Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Friday 22 March 2013

Light Cheese Cake





Assalamualaikum... ni lah hasil kerja dari saya budak baru belajar.... x cantik kan!!!.. huhuhu..
Tapi........... sedapppppp....

Insyaallah lepas ni akan dicuba again n again sampai puas hati... minta halal ye GD kopipes dan sharekan diblog GD yang x seberapa ni....

Light Cheese Cake
Resepi : HaSue

Bahan-bahan :-
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara :-

  1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
  2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
  3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
  4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
  5. Gris acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
  6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
  7. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.







2 comments:

  1. ehh.. cantik & sempurna di mata akak.. tengok pun boleh telan air liur tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke kak.... terima kasih.. sedap sikit rasa hati...

      Delete