalamualaikum teman-teman semua....

Orang selalu berkata, sekali buat nak dua kali... dah dua kali nak berkali-kali pulak... tapi nasib yg berkali ni benda positif bukan negatif cuma x baik untuk kesihatan.... huhuhuh...


Kek Chiffon lagi... kengkonon buat special untuk dinda kesayangan lagi... kalau dia baca blog ni mau roboh kusi yg dia duduk tu sebab GD kata sayang kat dia.... 

GD memang suka main kaler-kaler lagi... haritu wat perisa pandan dan kali ni perisa stoberi dan pandan. yang oren tu buat perisa plain aje sebab perisa oren memang belum sampai jodoh kat umah ni.. nanti nak cari....

1/4 en hubby bagi kawan dia... hmmmm ye lah...
1/4 dinda makan sorang... amboi.. kuat ko makan..
1/4 lagi dinda bawa balik dungun dan balance tu kitorang makan reramai.. ramai ke??? hahahah


Resepi tetap sama macam Chiffon Pandan cuma bezanya, GD gantikan pes air pandan tu dengan air masak biasa dan jes bubuh perisa stobery dan perisa pandan 1/2 penutup botol untuk setiap perisa.. 
Minyak pula cuma pakai minyak masak aje... haiii banyak sungguh menderhaka GD ni...

Nasib baik kejadiannya tu berjaya dan sedap yg penting x bantat.. kalau tidak mau nangis tepi oven tu...
HUHUHUHUHU.....

So, kepada kawan2 yg nak mencuba kalau berani le.... heheheheh derhaka macam GD ni silalah yer... terbantat GD x tau....

Salam dan sampai jumpa lagi....





Talam Keladi...


Assalamualaikum rakan-rakan alam maya sekelian..
terima kasih daun keladi kepada semua yang sudi berkunjung ke blog GD yang x seberapa ini...
Lain masa dan ketika jemputlah jenguk-jenguk lagi...

GD nak sharekan  percubaan lagi..... yang kali ni kita pergi kuih talam-talam pulak iaitu Talam Keladi...
memang GD jarang makan kuih ni, tapi GD teruja bila kawan2 postkan gambar2 yang memang sangat-sangat menerujakan hati, perasaan, mata dan hawa nafsu nak makan.... aduyaiiiii... santan lagiiii...

Ikhlas cakap memang GD bukan penggemar kuih talam yang spesis manis2 belaka tapi seperti GD kata sesungguhnya setiap kali mata ni memandang posting rakan2, memang jadi nak rasa, kalau dah nak rasa kenalah buat...hahhhh... tu le yang jadi kat GD sekarang ni.. bila dah nak, sanggup je pergi cari bahan walaupun sebelum ni memang x pernah pergi beli ubi keladi tu... pssttt, x tau pun harga sekg org jual bape..
RM5 kat pasar rupanya... melopong kejap..ehhhh... mahal ke murah tu yer???? selama ni main cabut je kat kg... kat sini nak cabut kat mane!!!!

Ingat nak buat malam ahad wat bekpes hari minggu tapi rupanya tepung beras abis stok lah pulak. nasib dah pukul 11mlm, kalau awal memang pegi cari.. sabar wahai hati... akhirnya malam tadi misi terlaksana itupun lepas balik dari kg kerana acara terkejut-terkejut buatan sendiri.... wah asyik balik kg minggu ni... suke-suke.... GD suke sebab kg GD...hahahahah.... ampun en hubby yer... tapi abg yg ajak kan!!!....

Tersasar jap menceceh... haaa... taraaa.. nilah hasil pertama buatan GD sendiri..


Macam lembik je sikit wahai kakak2 sumber ku..kenapa ye???? .. :(



Kuih Talam Keladi
Sumber : Yatie MemoriesChe CT/ Kak Azlita yang juga berasal dari Chef Asma
Di olah : Gya Duniaku

Bahan Lapisan Bawah :
2 Cawan tepung beras
3 Sudu besar tepung ubi
1 1/2 Sudu kecil garam
6 Sudu besar gula pasir
300 ml santan pekat
700 ml air

300 gm keladi - dibersihkan dan basuh dengan air garam untuk tidak hitam. Potong kiub dan kukus selama 5 minit - (kukus dulu, baru ditimbang).

