Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Monday, 29 April 2013

Puding Laici Dangdut

 Assalamualaikum semua.... jom layankan resepi yg GD ambil dari blog Kak Ita dan GD kongsikan semula di blog GD yang x seberapa ni... sememangnya dah lama GD x buat puding atau agar-agar ni... bukan sibuk tapi asal nak buat selalu bertangguh...

Kebetulan haritu en hubby dapat hamper cabutan bertuah mesyuarat agung persatuan penduduk, jadi x payah tangguh lagilah... bukan lama sgt pun prosesnya... maka hasilnya...... jeng...je..jeng..


Dalam cuaca panas memang sangat sedap.. masuk mulut, pastu laju je meluncur ke anak tekak... sesudu...2 sudu.. 3 sudu... dan bersudu- sudu..akhirnya x perasan habis sebelah GD makan... mkn ke mengkedarah...pesanan penaja - harus makan sejuk2... wallah...


PUDING LAICI DANGDUT
By : Kak Hanieliza

Bahan-bahan:-
  • 10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa ( agar-agar tali 28 gm)
  • 2 liter air
  • 2 cawan gula 
  • 2 tin laici ~ asingkan air dan buahnya
  • 1 tin susu cair
  • sedikit sirap (GD tambah)

Cara-cara:-
  1. Masak agar-agar hingga mendidih.
  2. Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. Jika guna agar-agar biasa, ( tali)  tapis dulu.
  3. Masukkan air laici dan susu cair. GD blend separuh buah laici bersama airnya. Kacau rata.
  4. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  5. Kemudian sejukkan dalam fridge.
  6. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi. Boleh juga di makan bersama susu cair.




No comments:

Post a Comment