Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Wednesday, 7 March 2012

Puteri Ayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... 



Pe khabar semua teman2?...ni nak share resepi kuih yg aku sokmo2 buat..x terbilang ngan jari dah dan kalau nak dihitung jugak sampai guna jari kaki dan campur semua jari tangan en hubby n anakanda pun x cukup..hahahhaha..melalut lah tu!..ye memang benar memang x leh nak hitung dah sebab aku buat n antar kat kedai....hahahhah..so, sesapa nak order pun boleh...



PUTERI AYU
Sumber : Puan Ila 


Bahan-bahan :-

  • 2 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 1 1/2 cawan santan pekat (aku pakai susu cair )
  • 2 st ovallete
  • 1 st baking powder
  • 1/2 cawan air/jus pandan
  • sedikit pewarna hijau (kalau nak bubuh la)
  • kelapa parut
  • garam halus (ikut kesesuaian)
  • sedikit tepung ubi


Cara-cara :-

    1. Pukul telur, gula dan ovallete sampai kembang.
    2. Santan sekalikan dengan air pandan. Masuk dalam mixer tu berselang seli dengan tepung.
    3. kacau kaup balik (tapi aku guna je mixer terus cuma x lama la sampai agak2 dah sebati.
    4. cop2 lupa pulak. tpg tu ayak sekali dengan baking powder ye...sory.
    5. kalau warna agak kurang menarik baru tambah perwarna hijau. dah siap adunan letak tepi jap..
    6. Kelapa parut, garam halus dan tepung ubi sekalikan dan digaul mesra. perasakan tahap kemasinannya takut terlebih sudah.
    7. Acuan tu sapu sikit dengan minyak sebab takut melekat masa nak keluarkan.
    8. tekankan kelapa tadi dalam acuan sampai padat.
    9. jgn lupa panaskan kukusan terlebih dahulu.
    10. Isi adunan yg dah siap dlm acuan dan kukus dlm lebih kurang 10 ke 15 minit.
    11. Bila dah masak, keluarkan dari kukusan dan kuih juga perlu dikeluarkan dari acuan secepat yg boleh. dengan kata lain ketika masih panas. kalau dah sejuk nanti melekat pulak..
    So, senangkan!...selamat mencuba ye..muahhhh...