Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Saturday, 13 April 2013

BANANA CHOCOLATE RICE CAKE



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua teman yang GD sayangi...

Ni adalah resepi kek pisang yg GD google dari blog Kak Azlita Masam Manis.. 
Haritu jiran GD ada bg kek pisang dan katanya follow resepi kak ita dan kebetulan pisang yang bawa dari kg minggu lepas memang dah masak apa lagi GD cuba try test je lah..

Nak buat bukan sikit.. sebab tgk kak ita buat kecik je sebiji jadi ambik keputusan nak buat dua adunan terus dan bakar sekali je dlm oven tu menggunakan loyang 8 X 8 X 3... wah... dengan lafaz Bismillah dan penuh ikhlas serta penuh kasih sayang dari hati yang paling dalam, GD memulakan langkah step by step hingga sampai detik menunggu kek masak... boleh sembang2 dulu dengan ahli mesyuarat tingkap di luar pagar...
siap terbayang inilah juadah buah tangan nak balik kg mlm karang...

Akhirnya masa yg ditunggu... tarraaaa..kek ku dah masak...

Sekaliiiii, toleh x toleh lain dah....uwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Gula separuh lagi masih dlm pengisar..... ape cer??????????? kek dah kuar oven tunggu sejuk.. itu gula camane???????


Hadoiiii......... mengapa jadi begini.... inilah nasib ku.. 

faktor usia kata my sis.... "jgn risau, oleh kerana along masak dengan penuh kasih sayang dan ikhlas, kek itu akan jadi manis". Ayat penenang jiwa kengkonon... tualah dah ni yer... ohhhh....nasiblah labu.... jom kita makan kek tawar ni yer.. yg dalam piring dah siap potong ni khas untuk my sis yg cuti sem dah bermula dan sampai sesubuh sapie tadi... nahhhh... hambik ko.. pe rasa????

Nasib ada manis2 sikit... Alhamdulillah


BANANA CHOCOLATE RICE CAKE
By : Amy Wong & KS Lee
Rujukan : Buku Lovely Butter Cakes
Dicuba Rasa dan  Terjemahan oleh : Ummi @ Home Sweet Home
Rujukan GD : Azlita Masam Manis

Bahan A
150 gm marjerin atau butter
150 gm gula kastor
3 biji telor
100 gm susu segar
100 gm pisang ranum yang dilecek (GD guna pisang emas)
1/2 sudu teh esen pisang ~ ita tambah (x letak)

Bahan B
200 gm tepung berprotein rendah , tepung kek atau tepung naik sendiri
30 gm chocolate rice ~ ita lebihkan 50 gm
1/4 sudu teh soda bikarbonat

Hiasan
2 biji pisang ~ dipotong nipis bulat ~ yg ni ita tak letak (GD pun x letak)
1/4 cawan hirisan badam ~ kak ummi tambah
~ ita guna kacang pistchio anda boleh guna juga apa kekacang yg di sukai. Letak bahan kekacang membuatkan kek ni lagi sedap dan rangup bila di gigit
(GD guna badam cincang sebab tu je yg ada)

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan loyang 8 X 3 X 3 inc
Alas baking paper dan griskan dengan butter

Pukul marjerin atau mentega dan gula hingga nampak keputihan.
Masukkan telor satu per satu ~ pastikan pukul telor hingga bercampur rata, baru dimasukkan yang berikutnya dan pukul hingga sebati.
Secara berselang seli, masukkan tepung (tepung dan soda ni campur dan ayak)  dan susu, adun rata.
Perlahan-lahan masukkan pula pisang lecek dan gaul sebati dengan spatula.
masukkan coklat rice dan gaul rata
Tuangkan ke dalam loyang saiz 8x3x3 inci yang telah digris dan dialas (kak ummi guna mangkuk Pyrex jek, so just gris mentega saja, x perlu alas)
GD buat dua adunan sekali sebab nak kek jd besar so guna loyang 8X8X3.
Ratakan adunan dan susun hirisan pisang di atasnya. ~ yg ni ita tak letak (X letak)
Taburkan kekacang di atas kek
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 40 minit/hingga masak.