Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Wednesday, 22 May 2013

Makaroni Bakar Berkeju

Assalamualaikum semua teman2 GD yg dihormati...

Selalu dengar orang kata sedap dan selalu nampak rakan2 posting tapi x pernah lansung makan..
sedap ke tidak ke???? boleh masuk ke kat tekak ni...




Cuba jelah mana tau sedap. haritu CMG ada post dlm tiffin biru... resepi CMG boleh tengok kat SINI


semangat pun berkobar pastu bahan pun ada... tapi apa-apa pun GD tetap google jugak tengok-tengok jalan-jalan cuci mata selongkar dapur rakan alam maya... then jumpa resepi dari blog yg selalu GD refer sapa lagi kalau bukan kak Azlita masam manis... boleh tengok SINI juga untuk resepi penuh.

So, dari kedua-dua resepi tersebut, GD gabungkan saje mengikut citarasa dan imaginasi GD sendiri sebab GD x pernah makan pun (derhaka lah tu.. sikit-sikit x pe) ... huhuhu... harap-harap sedap... dan GD kongsikan semula untuk tatapan GD dan teman2 semua...

Sebelum bakar dan belum siap tabur keju sepenuhnya.. dah siap masak x sempat snap.. huhuu

Resepi : Makaroni Bakar Berkeju
Inspirasi dari Blog : Azlita masam manis dan CMG tiffin biru 
Olahan semula : Gya DuniaKu

Bahan-bahan :-

  • 200 gm makaroni, direbus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit mentega.
  • 250gm bebola daging, dibersihkan
  • 1 tangkai cili merah, dihiris
  • 1 tangkai cili hijau, dihiris
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 1 tin sos spaghetti PREGO
  • keju cheddar secukupnya
  • GD ada stok parmesan dan GD tabur je atas tu

Kastard


  • 4 biji telur gred A (GD kurangkan)
  • 100 ml susu cair (GD kurangkan juga sebab dah guna sos spaghetti takut nanti terlebih cair)
  • 2 camca teh tepung gandum
  • 1 camca teh gula
  • 1 camca teh garam


Cara-cara:-

  1. Rebus makaroni hingga lembut dalam air mendidih yang ditambah sedikit garam (jangan sampai terlalu lembut). Toskan dan gaul dengan mentega
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih bersama rempah kari sehingga naik bau. 
  3. Masukan bebola daging dan kacau rata.
  4. Masuk sikit air agar tidak hangit dan babola masak dgn sempurna. tambah garam secukup rasa.Tutup api.
  5. Dalam bekas lain satukan bahan-bahan kastad dan kacau rata menggunakan whisk.
  6. Dalam bekas lain juga masukkan makaroni, sos spaghetti serta bahan tumisan tadi. kacau rata ala-ala manja gitu. kemudian tuang ke dalam dulang pembakar atau bekas kaca yg boleh masuk oven dan ratakan.
  7. Tuangkan kastad pula keseluruhan bahagian.
  8. Tabur dengan hirisan cili merah dan hijau.
  9. Taburkan juga keju cheddar secukup serata alam.
  10. Kemudian bakar dalam oven dengan suhu 180C dalam 25 ke 30 minit atau sehingga permukaan keju keperang-perangan (mencair) tetapi bergantung dengan oven masing2lah sebenarnya.
  11. Sedap dimakan ketika masih panas.
Kalau nak masuk dlm bekas kecil2, sebelum tabur keju, sudukan sedikit kedalam bekas aluminium kecil2 tu. kemudian baru tabur keju dan prosesnya sama je lepas tu...


Alhamdulillah sedap rupanya...

Salam dan jumpa lagi di next entry...