Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Saturday 25 January 2014

Keperek Nga Ku / Arrow Head


Kerepek dari buah ARROW HEAD yang fofuler dikala menjelang Chinese New Year.. skrg 30an n menghampiri ke four series ni baru GD pernah dengar dan makan.. x tau dimana salah dan silapnya. mak x masak atau mak pun x pernah makan. next balik kamgpung baru nak tanya...

Semenjak dua menjak ni menjangkit2 fenomena buat kerepek dari buah ni atau nama lain nya NGA KU.. salah ke betul tu GD x tau dia kalangan rakan2 group masakan. GD pun x mo ketinggalan nak mencuba. Tapi siyes semalam memang GD dah lupa dengan kemahuan yang satu ni.. sebab selalunaya dah pegi GIANT, TESCO, AEON BIG atau ECONSAVE (yg paling selalu) tapi tetap terlupa sampai semalam pun.
Bila kawan share lagi baru teringat semula. begitulah GD hari2.. maybe faktor usia kot.. maapkan diri sendiri dan sentiasa harus sedar diri... kikiki..

Malam tadi g AEON date ngan en Hubby.. gitu lah kekdahnya semenjak miss Gya makin meningkat dewasa ni. x mo dia ngekor dah.. maka berdatinglah GD selalu dengan en Hubby dikala usia belum berapa kertu ni.. nak buat macam mana.. lumrah kehidupan.. gitulah.. wahh!!! menceceh pulak..

Lepas selorong demi selorong kami tawaf dalam tu, memang siyes x hingat pun.. tetiba tertoleh ke buah labu yg berkilat je.. cam cantik jer.. cam comel jer.. (lupa snap gambar) dan GD percaya yg tu pun sure ada time nak raya cina juga.. g dekat dan tgk.. mcm x pernah tgk kan!!!!.. memang pun. dongak sikit.. makk aii setimbun itu buah... bling!!!! baru teringat.. cepat ambik pestik dan kutip le.. camane nak pilih??? ntah sambil jongket bahu.."buah ape ni??? beli nak wat ape?? ni cina je lah yg makan".. banyak tul soklan en hubby.. sorang anti cina tu dengan baik hati terangkan.. tq anti.. so kesimpulannya.. "jgn beli byk2 dulu. takut x reti makan. kalau nak lg kita dtg semula". macam sebelah rumah je ye bang!!!..hemmmm ye lah..

Baru teringat nak snap.. ni yg dah lepas kupas 
Tak sempat tunggu siang. sambil tengok tv kopek dan goreng.. hasil!!! nun kat atas. macam sedap jer.. "t petang sebelum balik kg kita beli lagi dan goreng kat kg pulak yer". baik bang sambil 2 tangan tong kepala untuk hangguk.

GD main belasah je goreng macam kerepek pisang. perasa original buh sikit je garam. belum mencuba kepelbagaian yg diilham dan diajar oleh kengkawan. mungkin lain masa GD akan cuba. yang ni alkisah tersangat nak mencuba dan merasa sahaja.. Lemak2 cam tu rasanya. diingatkan jgn buh byk garam..satunya faktor kesihatan. duanya... kang masin sgt lah pulak sebab buahni memang dah original lemaknya..lain orang lain kesukaannya.. so ikut lah kehendak masing2.. yang penting inilah pestime GD dan seisi rumahni merasanya...

so, kekdahnya cuma kupas dan rendam dalam air garam. lepastu terus sagat je dalam kuali. selalu kacau dan api jangan kuat sangat nanti hangus konpem x sedap.. agak kekuningan terus angkat dan toskan.. kemuadian boleh makan...

Sekian dulu dan jumpa lagi lain kali..



No comments:

Post a Comment