Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Thursday, 11 October 2012

Red Velvet Cake

Assalamualaikum


Jom makan kek..... kisahnya teringin nak makan sebab rata-rata teman post kisah RVC yang agak hangat dipasaran. Bukan apa, GD nak beli terasa jugakle kemahalannya sedangkan yang nak makan GD sorang je...  ohhhh..wugi banget mahei-mahei...

Makanya, sebagai kongklusen nyer, meh GD try n error sendiri... harap2 menjadi.. tapi sebelum tu, hasilnya seperti gambar di atas.. memang fail dlm mendeko2 ni... huhuhu...saya mak budak yg baru belajar.. ampun kan saya...

Memula, GD pun jalan2 makan angin pi terjah dapur kak Rossa, peh tu pegi pulak dapur Irma pehtu , bape banyak pehtu daaaa... pehtu, lagi ...hahahah dapur Syerah omar.

lepas GD dah khatam ketiga2 cara tuan punya blog2 tersebut, ternyata, sama  hahahah memang le sama sebab asalnya dari yg sama. Akhirnya GD pun dengan rasa rendah diri mohon untuk GD sharekan atau memanjangkan lagi sharing2 kita dialam maya ni.. GD pohon ampun dan maaf juga sebab GD kopipes je dari blog Irma ni... kes maleh nak type... Irma jgn mare yer.. nanti kena jual..

Bahan untuk resepi RED VELVET CAKE
Tempat rujukan : Kak Rossa, Irma dan Syirah
Kopipes dari : Irma

Font biru je dr GD...

Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah

Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.


GD guna pilihan kedua

Bahan C -

113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D -

1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda

Topping - Cream Cheese Frosting.

227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream

Jom buat kek.

Pertama... baca bismillah dan selawat ke atas Nabi SAW. Moga Allah bagi kek yang kita buat jadi sedap.

Pukul butter selama dua atau tiga minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. Kalau tak sempat nak dedahkan butter. Potong butter dalam bentuk kiub kecil-kecil untuk mudahkan butter kembang dengan cepat. Kalau dalam masa dua atau tiga minit masih belum kembang. Tambah seminit lagi.

Seterusnya. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih. Jangan pulak terlebih-lebih. Setakat satu minit atau beberapa saat cukuplah. Nanti nak pukul lagi. Sian dia nanti. Berbirat badan kena pukul. ~Cubit kang~

Masukkan telur satu persatu. Cenggini. Pecahkan telur sebiji. Pukul dalam masa 2 minit. Kemudian pecahkan satu biji lagi. Pukul lagi dalam masa tiga minit.

Bila memukul bahan-bahan di atas, saya yakin dinding-dinding mangkuk tu mesti bersepah dengan adunan yang memercik merata-rata. Kaupkan dengan menggunakan spatula. Biar mereka duduk sebati di tengah mangkuk.

Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.

Bahagian yang penting. Sila baca dengan lebih serius. Arahan ni. Jangan main-main. Sambil buat muka comel. Ewah.

Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan.

Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.

Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci sebanyak dua bekas. Kalau takda bekas 9 inci pun tak apa. Guna aje loyang yang ada. Kalau loyang besar, gunakan satu. Nanti anda kena memberanikan diri untuk memotong kek kepada dua atau tiga lapisan.

Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius. Mula-mula saya gunakan suhu 175' C. Selepas 20 minit, saya rendahkan suhu kepada 165'C. Kaedah ini hanya boleh dicuba sekiranya korang kenal oven sendiri. Oven ni saya rasa (pandai-pandai agak je.) panas sangat. Tu yang saya dengan beraninya menderhaka menurunkan suhu. Ampun ya chekgu.

GD bakar dekat 40 minit... sebab oven GD memang x supe org lain punya

Selepas menutup suhu oven, saya biarkan kek selama 15 minit dalam oven. Ini dek kerana terikut-ikut dengan kaedah membakar ciskek. Abaikan pun tak apa.

Disebabkan saya tak sabar. Gopoh. Nak cepat tengok hasil. Tak sampai satu jam saya dah keluarkan kek dari bekas. Gigih sangat. Hasilnya kek saya sedikit hodoh dan tuannya mula cuak takut pecah berderai. Tahu pun takut.

Dah tu, saya biarkan kek tu sejuk sambil membuat topping cream cheese.

Cara-cara membuat Topping Cream Cheese.

Sebaiknya dedahkan cream cheese pada suhu bilik untuk memudahkan kerja bila nak pukul nanti. Biasalah, saya ni kadang-kadang TERlupa. Belasah ja keluarkan cream cheese dari peti ais. Tak nyempat-nyempat la tu.

Pukul cream cheese dengan mascarpone sehingga keduanya kembang. Agak-agak dalam 5 minit.

Kemudian tambahkan esen vanilla dan gula ising. Putar lagi sampai mereka sebati.

Akhir sekali masukkan whipped cream dan putar selama dua minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.

Sekiranya adunan kelihatan cair. Boleh masukkan sekejap dalam peti ais untuk memudahkan kerja-kerja menghias.

Sumpah tak tipu. Gabungan semua bahan ni memang sangat-sangat sedap. Ntah berapa kali saya mencuba sampai tak boleh berhenti.

huhuhuh.... sumpah GD x berapa pandai dlm kes mendeko-deko ni.. sangat lemah.... siyes giler memang GD jeles ngan tangan dan jari-jemari teman-teman yg terror tu. maka hasilnya seperti gambar diatas jelah yg dapat GD persembahkan. Tapi siyes lah.. sedap jugak rupanya kek ni...

Ya ampun.. len kali GD wat lebih baik lagi... Insyaallah...

salam ceria dan jumpa lagi....




9 comments:

  1. Ermmm...terpesona tgk bahagian dalam kek ni bila dipotong.. Ooooo...cream cheese tu guna resepi dari Joy of baking ye.. Ermm..Kita pun suka resepi cream cheese ni.. tak cepat cair..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha.. ye lah.. sebab GD follow diorang dan diorang pun refer kat joy of baking... tq sebab terpesona. tapi hasil GD x semarbeless naz...heheheh

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. bile tgk rvc ni...teringin pula utk mbuatnya lg...dlu QH penah buat tp versi cc...

    ReplyDelete
  4. GD.. 'jual' sy dkt lelaki soleh..1000 kali sy sudi.. hehee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah... amboiiii... halal yer GD kopipes..

      Delete
  5. As'salam GD

    terima kasih meninggalkan jejak di DDCT. k.ct memang suka RVC ni makan tak rasa jemu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm k ct..

      sama2... GD masih umpama budak baru belajar.. rasa merangkak2 je baru.. percubaan pertama Alhamdulillah.

      Delete