Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Tuesday, 24 September 2013

Butterfly Rainbow Cupcakes


Assalamualaikum... 

Mari kita cerita ceriti lagi pasal rainbow... nmpknya musim rainbow sudah mari di rumah GD...

Tapi tetap tayangan tertunda... semua pun project minggu lepas..

Minggu ni belum buat project apa pun lagi... tengah skodeng mana2 yang patut..

tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...


so, kita layan dulu Butterfly Rainbow Cupcakes resepi dari blog kak Azlita yang sangat awesome tu... kak, macam biasa GD mintak halal ilmunya juga izin dikongsi semula di blog GD yg x seberapa ni yer..


BUTTERFLY RAINBOW CUPCAKES
Resepi asal dari RAINBOW CAKE
By : Whisk Kid
The Martha Stewardt Show, April 2010
Rujukan GD : azlitamasammanis

Bahan-bahan:-

  • 11/2 cwn tepung gandum
  • 2 sdk baking powder
  • Secubit garam garam
  • 1/2  cwn butter ~ suhu bilik
  • 3/4 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
  • 3 biji putih telor ~ suhu bilik ( saiz B)
  • 1sdk esen vanila
  • 3/4 cawan susu segar ~ suhu bilik

Cara-cara:-

  1. Panaskan oven pada suhu 170 C
  2. Sediakan paper cup putih secukupnya dan susun dalam muffin tray
  3. Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
  4. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
  5. Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
  6. Masukkan esen vanila
  7. Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
  8. Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga. maksudnya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
Tompokkan setompok setompok warna berlainan warna dan berselang seli dalam paper cup
Buat hingga semua adunan habis
* untuk mudah masukkan adunan dalam plastik bag atau pipping bag
Gunakan lidi bersih dan buatkan satu putaran pada permukaan kek

Bakar dalam oven selama 25 minit atau sehingga kek masak sempurna.

Cara membuat rama-rama
Potong permukaan cupcake dengan pisau
Permukaan kek yang dah di potong tu kita potong pula pada 2 bahagian ~ rujuk gambar di atas
Paipkan cream atau buttercream atas permukaan kek yang telah di potong
Kemudian susunkan permukaan kek untuk membentuk rama-rama
Letakkan manik sebagai badan rerama


ok... selamat mencuba ye kalian semua....