Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Thursday 12 December 2013

Kuih Cucur Jawa aka Mexican Hat


Kuir Cucur Jawa aka Mexican Hat
Sumber : Open Minda

Bahan-bahannya:-
GD kurangkan sukatan menjadi 1 cawan aje sebab famili x ramai..
  • 1 mangkuk tepung beras 
  • 1 mangkuk tepung gandum
  • 1 mangkuk gula merah
  • 1 mangkuk air (saya tambah lagi 1/4 cawan air)
  • sedikit garam
Cara-cara membuatnya:-
  1. Masak gula merah dan air sehingga gula hancur. Tapis dan biarkan sejuk sedikit. (Yg ni GD derhaka sebab termasuk kesemuanya dan kacau je terus. Ampun tuan punya resepiyer)
  2. Masukkan semua tepung dan garam dalam bekas dan tuang air gula tadi sedikit demi sedikit sehingga sebati. Tambah air jika terasa bancuhan pekat. Kacau dengan whisk tangan dan pukul sedikit sehingga ia nampak berbuih buih sikit.
  3. Perapkan selama minima 4 jam atau yang paling bagus, bancuh malam dan buat pagi esoknya.
  4. Panaskan kuali (jangan guna kuali leper, ia harus kuali yang melengkung) dengan api sederhana sehingga betul-betul panas, tuangkan sesenduk bancuhan dan tunggu sehingga bahagian sudah masak baru di terbalikkan. Guna minyak sebanyak 3/4 cawan sahaja. Bila minyak berkurangan, tambah sikit lagi.
  5. pastikan anda tos betul-betul kuih ini supaya ia tidak terlalu berminyak. Guna tisu masakan supaya lebihan minyak diserap.


Pesanan penaja : Open Minda

Kuih cucur jawa kira menjadi jika bibir kuih ini tebal.
    Kuih nie tak berapa manis sangat sebab saya guna 100% gula merah tapi anda boleh guna 1/2 mangkuk gula merah dan 1/2 mangkuk gula putih. Terpulang kepada anda. Mak saya kata kalau guna gula putih, kuih nie akan jadi lebih rangup.

    Jenis tepung beras yang digunakan mempengaruhi kelembutan kuih ini. Saya guna tepung beras cap 3 gajah sebab tu kuih nie kurang lembut sikit. Jenis tepung beras juga mempengaruhi jumlah air yang digunakan....so saya tambah lagi 1/4 cawan air sebab saya guna tepung beras cap 3 gajah.

    No comments:

    Post a Comment