Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Thursday 4 April 2013

Chocolate Moist Cake

Assalamualaikum semua teman2...

Alkisah GD harini adalah kerana rasa teringin nak makan....

So, buat le sikit. ape ke benda tu????

Ni dia Chocolate Moist Cake yang memang dah lama x buat...



Sebab apa x buat???? sebab GD cuma jual tepung ready made saja... kalau sesapa yg dah beli tepung ready made kat GD, sebesar inilah kek yang terhasil dari sebungkus tepung tu.. besar tak??? besar kan...heheheh

GD nak try resepi kek coklat dari Nuanza pula. dah lama simpan tapi belum sempat try test.. tu yg cuba tukar rasa pulak dari yang biasa GD buat..


Chocolate Moist Cake 
Sumber : resepi kek coklat nuanza



bahan A:

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko berkualiti tinggi (imported)
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang
2 sudu teh sudu teh baking powder (sudu kfc) GD guna sudu penyukat
1/2 sudu teh baking soda

(satukan semua bahan ke dalam besen yg agak besar, ketepikan)

bahan B:

1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
3 biji telur gred A - blender sampai berbuih

(satukan semua bahan b )

bahan C:

1 cawan air panas

cara:

masukkan bahan B ke dalam bahan A..
gaul sebati sampai hilang ketul2..

bila dh sebati, masukkan air panas
kacau sebati
boleh di tapis agar tiada ketul2 yg kelihatan pada kek nti

masukkan ke dalam loyang saiz 7/8 inci
(loyang di sapu minyak dan ayak tepung di permukaan loyang secara nipis)
atau gunakan kertas minyak

bakar selama 1 jam 10 mnt atau sehingga kek masak
aku guna suhu 160 darjah api atas dan bawah (tp kena ikut ragam oven memasing ye)
adunan boleh juga dikukus dgn api sederhana


GD kukus je...

utk toping:

1 bar coklat masakan- 250 gram- potong kecik2 (dadu)
2 sudu besar minyak masak
1/2 kotak kecil whipping cream

-panaskan whipping cream- kaedah double boiled
-alihkan dari dapur- masukkan coklat dan kacau sampai larut
-akhir, masukkan minyak (yg ni GD gunakan butter)

(kalau x dak whipping cream, gantikan je ngan 1/2 cawan susu cair)


No comments:

Post a Comment