Daun kari x enterpem sekali... |
Lauk GD harini... simple sangat kan!!! tapi sedap dan marbeless.. kita kasi kawankan dia dengan nasi lemak permintaan miss Gya untuk balik sek tadi... Jom cuba ...
Ayam Goreng Berempah
Bahan-bahan :-
- 1/2 ekor ayam cuci bersih dan toskan
- 1 sdb serbuk kunyit (lagi sedap kalau tumbuk kunyit hidup)
- 1 sdb garam kecil
- 2 sdb rempah kari (nak lebih pun boleh ikut citarasa)
- 2 sdb cili boh / cili giling atau serbuk cili
- sedikit serbuk perasa
- 3 tangkai daun kari
- 3 sdb tepung ubi
Bahan untuk tumbuk :
- 2 ke 3 btg serai
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 sdb ketumbar
Cara-cara:-
- Campurkan kesemua bahan kecuali ayam, tepung ubi dan daun kari
- Kacau sebati
- Kemudian baru lumur atau campurkan dengan ayam serta daun kari dan digaul dengan semesra-mesranya.
- Perap dalam 1 jam paling cepat dah tu.. lagi lama lagi sedap.
- Bila nak goreng baru bubuh tepung ubi dan gaul rata..
- Goreng sampai masak dan boleh dihidang dengan nasi lemak, nasi putih atau makan begitu sahaja...
Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment