Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Monday 11 November 2013

Slice Cheese Cake


Slice Cheese Cake aka Kek Keju
Resepi dari FB Mlong Tipah

Bahan-bahan:-
  • 6 keping keju (slice cheese)
  • 1 cwn susu cair/segar
  • 4 biji telur asingkan kuning dan putih
  • 1/2 cwn gula kastor (70gm)
  • 1 cwn tepung kek (GD guna tepung gandum dan tambah dgn 1/2 st baking powder)
  • 1 st cream of tartar
  • 2 sb mentega/butter/margerin
  • 1 st esen vanilla



Cara-cara:-
  1. Panaskan oven dengan suhu 170 darjah.
  2. Slice cheese dikoyak2 dan campur dengan susu. masak atas api, kacau perlahan sehingga cheese larut. 
  3. Masuk butter, kacau sebati/ larut dah boleh tutup api..
  4. Putih telur dipukul sehingga berbuih kemudian masuk gula dan pukul lagi sehingga gebu dan ringan. kemudian masuk pula cream of tartar. pukul lagi sehingga jadi meringue (terbalikkan x jatuh)
  5. Pukul kuning telur sehingga kembang.
  6. masuk kuning telur tadi ke dalam periuk yg mengandungi adunan cheese tadi. kacau slow2.
  7. Masuk tepung sikit-sikit dan kacau lagi hingga sebati.
  8. Masuk pula 1/3 meringue td. kacau secara kaup balik. bila dah rata masuk kan semua baki meringue td dan kacau secara berhemah secara kaup balik sehingga rata/sebati.
  9. Loyang dilapik dengan kertas minyak.
  10. GD sapukan tepi loyang dengan margerin kemudian taburkan dengan tepung jagung. 
  11. Kemudian tuang adunan kedalam loyang dan bakar selama 1 jam secara double boiler (alas air bawah loyang)
  12. Tapi GD masak sampai 1 jam  terus guna suhu 170 darjah tu.. (derhaka). kalau yg lelain nak ikut terpulang kalau hangus atau pe je jgn mare ye..
  13. Bila dah masak, GD cepat2 telangkupkan atas redai..


Pesanan penaja (mlong tipah)
DENGAN SUHU 170 'C~20 MINIT 
PAS TU TURUNKAN SUHU140'C~40 MINIT 


Kalau nak bubuh kaler2 cam ni, adunan dibahagi 2, kemudian bubuh le perasa kesukaan. GD bubuh perisa stoberi dan kaler dengan warna pink. masa tuang dlm loyang, buat selang seli mcm buat kek karamel tu. so, dpt le hasilnya begini. dah siap masak boleh letak jem stoberi atasnya kerana kek ni kurang manis.

So, kepada kawan2 nak mencuba silakan ye..

Wassallam.

No comments:

Post a Comment