Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Friday, 7 December 2012

Apam Strawberry lagi... jangan jemu yer...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sedar tak sedar, rupanya dah hampir sebulan anak2 bercuti. Kemana agaknya lokasi teman2 GD membawa anak2 yer.. Miss Gya pun selalu merungut sebab GD n En hubby masih belum bawa dia kemana2. Kekangan waktu yang menjadi masalah sebenarnya untuk GD bawa anak makan angin disamping yg paling utama adalah alfulusnya..heheheh diulang adalah AlFulusnya….


Tambahan lagi time2 nak mula sesi persekolahan yang baru nilah time yang paling banyak nak pakai duit. Mana nak beli kasut, uniform, beg dan  buku2 sekolah juga. Semuapun dah mahal. Kalau x dibeli, macam mana pulakan!!!!.. sebabnya semua tu adalah keperluan yg wajib.


Walaupun GD Cuma ada seorang je yg memerlukan keperluan semua tu, tapi tetap GD kena berjimat cermat. Jangan kita ajar anak2 membazir. Beli mana yang perlu. GD Cuma perlu tambah serba sedikit dan nampaknya Miss Gya sangat2 memahami. Buat masa sekarang, kalau bab kasut sekolah, dia tidak terlalu demand sehingga meminta2 brand tertentu.. Alhamdulillah.. terima kasih anakku kerana amat2 memahami poket ayahmu… hahhahahaha… akan datang tak taulah…


So, dimusim cuti sekolah ni jugaklah rezeki agak murah.. permintaan terhadap Apam Strawberry ni agak meningkat.. mungkin masa2 nilah ada yang buat kenduri berkhatan atau kenduri kahwin.. Syukur Alhamdulillah.. berbanyak terima kasih GD ucapkan kepada mereka.. terima kasih daun keladi, lain kali please… order lagi…



Juga x lupa buat insan2 yg tersayang ni kerana sanggup bersengkang mata menolong GD setiap kali menyiapkan tempahan sehingga tengah malam atau kekadang seawal jam 5 pagi…………. TQ sangat2.. I love u all….



Untuk resepi Apam Strawberry@Polkadot ni, nampaknya resepi dari blog MAMAFAMI sumber MAJALAH RASA nilah yang menjadi pilihan hati GD… sekalung tahniah buat mereka dan minta halal resepinya…


GD kongsikan sekali lagi.. kalau ada yg jemu menatapnya, GD minta maaf banyak2. sebab entry ni adalah juga bertujuan untuk rujukan GD dimasa2 akan datang... maaf sekali lagi sebab selalu ulang tayang...

Apam Strawberry/bluberry @ Apam Polkadot
Sumber : Blog MAMAFAMI
Dalam kurungan adalah sukatan yg GD gunakan

Bahan-bahan:-
  • 140 gm tepung gandum (280gm)
  • 1 1/2 sudu teh baking powder - diayak sekali bersama tepung gandum (3sdt)
  • 110 gm gula halus (200gm)
  • 75 ml susu segar atau susu cair (150ml)
  • 2 biji telur (4 biji) 
  • 1 sudu kecil ovelette (2sdt)
  • 1/2 sudu esen vanilla / perisa strawberi (1sdt perisa strawberry)
  • Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing (jem strawberry)
  • Sedikit perwarna hijau - untuk daun
  • Sedikit pewarna merah - untuk strawberi
  • Sedikit pewarna putih - untuk biji strawberi (warna asal je)

Langkah-langkahnya:
  1. Pukul telur  dan gula halus sehingga kembang 
  2. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselang selikan dengan susu segar
  3. Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
  5. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
  6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
  7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
  8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
  9. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Nota:  
Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
Antara rahsia apam anda gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati

Semoga kita semua mendapat manfaat kerana perkongsian ini...

Salam ceria...







No comments:

Post a Comment