Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Monday 30 December 2013

Kuih Koci Labu





Kuih Koci Labu
sumber rujukan : blog bilachahkedapur.
Olahan : Gya DuniaKu

Bahan-bahan inti:

  • 2 biji kelapa agak muda (putih je parut)
  • 50 sen gula merah
  • 1 cawan gula pasir (ikut tahap manis yg kita suka)
  • sedikit air
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara:

  1. Masak gula merah dengan air.
  2. Masukkan daun pandan.
  3. Masukkan kelapa dan masak dengan api perlahan hingga kelapa agak kering dan melekit. Masukkan gula pasir jika masih kurang manis.
  4. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata. Masak hingga agak kering. Sejukkan.



Untuk kuih:
  • 1/2 biji buah labu yang telah direbus dan dilenyek
  • 1 peket tepung pulut
  • Sedikit garam halus
  • sedikit air suam

Cara-cara:
Campurkan semua bahan dan jadikan doh yang sekata. Adunan akan melekat sedikit pada tangan. Tidak perlu tambah tepung kerana ini akan menghasilkan kuih yang lembut dan tidak liat. kemudian boleh le ambil sikit bulat2kan dan isi inti td sama seperti buat koci biasa tu..

p/s : nak sedap lagi buh santan mcm koci pulut hitam. tapi yg ni nak cepat so yg begini aje ye..




No comments:

Post a Comment