(Kat sini GD olah sikit macam kak Ita Masam manis tu.. tapi kelainan nye GD cuma rendam dalam air yang dimasukkan pewarna purple kemudian toskan dan kukus. jadi x delah purple sangat sekurang-kurangnya warna purple jugak... hahahah boleh gitu) tapi kak ita punya lagi marbeless... GD taraf saya budak baru belajar tapi ....huhuhu..derhaka

Cara-cara :
1. Bancuh semua bahan hingga rata dan sebati .
2. Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan keladi yang di potong kiub tadi.
3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
4. Kukus selama 25 minit

Bahan Lapisan Atas :
1 1/2 cawan tepung gandum
250 gm gula halus
3 biji telur
250 ml santan
500 ml air
Sedikit pewarna purple dan perisa Yam

Kat sini pun ada penambahan.. GD ada pewarna purple tapi x de perisa Yam tu.. jadi apa yg GD buat adalah ambil sedikit keladi (dalam 1/3 cawan) yg dah dikukus td dan lenyek sampai hancur lalu GD campurkan dengan bancuhan lapisan atas.. kebetulan masa kukus dan timbang terlebih dari 300gm.. adalah belen... tapi boleh guna ke cara ni wahai kakak2 sumber ke sekelian??? derhaka lagi....

Cara-cara :
1. Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
3. Kukus selama 30 minit lagi. Lap tutup kukusan setiap 5 minit sekali.

Buat kakak2 sumber, GD minta halal resepinya dan GD kongsikan di blog GD pula... terima kasih yer...

Dan sampai jumpa lagi di entry yg lain pula..



Thursday 14 February 2013

Apam dan apam

Semua pun apam....

Apam n de gang...










Ketam Goreng Bersalut Tepung

Assalamualaikum...


Lama juga rasanya dlm menu harian GD x masak ketam... memang jarang lah beli ketam sebab Miss Gya x gemo... jadi kalau rasa-rasa dah teringin sangat baru beli.. 

Inilah hasil dari meronda pepagi dgn en hubby yg kebetulan masih belum masuk koje lagi. meronda sambil memantau apa yang terjual di pengkalan.... dapat le beli ketam dan udang yg segar bugar terus dari laut tu... memang marvelesss dia punya rasa..


Jom try Ketam Goreng Bersalut Tepung ala la GD... bubuh dan gaul sesuka dan seikhlas hati.. ikut hati sndiri je masa bubuh bahan agak2 rasa macam sedap aje GD bubuh dan gaul... gaul dan gaul sampai sebati. dah goreng sungguh enak dinikmati.. x caya!!!... meh cuba...

Ketam Goreng Bersalut Tepung ala la GD

Bahan-bahan :-
(sukatan x de sebab GD main bubuh dan rasa-rasa aje)
  • ketam dibelah 2
  • tepung gandum dlm 1cawan kot
  • rempah kari
  • serbuk kunyit
  • garam halus
  • serbuk cili / cili blend (nak pedas, bubuh lebih)
  • sedikit serbuk perasa/ajinomoto
  • 1/2 sdt baking powder
  • 3 tangkai daun kari
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:-

  1. Ketam dibersihkan dan potong 2 sekali dengan kulit.
  2. Bancuh dan gaul sebati semua bahan kecuali ketam. bancuhan macam nak salut pisang goreng.
  3. Panaskan minyak (pastikan betul-betul panas) dan goreng dengan api sederhana. kalau api kuat takut ketam x masak tapi tepung dah hangus.
  4. siap untuk dihidang.


Makan macam tu je pun sedap....




Kek Chiffon Pandan


Assalamualaikum.....

Project semalam yg lama tertangguh semangatnya... pestime buatlah maknanya tu... maka maafkan lah sekiranya tercacat dimana-mana.. terpaksa derhaka time membakar kerana en hubby nak gunakan area tu... sabarjelah... layankan aje yer...


