Lama sungguh GD x posting something tentang masakan... memang lama betul diri ni melayan jiwang de qaratssss yg di create sendiri.... terasa muda diri ni sekejab... semua tu kerana sebok melayan citer2 drama tv then sambung pulak sambil menyambil selit selitan seround dua round sampai beround-round layan novel2 yg dah lama campur yang baru beli... puhhhh... x berapa berasap dapur GD akhirnya... apa ke idaknya, en hubby x dan nak bawa p pesta buku sebab sebok, GD pulak dah makin upgrade sebab dah pandai beli2 online.. so, x de masalah disitu janji akaun bank GD ada isi kan!!!!... hahahahahhh...
So, untuk hari ni kita layan je lah dulu chocolate brownies marble cheese cake dulu ye..
Chocolate Brownies Marble Cheese Cake
Bahan2 brownies:
250 gm butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telor gred B
11/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
11/2 cwn tpg gandum
1tsp baking powder
1tsp soda bikarbonat
1tsp coklat emulco
Cairkan butter.masukkan koko dan kacau rata.
Handwisk gula dan telor.masukkan ke dlm adunan butter dan koko. kacau sebati.
Masukkan susu cair dan kacau lg.
Masukkan tpg gandum+BP+SB sedikit demi sedikit sambil kacau sebati.akhir sekali masukkan coklat emulco dan kacau rata.
Panaskan oven suhu 175 darjah C. Jangan lupa alas loyang dgn kertas minyak
Tuang adunan brownies ke dlm loyang dan ratakan.Tinggalkan sedikit utk membuat marble diatas lapisan cheese nanti.
Bakar selama 20 minit api atas bwh.
Bahan2 Lapisan Cheese
250gm cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telor
Cara2nya:
Pukul cream cheese hingga gebu.
Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan telor dan pukul lagi hingga sebati.
*selepas 20 minit keluarkan brownies dari oven.tuangkan adunan cheese dan ratakan. paip baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan corak ikut kreativiti.
Masukkan semula ke dlm oven dan bakar 15 minit lagi atau sehingga cheese masak.
Biarkan sejuk sebelum dipotong
kek ni dah pernah enterprem suatu waktu dulu.. tapi hari ni GD nak masuk kan jugak sekali lagi... so jgn marah ye kengkawan sebab ulang tayang aje ni... lega juga hari ni siap membaking ditghari buta siap masak untuk mkn tgahari untuk GD sekeluarga...
No comments:
Post a Comment