Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Thursday, 5 May 2011

Makanan Sunah

  Kesempunaan Rasullullah SAW sebagai kekasih Allah tiada tolok bandingnya. Selain menjaga kebersihan, Rasullullah SAW makan makanan seimbang, makan perlahan-lahan, sederhana dan berkongsi makan. Jom, kita lihat jenis dan khasiat makanan sunah Rasullullah SAW ini...

KURMA
    Setiap kali masuk waktu Duha, Rasullullah SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa' untuk menghindari keracunan. Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasullah SAW ketika perang Khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat-zat terkandung dalam kurma. Oleh sebab itu, Rasullah SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin.

Khasiat dan kelebihan kurma :
  • Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat."
  • Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)." 
  • Abu Abdillah a.s. berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan sihir." 
  • Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. berkata: "Sesiapa memakan tujuh biji buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada diperutnya akan mati."
  • Sayidina Ali r.a. meriwayatkan: "Sesiapa yang memakan tujuh biji buah tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya."      
KISMIS
    Kismis adalah buah angggur yang telah dikeringkan terlebih dahulu. Kismis membekalkan vitamin dan mineral yang penting kepada tubuh badan seperti zat besi, potasium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 serta B6 untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan seluruh badan.
    Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen antioksidan (antipenuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera.

Khasiat dan kelebihan kismis :
  • Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan ditimpa penyakit kecuali kematian."
  • Nabi Muhammad SAW bersabda: " Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih."
  • Imam Ali a.s. berkata: "Sesiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi."
  • Imam Ali a.s. berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa.
MADU
    Madu  kaya dengan gula, sedikit air, vitamin dan mineral penting untuk kesihatan. Selepas subuh, Rasullah SAW memulakan sarapannya dengan segelas air dicampur sesudu madu asli. Jika dilihat dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyenbuhkan sembelit dan peradangan. 

Khasiat dan kelebihan madu :
  • Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu."
  • Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana ia dapat konsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada."
  • Dari Imam Ali a.s.: "Madu adalah ubat segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menhilangkan lendir dan membersihkan hati.
  • Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s.: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran."



Sumber: Tiru Nabi oleh: Mohd Syafiq Asuh April 2011

    No comments:

    Post a Comment