KEK CHIFFON PANDAN

Sumber : rinnchan / Irene Chia


Bahan A (Diayak sebanyak 3 kali)
150gm tepung kek
1 camca teh baking powder

Bahan B
4 biji kuning telur saiz A
70gm gula castor
1/4 camca teh garam halus

Bahan C
85ml corn oil, Rinn guna canola oil
115ml jus pandan, Rinn blend daun pandan dan air

Bahan D
4 biji putih telur saiz A
70gm gula castor
1/2 camca teh cream of tartar

Cara-cara :

  1. Blend 10 helai daun pandan bersama 150ml air masak. 
  2. Dapatkan 115ml jus pandan. Gunakan saputangan kecil yg bersih utk memerah. Kalau guna penapis mungkin habuk-habuk hampas daun pandan akan turut masuk. 
  3. Gunakan handmixer utk memukul Bahan (B). 
  4. Masukkan canola oil dan teruskan memukul. 
  5. Putar sehingga kembang. 
  6. Masukkan jus pandan. Teruskan memutar. 
  7. Teruskan memutar hingga rata. 
  8. Boleh tambahkan sedikit pewarna hijau untuk menaikkan lagi warna hijau. Tak bubuh pun tak pe.
  9. Masukkan sedikit demi sedikit tepung. Dengan menggunakan spatula kacau setakat tepung hilang 
  10. dari pandangan. Jangan terlebih kacau.
  11. Dengan kelajuan tinggi putar putih telur hingga kembang. Masukkan cream of tartar dan terus putar. Masukkan gula castor dan terus memutar hingga putih telur kental tetapi jangan terlebih putar. Cukup sekadar putih telur tidak tumpah walaupun mangkuk mixer diterbalikkan. 
  12. Masukkan separuh dari putih telur kental tadi ke dalam bancuhan kuning telur yg dah jadik hijau tadi.. 
  13. Kaupbalikkan hingga rata. Jangan diputar. Jangan risau kalau adunan kelihatan "lumpy" atau berketul-ketul kerana memang itu yg resipi kehendaki untuk menghasilkan kek yang gebu dan berongga.
  14. Tuangkan bancuhan di atas ke dalam mangkuk yg berisi separuh lagi putih telur yg telah dipukul kental tadi.
  15. Kaupbalikkan adunan sehingga rata dan sebati.
  16. Tuangkan ke dalam acuan chiffon dan dibakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu to moderate 175 darjah cel. lebihkurang 20min awal. Bakar selama 40min - 45min. 
  17. Tolong jangan lapik acuan dengan kertas minyak atau disapu dengan butter atau majerin. Cukup sekadar dilap dengan kain kering yg bersih. Dasar dan dinding acuan yg tidak bergris membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. Gunakan api atas dan bawah semasa membakar kek ini. 

PESANAN PENAJA :-

Kek yang telah siap dibakar. Rinn bakar cukup-cukup 40 minit setelah dicucuk dengan lidi tester, ianya telah kelihatan elok masaknya. Segera keluarkan dari oven. Kalau nak amik gambar..amik cepat-cepat sebab kek ini perlu diterbalikkan dengan segera sebelum ia mendap..  
Heh Heh..walaupun langkah ini agak lucu tapi kalau kita lihat setiap resipi chiffon di mana-mana pun, pasti ada langkah ini. Jadi jangan derhaka pada resipi kalau tak nak kek anda mendap atau bantat selepas ia naik dengan elok seketika setelah keluar dari oven.

Rinn pernah ada terfikir mesti agak sukar untuk mengeluarkan kek ini dari acuannya sebab mungkin akan melekat-lekat di dinding dan dasarnya. Tetapi jika kita menggunakan pisau yang panjang dan tajam, perlahan-lahan kita sisipkan di antara kek dan dinding acuan..kelihatannya tidaklah begitu sukar. Pengalaman pertama ini amat menyeronokkan dan menggembirakan hati sebab kek ku keluar dengan cantiknya..  

Pastikan kita gunakan pisau yang tajam atau pisau yg bergerigi halus bila nak memotong. Hmmm...baunya . Semasa membakar tadi pun sudah berbau satu rumah !! 

special thanks to Ila jiran tetangga coz dah menaikkan semangat GD untuk membuatnya juga meminjamkan acuannya.... nanti GD pi cari kat WK yg dah tebakor tu... hehehehh...

selamat mencuba buat sesiapa yg belum try test lagi yer... kalau yg dah pro tu, GD yg rasa malu nak kasi tunjuk ini gambar hasil pertama ku ...



Sunday 3 February 2013

Hampapai / Mandai Lemak Cili Api


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu dihari kedua bulan Feb 2013...


