Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Thursday, 6 December 2012

Ketam Lemak Cili Api


Assalamualaikum semua teman...

Hari ni GD ditugaskan oleh en hubby agar renew roadtax dan insuran kereta yang dah hampir tamat tempohnya. Ikutkan hati malas nak keluar sorang2. Tapi apakan daya kerana dah tugas terpaksa juga GD merempit pagi2 ke bank. Ingat tahun ni nak tukar agen insuran. En hubby pun serahkan je semua keputusan kat GD nak pilih yang mana satu. Ada ke patut!!!.. sabar jelah kan..Fikir punya fikir akhirnya ETIQA TAKAFUL juga yg menjadi pilihan hati. Dulu masa kereta lama GD pernah claim insuran cermin melalui etiqa dan baru2 ni GD ada masalah pembayaran melalui Maybank2U untuk pembayaran etiqa juga. Dengan dua situasi tersebut, GD amat2 berpuas hati dengan mutu layanan juga kecekapan serta ambil berat mereka terhadap customer amat tinggi. Alhamdulillah kerana mereka melayan GD amat baik dan mesra sama ada melalui kaunter atau telefon sekali pun. Terima ksih sekali lagi..

Maka dengan rasa penuh yakin GD pun masuk ke Maybank atas urusan tersebut sekaligus sambil menyambil GD tukar kad Maybank GD yg zaman kuno dulu warna biru bergambar menara maybank. Kad tersebut dikeluarkan sebelum kad ATM yg berwarna kuning.. lama tak??? Lama kan!!!...
Okey semua urusan bank untuk tahun 2012 dah settle… tinggal persiapan sekolah je serba sedikit. Oleh itu mari kita layan acara masak pulak setelah sekian lama GD x berapa berperang dengan periuk belanga. Kalau perang pun sikit2 je.. ala kadar.

So, harini special sikit. Macam pernah je baca baru2 ni kat blog Tiffinbiru CMG tu.. tapi GD masak ikut rasa hati sendiri je.. masak dengan penuh kasih sayang gitu….hahahahha

Taraaaaaa………… Ketam Lemak Cili Api jeeeee…


Ketam Lemak Cili Api
Sumber : GD sendiri

Bahan-bahan :
  • 4 ekor ketam dibersihkan dan potong 2
  • 11 tangkai cili api
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 cawan santan
  • 1 biji tomato belah 4
  • 1 batang serai dititik/ ketuk
  • 1 helai daun kunyit

Cara-cara :
  1. Tumbuk cili dan kunyit. Kemudian masak atas api bersama sedikit santan dan serai dalam 2 minit.
  2. Selepas itu, baru masuk semua lebihan santan sambil dikacau perlahan.
  3. Bila agak mendidih sikit je tau, jgn sampai pecah minyak baru masukkan ketam. kacau lagi.
  4. Bila ketam dah hampir masak, jgn lupa perasakan dengan garam.. GD bubuh gula sikit je.. kalau x mo terserah...
  5. dan jgn lupa tomato dan daun kunyit.. dah layu tutup api.. sedia dihidang dengan nasi...


Selamat memasak yer teman2...


2 comments:

  1. Salam perkenalan GD...
    mmg menu yg mudah....dan meyelerakan..:)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan juga...
      yup memang mudah dan x banyak bahan...

      Delete