Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Tuesday, 9 October 2012

Makaroni Goreng Ala-ala jer....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pepagi hari ni GD nak masukkan entry pasal makaroni goreng yg GD goreng minggu lepas. sebenarnya dah lama nak goreng atas permintaan Miss Gya aka my dot. konon2nya nak mkn sebab masa musim raya Miss Gya pegi beraya umah n de gang dia dan salah sebuah rumah tu sajikan makaroni goreng yg sedap. GD pulak x pernah lansung menggoreng segala jenis pasta ni. yg tau nya wat spaggeti je..
Oleh yg demikian setelah digoogle jumpalah kat Dapur CMG yg juga telah menderhakai resepi asal dari mamafami dan boleh lah diubahsuai sikit GD. harap tuan punya resepi x marah dengan GD dan minta izin share kat sini yer...


Makaroni Goreng

Sumber : CMG
Olahan : GD menggunakan fon warna merah 

BAHAN-BAHANNYA:
150 gram makaroni yang belum direbus
1 keping daging burger, dihancurkan 5 btg sosej
15 pokok daun kuchai, hiris kasar 1 biji cili benggala hijau
1 biji bawang besar, dadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
1 1/2 camca besar sos tomato
1 camca teh jintan manis, tumbuk hancur (mat guna serbuk) x guna
1 cawan air sedikit je sebab x guna daging
Garam secukup rasa
Cili merah, dibuang biji dan didadu kecil x bubuh
1 biji telur

CARA MEMBUATNYA :
Rebus makaroni dalam air mendidih bergaram hingga lembut, toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, tambah cili kisar, Masukkan sosej dan kacau rata.
Tambah sos cili, sos tiram dan sos tomato. Juga x lupa cili benggala yg telah di bakar dan kupas kulitnya. Kacau rata dan bubuh sedikit air. Pecahkan telur dan kacau lagi. Masukkan makaroni dan gaul. Tambah garam secukup rasa. Ok, boleh matikan api. 



Selamat mencuba.... pssstttt... ada ke patut Miss Gya kata rasanya x sama mcm makan kat umah kawan dia...hmmmm sabar jelah. memang le tak sama sebab mana GD tau ibu kawan dia guna resepi apa.. tak pe nanti GD suh Miss Gya minta resepi kat ibu kawan dia pulak... 

Ok babai, sampai jumpa lagi...