Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Wednesday, 7 March 2012

Kuih Pau inti Kelapa


Assalamualaikum n salam sejahtera..

Jes nak share resepi kuih pau. entah bile gambar ni ada dlm draf x hingat dah.. buat pun dah lama..

Kuih Pau...tapi yg ni belum kukus..dah kukus punya dah licin tanpa sempat berposing..
Kuih Pau
Sumber : Puan Ila

1 kg tepung gandum
1 peket mauripan
air untuk menguli
sedikit garam

Cara
  • Rendam mauripan dalam sedikit air dan biarkan seketika sampai hancur atau sebati.
  • Buat sedikit air garam
  • Tuangkan air mauripan tadi dlm besen yg mengandungi tepung. gaul mesra dengan tangan sampai mesra semesranya (berderai).
  • Tuang air garam dan uli sambil uli sambil tambah air sehingga sebati dan doh jadi sgt lembut.
  • Ketepikan dan rehatkan dlm 10 minit.
untuk inti kelapa

1 biji kelapa parut
gula merah
gula pasir
sedikit garam
air

cara : 

Campurkan kesemuanya dalam kuali dan kacau sampai agak kering.
sukatan adalah bergantung kepada deria rasa sendiri. sape yg suka manis bolehlah dilebihkan gulanya...angkat dan biar sejuk sekejap.

  1. Pastu ambik doh yg dah lama berehat tu. Sapu tangan dgn tpg dulu supaya doh x melekat-lekat semasa membentuk nanti. ambik sikit bulat-bulatkan dan masuk inti ditengah-tengah. letak atas daun pisang atau kertas minyak. 
  2. Rehatkan semula sampai dia kembang/ naik lagi.
  3. Jangan lupa panaskan kukusan terlebih dahulu.
  4. Lepas tu bolehlah dikukus dlm lebih kurang 10 minit.
So, bolehlah dimakan......

Note : Inti boleh tukar ikut kesukaan masing2..kaya ke, kacang merah ke or papeje....

Yang pasti semua pun sedap....wassallam...muaahhhh...

No comments:

Post a Comment