Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Friday, 31 May 2013

Baked Carbonara Meatball Cheese


Assalamulaikum selamat pagi... pagi lagi ke ni yer..

Hari ni mewestern GD ngan Miss Gya.. perabih stok dalam peti sebab nak balik kg... (perabis apanya, ada yg nak kena beli juga..huhuhuh) bekpes merangkap lunch sekali.. berdua je makan.. karang malam camane pulak yer??? lantak le.. itu mlm punya cerita..
yg penting mamacik tangkap leleh punyalah tengok wesepi ni n sure jugak bile dia balik nanti GD kena wat lagi..

Apapun mamacik, esok I plan nak wat lagi untuk paksu tersayang b4 he go to futher study.. sayang lah konon... anyway yg ni I perabih dulu yer... jemput tgk je tau.. En hubby pun x sempat nak rasa sebab permintaan miss Gya suruh buat pagi2 lagi.. layan je lah my Baked Carbonara Meatball Cheese ala-ala pizza hut tu.


Hangit sikit tengahnya...
Hari tu pernah makan kat pizza dan sos carbonara then latest sekali try sos tomato pulak... miss Gya kata x sedap. mahal pulak tu RM10.50 untuk 8 ketul. X puas hati punya pasal, decide buat sendiri pulak. Google le jalan-jalan... dari SINI ke SINI dan SINI. Akhirnya GD timbang tara tambah tolak mana-mana yang patut akhirnya... inilah resepinya.. terima kasih buat blog mereka kerana telah menjadi sumber inspirasi GD dalam menghasilkan appetizer yg sedap ni. Macam biasa GD kongsikan semula untuk kemudahan dimasa2 hadapan... tersangat mudah rupanya...

Resepi : Baked Carbonara Meatball Cheese
Sumber Inspirasi dari SINI ke SINI dan SINI
Olahan : Gya DuniaKu

Bahan-bahan:-

  • 1 tin sos prego carbonara mushroom
  • 1 biji bawang besar (holand)
  • 1 biji capsicum hijau
  • cheese (Parmesan yang dah siap parut / Mozarela cheese / atau cheese sekeping tu pon boleh)
  • 1/2 cawan susu segar (x de pun x pe. refer to sos le kalau pekat sgt baru bubuh) 
  • Bebola daging atau ayam
  • sedikit oregano dan rosemary kering
  • sedikit lada hitam / garam (kalau perlu)


Cara masak:

  1. Goreng bebola tanpa minyak (kuali non-stick) kalau kuali biasa, bubuh le minyak sikit aje. lagi elok kalau guna olive oil.
  2. Dah masak, masuk hirisan bawang dan capsicum. Kacau sampai agak layu kemudian tutup je api tu. biarkan deme berehat kejab.
    Jgn pandang tang hangit2 tu ye...
  3. Dalam kuali lain, masak sos carbonara hingga mendidih. kalau nampak pekat sangat, bubuh le susu segar sikit. 

  4. Masukkan lada hitam (tumbuk punya), serbuk oregano dan rosemary. kacau-kacau dan tutup api.
  5. Bubuh bebola tadi dalam loyang dan ratakan, tuangkan sos di atasnya serta taburkan cheese keseluruhan permukaan. Lagi banyak cheese lagi bagus... Kalau nak masuk masuk kuah dlm bebola dan kacau sebelum tuang pun boleh.. mana2 ikut suka.
    GD guna cheese keping je sebab tu je yg ada. kena ngap pulak tu oleh Miss Gya, dah tinggal sikit aje
  6. Masuk oven dan bakar dalam 5 minit ke 10 minit bergantung kepada oven masing-masing.


Taraa... siap untuk dihidangkan... kalau dah kata nak western kan... makanya GD pasangkan lah dengan Garlic Bread ( belasah roti gardenia je sebab tu je pun yg ada kat umah) serta Mushroom Soup With Croutons (bancuh aje). Perghhhh... tersangat puas mkn..





Makna kata harini tersangatlah mudahnya... Alhamdulillah... rezeki GD dan miss Gya hari ini.. Pada teman-teman selamat menjamu selera dengan hidangan kalian yg lebih best dari ini...

Wassallam

No comments:

Post a Comment