Masak apa teman2 semua harini??? harini GD masak ayam masak kicap, sayur goreng baby kailan dan mandai/hampapai lemak cili api.... simple kan!!!.. x de istimewa pun dan pagi tadi pergi pasar x beli banyak pun sebab minggu depan en hubby out station lagi... huhuhu... kalau en hubby x de, GD dua beranak makan tersangatlah simplenya.. kadang2 beli je... mudah dan cepat...

Seperti yg GD janjikan dlm entry Hampapai dulu yang mana selain dari digoreng juga sedap dimasak lemak cili api...


Memang sedap dan kalau nak lagi terangkat atau mak mertua lalu pun x perasan time makan, ce buat pedas-pedas sikit... kalau GD x boleh le pedas sangat sebab Miss Gya x makan pedas... kenalah ikut tekak dia juga sebab tukang makan kat rumah ni memang x ramai...

Mandai / Hampapai Lemak Cili Api

Bahan-bahan :-


  • Semangkuk kecil hampapai/mandai yg telah dibersihkan dan potong kecil sedikit
  • sedikit kacang panjang
  • sedikit udang
  • 1/4 biji bawang besar (sederhana)
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 7 biji cili api
  • santan
  • sedikit air

Cara-cara :-

  1. Tumbuk kunyit hidup, cili api dan bawang sehingga lumat.
  2. Masukkan dalam periuk dan tuangkan sedikit santan dan sedikit air.
  3. Masak atas api dalam 3 minit.
  4. Kemudian masukkan Mandai/hampapai, kacau dan biarkan atas api tu dalam 5 minit lagi.
  5. Masuk kacang panjang, kacau sedikit kemudian baru masukkan semua santan sambil kacau.
  6. Api jangan besar, sambil kacau dan last sekali baru masuk udang tadi.
  7. Kacau lagi dan udang tu sekejap je dah masak.
  8. Perasakan garamnya. Biasanya dah masin..tapi kalau belum tambahkan lah mengikut kesesuaian..


Selamat mencuba ye teman-teman...


Saturday 2 February 2013

Kek Hawflakes Kukus


Assalamualaikum teman-teman semua....

Tu dia menu minum petang bersama jiran tetangga lorong GD. Merah menyala dan x berapa cantikkan!!! alamak lupa letak asam hawflakes lah kat permukaan atas tu tadi.... lupalah pulak. time nak potong baru sedar...hasil pertama kali percubaan. Maafkan lah.....heheheh..

Nawaitu nak buat kek ni dah terlalu lama dipendamkan dan akhirnya tercapailah pada hari ini sempena acara last minute bincang ngan ahli mesyuarat tingkap.... korang memang suka last-last minute punya acara tau.... nasiblah semua bahan ada kecuali susu yg terpaksa minta sikit dari cik Ila.. TQ ye banyak-banyak...


Resepi : Kek Hawflakes Kukus
Sumber : Tong-Gas79 dan Diariibuwafiq
Resepi katanya diambik dari facebook seseorang yang bernama Zuraini Alias dan resepi ni kepunyaan Putri Manja

Bahan-Bahan :

A
5 biji telur – dari peti ais
225 gm gula castor
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar ovelett
½ sudu the garam halus

Semua bahan A dipukul hingga kembang dan berkrim

B
1 sudu teh baking powder
220 tepung gandum

Bahan B boleh diayak dulu kalau rajin (GD rajin je tadi)

C
150 ml susu cair (GD guna susu tepung yg dibancuh dengan air)
100 ml minyak

Cara-Cara :
-Masukkan bahan B dan C berselang seli ke dalam bahan A
-Bahagikan beberapa bahagian dan warnakan
-Kukus selapis demi selapis..(6-7 minit)..susun hawflakes…
-lapis terakhir biar lama sikit lebih kurang 20-25 minit

Kepada tuan punya resepi dan blog yg GD ambil resepinya tu, terima kasih daun keladi dan izinkan GD memanjangkannya diblog GD yang x seberapa ini... lain kali GD skodeng resepi lagi...

Selamat malam semua dan sampai jumpa lagi dientry yg lain pula..




Friday 1 February 2013

Kari Ayam Serbuk Kurma.....

Wahhhhhh.... drama sungguh tajuk.....

Assalamualaikum semua teman-teman....

