Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Friday, 29 June 2012

White Coffee Chocolate Muffin


Assalamualaikum n Salam sejahtera…


Harap2 semua sihat belaka..dlm cuaca yg x menetu ni semua penyakit terutama 3 beradik tu mudah sangat menyerang…mende ape 3 beradik???...alah..demam, batuk dan selsema…bila diri kita ni terdedah dgn cuaca luar rumah yg x menentu ni, mulalah rasa macam2…sakit kepala pun x segan2 menyapa….kesimpulannya, marilah kita bersama2 menjaga kesihatan diri kita…sebab kalau ibu2 demam alamat kurang le berasap kat dapur…hmmm..bukan x berasap lansung…tapi kurang je..di ulang…kurang berasap je..sebab….bila para suri x sihat, keje tetap kena jalan juga walau larat x larat ….sape setuju angkat tangan yer….hehehhh

Hari ni nak citer pasal muffin…yg dah kali ke3 buatnya…ambik resepi kat facebook AYU JALINAN RASA…macam menarik je…tambahan lagi semua bahan memang dah ada…lagi menarik minat nak try….nama muffin tu Milo Coklat Muffin (yg diberi nama oleh ayu). Ayu lak ambik resepi tu dari Yani@My Resepi…hahahahh..kira siap bin dan binti lah tu…x kisah lah..harap mereka x kisah aku memanjangkan lagi resepi diorang dlm blog aku ni…

Kebetulan pulak adinda ada kat umah…maknanya perlukan kudapan saat dok depan tv or time2 dia nak berangan…maklum le dara sunti gitu….memula puas gak mikir, apa nak buat yer…alih2 buat mende yg senang sudah…tambahan lagi last week dah beli mixer baru…so, lagi senang keje den…yg lama …dok diam2 kat tepi yer..bukan x mo pakai dah..tapi dah memang nazak tunggu time je…kejap2 padam…memang potong stim betul…so, ngah tunggu nak pos ke muzium je tuh…hahahahha..sian kan..sebab memang dah follow pepatah dah ada gading bertuah, tanduk x berguna lagi…hehehh..byk jasa tu….

So, ni le rupa muffin aku…comel tak??? Comel kan!!!..versi pes aku bubuh coklat rice atasnya..second lak aku bubuh coklat masak yg diparut..dan yang latest x bubuh ape2…agak malas disitu…heheehhe..sedap gak…orait ape…





Muffin ni aku dah olah sikit…kalau ayu guna milo, aku guna instant white coffee jenama power root..second time tu aku guna instant nescafe jenama tesco kalau x silap, wat untuk bawa balik kampung dan yg latest aku guna follow pes time …(instant white coffee la tu)..heheheh…Cuma tukar gulanya dari gula halus/kastor ke brown sugar pulak…dan se lagi aku tambahkan dengan badam cincang yg selalu letak kat almond london tuh..saje nak test…nampaknya….sume pun sedap…yg penting ahli2 dlm rumah ni suka makan memang dah buat hati den sangat senang….


Resepi : Instant White Coffee Chocolate Muffin (mat salleh gitu)
Resepi asal : Milo Coklat Muffin
Sumber : Yani@My Resepi

Bahan-bahan:-

  • 2 sudu besar instant coffee / milo (white coffee)
  • 70 ml susu
  • segar (susu tepung bancuh dgn air dan jadikan 70ml juga)
  • 50 gm butter (margarine)
  • 50 gm gula halus (80gm brown sugar)
  • 1 biji telur
  • 150 gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • 65 gm milk chocolate (cooking chocolate)
  • 2 sudu besar badam cincang (yg ni aku tambah sendiri masa wat kali ke3)

Psssttt……Yang dalam kurungan (  ) adalah bahan yg aku guna…

Cara-cara :-

  1. Potong milk chocolate kecil-kecil. Tapi aku parut je…Ketepikan..
  2. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan..
  3. Campurkan instant coffee @ milo dengan susu untuk buat coffee milk dan ketepikan..
  4. Panaskan oven sehingga 180°C selama 15 minit..
  5. Sementara tu, pukul butter sehingga lembut. Masukkan gula dan pukul sehingga putih.
  6. Tambah telur sikit demi sedikit sambil dipukul.
  7. Kemudian masukkan tepung yg telah diayak tadi sedikit demi sedikit berselang seli dengan coffee   milk tadi.
  8. Lepastu masukkan coklat yg telah dipotong/parut.
  9. Akhir sekali masuk badam cincang tadi. Kacau biar bercampur rata.
  10. Isikan bekas muffin dengan 3/4 penuh. Bakar selama 25 minit dengan suhu 180°C.

Senang kan…..selamat mencuba yer teman2….x rugi pun…
Akhir kata wassallam..muaahhhh..