Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Saturday, 12 April 2014

TAUHU TELUR GORENG



TAUHU TELUR GORENG

Sumber : Rakan2 FB 
Olahan semula : Gya Duniaku

Bahan- bahan :-
  • 4 keping tauhu *
  • 2 peket tauhu telur/jepun*
  • 2 sudu besar bawang goreng*
  • 2 biji telur*
  • Isi ayam / udang**


(*) Kisar halus
(**) kisar kasar/cincang


Bahan hiris (halus/cincang) :-

  • Daun sup
  • Daun bawang


Bahan lain :-
  • 3/4 peket kecil secukup rasa maggi 
  • 1 sdt lada sulah
  • 2 biji telur


Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan
  2. Campurkan semua bahan kecuali 2 biji telur dan kacau rata. 
  3. Tuang dalam loyang dan kukus lebih kurang 15 ke 20 minit.
  4. Biarkan sejuk dulu, kemudian baru potong.
  5. Potong2 kemudian celup dalam telur sebelum goreng. Kalau nak golek kat serbuk roti pun boleh sebelum goreng.
  6. Goreng  tak lama, bila dah kekuningan dan kembung boleh angkat, toskan dan makan.
  7. Cicah sos atau apa juga sos kegemaran masing-masing.


Selamat mencuba.. insyaallah sedap...