Pagi tadi GD mencongak dan mengira-ngira nak masak apa harini... tetiba terpandang kat wall fb ada nasi arab punya resepi kiriman Majalah RASA... macam menarik tambahan GD memang x pernah rasa... tapi mencabar jugalah bagi yg pes time nak mencuba seperti GD ni... pk punya pk dan pk rasa-rasanya kari ayam pun nak buat juga sebab dah lama x buat... camane???? tertanya pada diri sendiri... akhirnya jawapan pasti adalah nasi arab untuk petang karang... yesssss....

Alih-alih berborak dulu dengan tetangga sampai pukul 11.... hahahahha padan muka.. jawapan x de lagi...

Oh! Miss Gya hari ni balik sekolah agama makan bihun goreng yg ayah beli pagi tadi yer.... heheheh I'm sorry..... "Gya x kisah lah ibu"... thank you dear... nanti petang ibu masak special ok!!!!....

Tup-tup dan tiba-tiba....................................... en hubby pun pulang tanpa dijangka... Ya ampunnnnn..
periuk nasiku masih terbalik lagi tanpa isi... ayam masih beku.... alamakkkkkkkkkkkkk....

papehal.... sengih dulu depan pintu... i'm sorry sekali lagi...

Nasi arab ntah kemana.... yg pasti ringkas dan cepat... nasiblah harini Jumaat dan lunch pun nampaknya lepas sembahyang Jumaat... selamat GD...


Ini jelah yang termampu GD siapkan... Kari Ayam Rempah Kurma yang dimasak dengan penuh kasih sayang...
hahahahha... propa je lebih..

Kebetulan semalam baru baca blog CMG@tiffin biru tu, masak kari ayam klasik dengan telur... so, GD pun olah le sikit-sikit lelebih kurang dengan resepi CMG tu... bahan lain semua sama macam biasa GD masak cuma CMG tambah rempah kurma... Jadi GD namakan Kari ayam rempah kurma inspirasi dari resepi CMG.. tq daun keladi sharekan resepi tu...

oh memang terasa kehangatan rempah tu bila kita makan... x caya ce korang cuba... memang marbeless.. kawankan pulak dengan acar timun.. lepastu pulak memang konpem sedap dimakan dengan pulut x kuning pun x pe, roti jala, roti putih dan seharusnya lempeng... marbeless...



Tapi sayang x dan nak buat sambal belacan...sebab kena stop kejap untuk jalankan tanggungjawab merempit hantar anak skolah...



Kari Ayam Serbuk Kurma
Rujuk dari : Blog CMG
Olahan : Gya DuniaKu

Bahan-bahan :-

  • Ayam setengah ekor (beli dah siap potong)
Bahan tumis:-

Bahan A (hiris)
  • 1 biji bawang besar 
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia 
Bahan B (tumbuk)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
Bahan C
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 btg serai (dititik)


Bahan lain
  • 2 biji kentang (sebiji belah 8)
  • 2 sb cili blender
  • 2 sb rempah kurma (GD guna Adabi) (cuba try test tambah follow CMG)
  • 2 sb rempah kari daging (GD pun penggemar Baba's)
  • 1/2 sk serbuk kunyit
  • 2 cawan santan
  • 1/4 kerek gula nisei
  • sedikit air
  • sedikit air asam jawa. asam keping pun boleh

Cara-cara:-

  1. Ayam dibersihkan dan toskan.
  2. Tumis bahan tumis A dan C sehingga naik bau. Lepas tu baru masukkan bahan B juga sehingga naik bau.
  3. Masuk cili blend dan kacau sebentar.
  4. Masukkan rempah kurma, rempah kari dan serbuk kunyit yang telah dibancuh dengan sedikit air. x lupa air asam jawa tadi bubuh juga.
  5. Kacau dengan api yg kecil sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan ayam, kacau sehingga rata. Bila nampak macam kering tambah sedikit air.
  7. Bila ayam dah 3/4 masak, masukkan kentang dan tambahkan air sedikit kalau macam kering sikit.
  8. Biarkan sekejap bagi kentang dan ayam mesra alam terlebih dahulu.
  9. Last sekali masukkan santan dan perasakan dengan garam, gula dan aji kalau suka...
  10. Boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan...
Wassallam dan sampai jumpa lagi dientry yg lain...