Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Friday, 9 March 2012

Rendang Udang

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Sebenarnya dah lama dah buat rendang udang ni..tak hingat dah bile..tapi buat sesapa yg nak try boleh le follow...


Resepi : RENDANG UDANG
Sumber : Gya Duniaku...(sendiri la tu)

Bahan-bahannya
1 kg udang (suka hati lah nak yg besar atau yg kecil)
1 biji kelapa ambil santan (jgn cair sgt)
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
3 btg serai
sedikit halia
sedikit lengkuas
1 sb rempah kari daging / ayam
2 sb cili kisar / cili giling / cili boooo
sedikit kerisik
Kacang panjang (kalau suka)
Garam
Gula / Pak aji (sy guna gula)
Asam jawa
Minyak untuk menumis

Cara :
  1. Udang dibersihkan (ikut suka lah nak buang ke idak kepalanya tapi jgn lupa buang yg itam kat blkg udang tu) -wajib
  2. Kisar bawang besar, bawang putih, 2 btg serai, halia dan lengkuas.
  3. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
  4. Sekalikan cili kisar dan rempah kari, bancuh dgn sedikit air. Masukan kedlm bahan yg ditumis.
  5. Tumis sehingga pecah minyak.
  6. Kemudian masukan santan, sebtg serai yg dititik, tunggu hingga hampir pekat.
  7. Masukan kerisik, garam, gula, air asam jawa, kacang panjang dan udang..
  8. Perasakan kemudian boleh lah dihidangkan..
Nota :
  • Gula boleh diganti dgn pak aji...sy jarang guna pak aji tu yg pakai gula. 
  • Kalau x mo pakai cili kisar / cili giling or cili bo, kisar je cili kering together dgn bawang dan yg seangkatan dengannya tu.
  • Nak pedas lagi boleh tambah cili api.
So, boleh cuba ye kawan2 semua....sedap dimakan bersama pulut apatah lagi dgn nasi...
Selamat memasak.....Wassallam...muaahhhh.