Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Thursday, 21 March 2013

Kek Hujan Panas

Assalamualaikum teman-teman tersayang....

Nak ambik gambar cantik-cantik GD x pandai, tapi GD tetap berbangga kerana semua hasil yg GD posting adalah hasil dari masakan air tangan dalam mencuba sebilangan resepi posting dari kawan2 di alam maya ini..
Dah cuba kemudian berhasil lalu disnapkan gambar dan posting... itulah yang selalu GD lakukan...

Walau x cantik tetap GD bangga sekurang-kurangnya x kidnap gambar org lain yg penting hasil usaha sendiri... tapi..... mintak halal sangat-sangat kepada tuan rujukan resepi (yg GD google dan tersangkut kat blog tu) waima tu tuan punya resepi asal (tersebut dalam blog yg GD tersangkut tadi) harap diampunkan kerana GD kopipes resepi (kekadang terderhaka sikit) dan GD war-warkan diblog GD untuk tatapan rakan-rakan yang lain walaupun tujuan asal adalah untuk simpanan dimasa2 akan datang...




Oleh itu ... meh kita tengok satu lagi kek resepi dr Sri Anda Salleh di kongsikan oleh FB kak Nor Aini Mohd Amin. GD minta maaf sekali lagi kerana menderhaka dimana-mana dalam penghasilan kek ini... harap dapat dimaafkan ye kak Nor...



Tapi kan.................. GD telah terkurang sangat gulanya so kek ni dah jadi x manis.... huhuhu 
:( :( :(

Kek Hujan Panas
Rujukan : FB Nor Aini Mohd Amin
Diolah semula : Gya Duniaku

Bahan2:

  • 4 biji telur
  • 2 st ovellate
  • 1 st esen vanilla
  • 1 st baking powder
  • 300gm tepung gandum
  • 200gm gula halus (klau tk suka manis blh kurangkan)
  • 250gm susu cair
  • 1 cawan minyak
  • 3 sudu besar serbuk koko (GD tambah)
  • 1 st coklat emulco (GD tambah)
  • 1 cawan coklat rice digaul dgn sedikit tepung (yg ni GD guna kelapa kering dan bubuh pewarna merah, hijau dan kuning.. juga dikurangkan dari sukatan asal... alasan coklat rice kaler2 x de dlm simpanan time tu ampun tuan punya resepi ye)




Cara2nya:

  1. Pukul telur,gula,vanilla dan ovellate...smp kembang.
  2. Ayak tepung ngan baking powder dan masukkan kedlm adunan td selang seli ngan susu cair,pukul dgn speed perlahan.
  3. Masukkan minyak dan kaup balik hingga rata.
  4. Bahagikan kepada 2 bahagian. satu bahagian ditambahkan dengan serbuk koko dan coklat emulco. gaul rata.
  5. Satu bahagian lagi ditambahkan dengan kelapa kering tadi dan gaul rata.


Kaedah pembakaran :

  1. Adunan coklat dibahagikan kepada dua bahagian. Bakar lapisan bawah dengan suhu 160-180'c lebih kurang 10 minit.
  2. Kemudian tuangkan adunan yang mengandungi kelapa kering hujan panas. bakar lagi lebih kurang dalam 10 ke 15 minit. ikut kesesuaian oven masing2. 
  3. Kemudian tuangkan baki adunan coklat dan bakar lagi dalam 25 ke 30 minit sehingga masak.


No comments:

Post a Comment