Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Wednesday, 8 January 2014

Jemput-jemput Bilis Air Didih



Jemput-jemput Bilis Air Didih
Sumber : Zalieda Zaliedana
Resepi asal : MaDiHaA a.k.a Ratna Husna


Bahan2

  • 600 gm tepong gandum
  • 1 biji bawang besar ~ didadu
  • Sedikit hirisan kubis (kalau suka) x bubuh sebab x de.
  • Segengam ikan bilis ~ dikopek & dikisar kering 
  • Garam secukup rasa (letak perencah nasi goreng ikan bilis seriaji)
  • Air panas mendidih secukupnya (mesti yang baru mendidih!)


Cara menyediakan

  1. Gaulkan tepong gandum bersama bawang dadu, hirisan kubis, ikan bilis kisar serta garam hingga rata.
  2. Bila tepong bergaul rata, tolakkan sedikit tepong ke tepi bekas/besen yang digunakan & buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepong. Tuangkan air panas sikit demi sedikit di tepi bekas yg 'dikosongkan' tadi. Gaulkan air panas & tepong dengan cara menggaul sedikit demi sedikit (jangan gaul kesemuanya nanti tepong tak masak). Bila tepong masak & pekat.. tolak ketepi & tuang lagi air panas didih sedikit & gaul lagi bahagian tepong yang belum bergaul. Buat portion by portion sehingga semua tepong bergaul dengan air panas. Keadaan tepong akan jadi seakan2 doh ye.. (kalau pernah buat laksa homemade.. lebih kurang begitulah kaedah menggaulnya)
  3. Panaskan minyak secukupnya. Basahkan sikit tangan anda dengan air bersih lalu jemput sedikit doh sambil dikepal2 & bulat2kan lalu gorenglah sebiji demi sebiji adunan/doh jemput2 tadi sehingga masak & agak garing. Untuk dapatkan gorengan yang cantik.. kena selalu balikkan jemput2 sehingga garing sekata.
  4. Angkat jemput2 & toskan & sedia untuk dihidangkan bersama sos kegemaran anda!


Selamat mencuba!