Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Saturday 25 January 2014

Ayam Lemak Thai

 Assalamualaikum.

Kongsi resepi dari rakan FB Irni Maizura. terpaksa buh nama melayu je sebab resepi asal "Hooi Thai Kakti" khas utk kupang. Sementelah kupang x dapat beraksi dalam ini resepi.. Masalahnya GD x dapat cari kupang semalam. tapi hati ni membuak-buak nak try jugak. AYAM LEMAK THAI... boleh lah kut pada x bernama. sory ye Irni..

Nasib baik Irni kata boleh gantikan dengan ayam, udang, ketam, kerang dan sebagainya. Yes.. nampaknya ayam termasuk disitu.

Oleh yang demikian... taraaa.. inilah percubaan pertama dari GD bersumber dari Irni dan diolah semula oleh GD. harap halalkan perkongsian ini semula ye irni. terima kasih banyak2..


Resepi : Ayam Lemak Thai
Sumber : Irni Maizura
Diolah semula : Gya DuniaKu

  • 1/2 ekor ayam (sebelah) 

Bahan A
  • 3-4 biji bawang besar
  • 5 Ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 12-15 tangkai cili kering (kalau suka pedas boleh tambahkan lagi bilangan cili tu)
  • 1 cm halia
  • daun ketumbar 


Bahan B
  • 1-2 sdb pati / pes tomyam
  • 2 helai daun bay /salam
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 cawan santan
  • garam dan gula secukup rasa


Cara-caranya
  1. Kisar bahan A sehingga halus.
  2. Panaskan minyak (lebihkan sikit) dan tumis bahan yang telah dikisar.
  3. Apabila telah pecah minyak, masukkan pati/pes tomyam dan kacau sedikit.
  4. Kemudian masuk pula daun bay, daun limau purut dan ayam - kacau.
  5. Bila ayam dah layu baru masuk santan. masak sehingga santan kering sedikit atau dengan kata lain sehingga ayam masak.
  6. Jangan lupa perasakan garam dan gulanya. 
  7. Tak perlu tambah asam kerana pes ni dah masam.

\\\

So, selamat mencuba ye kawan2..



No comments:

Post a Comment