Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Friday, 17 May 2013

Sotong Goreng Kunyit

Salam pagi Jumaat semua teman.....

Nampaknya GD masih mood tepek2 gambor guna photo funia nih... jgn mare yer.. biar sampai GD naik muak sok baru benti...heheheheh


Dalam cuaca sesejuk ni, tapi x hujan jugak... huhuhu... harap2 hujan le harini kerana cuaca panas sangat kebelakangan ni... berpinar bijik mata tiap kali balik dari merempit tghari buta...

So, hari ini GD nak kongsikan satu resepi ringkas dan mudah dan tersangat le mudahnya baling2 dalam kuali kacau-kacau manja then siap.... bahan pun x banyak... tapi rasanya semua orang pun tahu masak yang simple mimple nih.. tapi x kira, GD nak jugak publish untuk tambah koleksi..... heheheh... jgn mare ...


Resepi : Sotong Goreng Kunyit
Oleh : Gya DuniaKu

Bahan-bahan:-
  • 5 ekor sotong
  • 1 labu bawang besar kuning
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia (ketuk)
  • sedikit kunyit lagi sedap kalau kunyit hidup
  • Daun bawang
  • cili merah 
  • Cili api (ketuk) kalau nak pedas

Cara-cara:-
  1. Sotong dibersihkan dan potong bulat
  2. Masak dlm kuali bubuh sikit air, halia, sedikit garam dan kunyit.
  3. Bila air hampir kering bubuh minyak sedikit dan masuk bawang besar, bawang putih dan kacau sehingga layu.
  4. Masuk daun bawang dan cili merah. Dah layu tutup api.
  5. Jangan lupa perasakan sesedap rasa sendiri..
Selamat mencuba..



No comments:

Post a Comment