Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Tuesday 23 July 2013

Tart Nenas Gulung




Assalamualaikum semua teman tersayang... tu dia kemain besar tart GD as pembuka bicara...

dan

yang paling GD rasa teruja dari malam td nak share ngan semua kawan2 alam maya bahawa telah terpecah record blog GD bermula saat ini kerana inilah kukis pertama yg enteprem diblog suam-suam kuku tersayang GD semenjak reti berbelog ni...

Huhhhhhhh.... tabik kat diri sendiri juga kerana telah sekian lama menjadi pengunjung setia kedai2, bazaar2 ataupun pemborong kukis.. tahun ini GD upgrade lagi.. bukan upgrade kut tapi renew lah yang tepat setelah sekian lama ibarat roadtax keta yg telah tamat tempoh.. puhhhh 6 tahun kotttt... lama tu..



ini semua adalah angkara group masakan yg asyik2 tayang tart.. tergoda sgt jadinya... dan lagi yg best GD x guna jem nenas instant tau... semua made by my self... tabik lagi... 

Resepi yang GD guna dari Yati dan dia pulak rujuk dari KNor dan buat mereka berdua, GD minta izin sharekan semula di sini ye... mintak halal resepinya.. ternyata memang wallahhh...



TART NENAS GULUNG
Sumber : Yatiememories

Bahan- Bahan :-
  • 250 gm butter
  • 2 sudu besar gula castor
  • 2 sudu besar minyak sapi (k.nor guna windmill geeblend)
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • secubit garam
  • 3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung


jem nenas secukupnya ~ digentel bulat2 (kecik sket dr guli)

Cara-cara:- 
  1. Ayak ke tiga2 tepung.
  2. Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
  3. Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
  4. Pukul lagi hingga sebati.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
  6. Perap sebentar (arahan tuan resipi asal ya..) supaya doh mesra.
  7. Utk wat tart gulung ~ buat la cam biasa ya.. (dr start picit doh kat acu tart tu, letak inti yg digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )
Hiasan:-
  • 1biji kuning telur
  • 1 titik pewarna kuning
  • 1 sudu air
Cara:-
Bancuh ketiga2 bahan ni hingga sebati.

Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C. GD bakar dlm 25 minit.
Angkat dan sejukkan atas redai/rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.





No comments:

Post a Comment