Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Thursday, 28 June 2012

Gulai Udang Belimbing Buluh


Assalamualaikum n salam sejahtera….

Resepi ni sebenarnya tangkap gambornya dah lama…kebetulan ada jiran bagi buah belimbing buluh setambun aritu. Tu yang wat masak sket dan selebihnya farait je pada jiran2 yang lain….gambar terperuk kat dalam folder pun ia juga…alkisah nya sebab terjumpa masa wat 5s kat pc…so, nak citer panjang2 pun x de modal sangat..so, layan je lah yer pada teman2 yg sudi….



Resepi : Gulai Udang Belimbing Buluh
Sumber : Diri sendiri…

Bahan-bahan :-
  • ·         ½ kg Udang saiz sederhana..( besar lagi sedap)
  • ·         4 – 5 keping tempe (potong 2)
  • ·         10 biji buah belimbing buluh (belah 2)
  • ·         11 biji cili api (kalau nak pedas boleh tambah lagi)
  • ·         Sedikit kunyit hidup..(kalau takde, serbuk pun boleh)
  • ·         2 biji bawang besar (saiz yg bukan bagak)
  • ·         1 mangkuk santan
  • ·         Sedikit santan cair
  • ·         Garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka)

   Cara-cara :-

1.     Udang dibersihkan dan toskan..
2.    Tempe yang dah dipotong 2 tu digoreng terlebih dahulu..jgn garing sangat.
3.    Kemudian, tumbuk bawang, cili api dan kunyit hidup sampai lumat. Masuk dlm periuk.
4.    Tuang sikit santan cair dalam periuk. Didihkan sehingga bahan yang ditumbuk tu agak layu.
5.   Tambahkan santan pekat..kacau sekejap (api jgn kuat nanti santan pecah)..baru masuk udang, belimbing buluh dan tempe tadi…
6.    Jangan lupa taruk garam dan yg seangkatan dengannya mengikut citarasa memasing…




Dah siap……senang je kan…kalau arwah mak mertua masak menggunakan belimbing buluh ni, beliau akan lenyek dulu for buang masam buah tu..so, x de le masam sangat masa nak makan..tapi saya x suka buang sebab dah hilang kemasaman tu, Oleh itu saya leburkan je sekali. Bila makan nanti x de le masam sangat..tapi ikut kesukaan memasing lah kan….tapi yg penting en hubby kata sedap jugak ye wat macam ni..(maksud x yah lenyek dulu)….hahahah…apa yg penting bila kita masak  en hubby n my dot tambah nasi, dah cukup membuatkan kita rasa dihargai…
So, selamat mencuba….wassallam n muaahhhh…