Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Thursday, 7 March 2013

Kuih Koci Pulut Hitam Bersantan

Assalamualaikum.....

Harap semua sihat ye.... GD pun x tau nak mukadimah ape setelah berminggu juga blog ni bersawang... dah kekeringan idea jugak nak menceceh aje memanjang...

Hati dan fikiran serabut dan bercampur baur rasanya dengan keadaan terkini yg berlaku di Lahat Datu... semoga sahabat2 kita disana x kira sebagai orang awam mau pun anggota2 keselamatan negara yang sedang menjalankan tugas, didoakan semoga mereka semua berada di bawah lindungan Allah SWT...

Tambah lagi bulan March adalah bulan ujian bulanan bagi anak2... tapi yg nak ujian tetap dengan cool nya... sabar ajelah.... yang ibu menten dapur berasap cuma nak menghapdet blog tu yg lambat sket walopun internet dah laju dengan wifi streamyx...

So, kalini GD akan kongsikan resepi Koci Pulut Hitam bersantan yg dulunya sewaktu bekerja menjadi kegemaran GD dan teman2.. kalau dulu memang x reti nak buat. tau makan aje.. sekarang terpaksa belajar buat kerana x kan selamanya kita ni nak membeli dan yg paling penting bak kata teman FB GD kak Senyum sokmo tu, harus belajar dan terus mempertingkatkan pengetahuan dari Zero to zorro...hahahah..tambahan .. ampun ye kak..

Alhamdulillah menjadi cuma termasin sikit ... abaikan lipatan daun pisang ku itu...heheheheh
Resepi di ambil dari blog Dapur Mamasya dan GD kopipes je kat blog GD agar dapat menjadi rujukan teman2 dan yang pasti untuk GD sendiri dimasa2 hadapan.. GD minta halal resepinya dan halal juga atas perkongsian diblog GD ni ye...

Walopun agak masin tapi yummmyyyyyyyy...
Kuih Koci Bersantan
Resepi : CMG @ MYR 
Rujukan : Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 20 biji )

BAHAN2 UNTUK DOH:-
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam- buat sendiri (GD guna yg dah siap je)
1 1/2 cawan air

BAHAN2 UNTUK INTI:-
1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
1 ketul gula Melaka (GD guna nissei kerek)
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan air

BAHAN2 LAIN:-
Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
1 cawan pati santan + secubit garam

UNTUK INTI:- Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.

UNTUK DOH:- Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.

UNTUK MEMBUAT KUEH KOCI:- Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.

Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.
Kemudian lipat seperti biasa.
Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kueh koci bergantung pada saiz kueh masing2.

GD guna cara seperti mamasya..
Doh yang dah siap dibubuh inti, rebus...sampai terapong mcm buah melaka.angkat ,sejat kejap kemudian masuk dan gaul dalam santan yang telah dimasak atas api dengan mencampurkan 1sdb tepung gandum. sejukkan dulu. Lepas dah digaulkan ambil sebiji dan letak atas daun pisang, kemudian bungkus dan bolehlah dikukus.

Untuk lebih lanjut gambar dan caranya boleh refer blog Mamasya ye... Selamat mencuba...




No comments:

Post a Comment