Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Thursday, 12 July 2012

Apam Ice Cream Cornetto

Assalamualaikum.....






Tu dia mai dah....cantik tak??? cantikkan....sape lagi nak puji kalau tak diri sendiri...
kejadian ni alkisahnya masa tgk kat wall FB kak Azlita masam manis puhhhh...mengancam habis..
pe lagi memang rasa nak buat tu memang membuak2 jam tu jugak...

Tabik spring le kat kat ita sebab kreatif memang superb. 

jes nak kongsi jugak resepinya disini...x leh nak lawan tokey....dan yg pasti hasil ni pun x semarbeless kak ita punya...x pe arr..cobaannnnn....



Apam Ice Cream Cornetto

Sumber : Kak Azlita Masam Manis dikongsikan oleh mamafami


3 cawan tepung gandum ~ diayak
4 biji telur
2 cawan gula kastor 
3/4 cawan air ice cream soda
1 sudu teh perasa rose ~ saya x guna..sebab x ada..
Pewarna
Kon kertas secukupnya
Coklat masakan gelap secukupnya ~ dihiris halus
Kekacang/ coklat rice / coklat cip atau manik bewarna ...saya guna badam cincang..

Pukul telur dan gula hingga, putih, kembang gebu dan ringan ~ anggaran 5-7 minit
* tambahkan 1 sudu teh ovallate jika nakkan adunan apam yang lembut  
Masukkan tepung yang dah di ayak kan kaup balik hingga rata.
Tambahkan air aiskrim soda dan gaul rata.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dalam mangkuk berasingan
Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka.
gaul hingga adunan, pewarna dan perasa bergaul sebati

so, ini adalah resepi untuk adunan nya aje..untuk buat kon dan cara2 nak susun kon dlm kukusan tu boleh le tengok kat rumah kak Ita  sebab saya x sempat nak snap aritu sebab nak cepat sangat....

masa saya buat apam ni, kon x berapa nak cukup. then balance adunan banyak lagi...oleh yang demikian terjadilah apam yg ni pulak...bolehla kan!...sebabnya nak balas tupperware dari boss en hubby aritu....



Cantik tak???? cantikkkkk....tq

heheheh...sampai jumpa lagi...wassallam...