Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Wednesday, 15 May 2013

Kek Alunan Kasih

Assalamualaikum.... gimik je lebih... sesaje gatal tangan tgk2 menjadi pulak... kesan dr Photo Funia

Jemu gak asyik ambik gambar camtu je... kamewa SLR dah jahanam nak cari ganti nampaknya lmbt lagi jadi godek-godek je lah mana yang patut....


Alkisah kejadian kek ni adalah pada hari ahad lepas yang ramai org sambut sempena hari ibu tu. Tapi bagi GD setiap hari pun jika kita sentiasa mengingati dan merindui ibu kita dan sentiasa mendoakan mereka maka hari-hari pun hari ibu... dan hari mamak untuk my mamak yg tersayang Puan Jamaliah bt Abdul Samad.

Oleh kerana dikejiranan GD ada majlis perkahwinan, maka dengan rasminya GD x dapat balik kg minggu tadi...huhuhu... lepas subuh en hubby sambung lelap mentara nak g jemputan... GD pulak naik sakit kepala juga nak suruh pejam mata kengkonon nak lelap sama.. hampeh tul... x mau nya...

X sabar nak bedah siasat.. tgh panas2 suam agak melekat sket kat bawahnya...

Apa lagi... haaaaa... taraaaaa... ni lah akhirnya.. wat sendiri, wish sendiri dan makan sendiwi...huhuhuh....
istilahnya semuapun sendiri.... mare ni... derang yg tidor tu x hingat ke kat aku ni...hadoiiii lah.. sabar je lah ... I terima ngan redho....

Godek SINI atau SINI atau SINI JUGA dan tak lupa yang SINI dan kemudian nya GD sharekan semula untuk tatapan teman-teman atau lebihnya untuk kemudahan GD dimasa-masa akan datang. mintak halal ye perkongsian semula ni..  Alhamdulillah menjadi...


Resepi : Kek Alunan Kasih
Sumber : blog masam manis dan dari dapur kak yah rakan fb Kak Nor Aini dan Aini Rani
Di olah semula : Gya DuniaKu

Bahan-bahan :-

  • 5 biji telur
  • 250 gm mentega atau seketul butter
  • 1 1/2 cwn gula
  • 2 cwn tepung gandum *
  • 1/2 cwn tepung jagung *
  • 1 st baking powder *
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1 st esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
  • Serbuk koko (secukupnya)
  • Pewarna (ikut kesukaan)

   - ayak sekali bahan yg bertanda *


Cara-cara :-
  1. Pukul butter dan gula sampai kembang
  2. Masukan telur satu persatu, pukul lagi sampai kembang
  3. Masukan esen vanilla, susu cair, gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
  4. Bahagikan dua atau tiga bahagian. campurkan pewarna kesukaan. GD guna warna merah, oren dan hijau.
  5. Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan merah..ratakan dlm loyang dan ayak serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
  6. Lepastu masukan lapisan kedua..warna oren..ratakan perlahan2..(jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
  7. Begitulah tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
  8. Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…

Salam jumpa lagi.... bye..











No comments:

Post a Comment