Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Wednesday, 25 April 2012

Bingka Ubi


Bingka Ubi

Resepi - Bingka Ubi Kayu
Sumber :  My Resepi kak fiza

Bahan-bahan
  • 2 kilo ubi kayu kuning @ putih.
  • 2 1/2 cawan gula pasir
  • 4 1/2 cawan santan pekat
  • 1 sudu teh garam
  • sagu dari ubi kayu (sy x guna)
  • 1 biji telor (sy tambah sendiri)

Cara-cara

  1. ubi kayu dibuang kulit dan dibersihkan.
  2. kemudian sagat ubi dgn sagat kelapa. (saya mesin je ngan mesin kelapa)
  3. setelah habis sagat perah ubi dgn kain bersih utk mengeluarkan airnya.(saya x perah sebab tgk dah x de airnya) - derhaka... 
  4. kemudian campur ubi kayu,telor,gula,garam dan santan.gaul hingga sebati.
  5. tuang adunan dlm acuan yg telah disapu dgn minyak kelapa @ butter.
  6. bakar dlm oven 180C selama 11/2 jam @ sehingga masak. (saya bakar guna acuan bingka dan bakar atas dapur gas)..
So, selamat mencuba....muaaahhh...